About Me

My photo
" Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya sama ada di bumi dan di langit dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui"

Monday, October 8, 2012

Team Building @ Felda Residence Tekam, Pahang

As Salam,

Alhamdulillah, syukur padaNYA. Bertemu kita lagi di hari ini. Agak lama juga tidak bercerita pasal diriku. hehehe.. Arini nak update apa yang terlepas jer. Nak bagitau pada kengkawan semua pada 1-3 oktober 2012 iaitu baru-baru ni, aku mengikuti team building office kat Felda Residence Tekam, Jerantut, Pahang. Aktivitinya memang best la. Rasa sekejap sangat.

Apapun korang layang dulu report yang office aku buat untuk tatapan pengarah. Hehhe.. aku copy je. nak karang macam xde masa je. Panjang sangat nanti. Report ni ok jgk kan??





LAPORAN KURSUS KERJA BERPASUKAN CAWANGAN ARKITEK (PROGRAM INTEGRITI) DI FELDA RESIDENCE, TEKAM, JERANTUT, PAHANG                        
 1 – 3 OKTOBER 2012




1.0      KEHADIRAN

            Semua 40 orang peserta yang mendaftar telah menghadiri kursus ini dengan jayanya. Nama peserta dan urusetia adalah seperti yang tertera di Senarai Kehadiran Peserta di atas. * senarai nama xperlu kot. just gambar jelah..

                                                             * Di Lobi Office..


                                    * Di Lobi Felda Residence Tekam, Jerantut, Pahang

2.0      PROGRAM
           
            Hari Pertama
Selepas check-in, aktiviti Bamboo Rafting telah diadakan di tasik di dalam kawasan Felda Residence, Tekam. Peserta telah dibahagikan kepada 5 kumpulan dengan nama Black Raven, Hippo, Pecah Tanah, Harimau Malaya dan Buaya Tembaga. Kelima-lima kumpulan ini telah bertanding dalam membuat rakit dan berlumba mendayung rakit masing-masing dengan diadili oleh fasilitator-fasilitator dari Felda Residence, Tekam yang dikenali sebagai FROGMEN. Pada sebelah malamnya pula telah diadakan aktiviti Night Treasure Hunt yang memerlukan kerjasama pasukan dalam mencari maklumat bagi setiap task yang disediakan oleh fasilitator.









Hari Kedua   

Semua peserta telah dibawa ke Kompleks Gua Kota Gelanggi untuk penjelajahan melalui jungle trekking ke 4 buah gua iaitu Gua Balai, Gua Sanding, Gua Angin dan Gua Kepala Gajah. Penjelajahan ke semua gua ini mengambil masa lebih kurang 4 jam. Pada sebelah petang telah diadakan aktiviti abseiling di Gua Balai di mana setiap peserta dikehendaki memanjat Gua Balai dan turun dari gua tersebut yang tingginya lebih kurang 10 meter menggunakan kaedah abseiling. Semua peserta berjaya melaksanakan aktiviti yang mencabar daya ketahanan mental ini. Aktiviti malam pula adalah persembahan bercorak hiburan dari setiap kumpulan dan markah persembahan telah diberikan oleh fasilitator.














Hari Ketiga


Pada hari terakhir kursus ini aktiviti Flying Fox dan berkayak telah diadakan di tasik di dalam kawasan Felda Residence, Tekam. Sejurus itu, majlis penyampaian hadiah kepada setiap kumpulan telah diadakan di mana peserta lelaki dan wanita terbaik telah turut dipilih, iaitu En. Mohd Azudin Iskandar Rafaei sebagai Raja Hutan dan Pn. Nor Azura Che Abu sebagai Ratu Hutan. Upacara penutup telah disempurnakan oleh Tn Hj Zainal Fitri Hassan selaku Pegawai Integriti Cawangan Arkitek.



                                        Inilah Ratu Hutan tu.... Cam xpercaya jer. tergigit jap jariku,,,


                                                  Ini plak Raja Hutan.. Yang ni kupercaya!! hahaha


3.0      MAKLUMBALAS PESERTA

            Kursus ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan para peserta berharap kursus sebegini akan diadakan lagi oleh pihak Cawangan Arkitek kerana hasil dari program sebegini akan dapat memupuk kemuafakatan, kerjasama serta semangat kerja berpasukan di kalangan kakitangan, di samping meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan kakitangan serta mengeratkan lagi hubungan harmoni mesra di dalam sesebuah organisasi.

4.0      RUMUSAN

Kursus Kerja Berpasukan ini telah mencapai objektif Program Integriti Cawangan Arkitek untuk mengasah serta meningkatkan kompetensi softskills kakitangan seperti kepimpinan, semangat kerja berpasukan, ketrampilan, peer acceptance dan sebagainya. Kursus ini juga telah dapat menjalinkan hubungan mesra di kalangan kakitangan dan meningkatkan tahap kesihatan peribadi.


Disediakan oleh :
URUSETIA INTEGRITI
CAWANGAN ARKITEK
5 Oktober 2012

 

* next posting, mungkin ada cerita sedikit dan yang penting, gambar banyak. hahhaha..
selamat melayan sume. Tapikan, kalu korang nak pergi sana, pergilah musim buah. Boleh makan free, masa kitaorang pergi buah masih muda (putik), mungkin hujung bulan Oktober ni dah masak kot. Trylah pergi. Buah-buahan jenis rambutan, manggis, belimbing, durian, rambai dan macam2 laaa. Xrugi kalau korang pergi this month..hehehe


2 comments:

  1. bestnya....
    apekah kriteria untuk mendapat title ratu hutan tu? hehe

    ReplyDelete
  2. saya pun xtau. tiba2 nama diumumkn jer. terkezut adalah...syukur

    ReplyDelete