About Me

My photo
" Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya sama ada di bumi dan di langit dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui"

Tuesday, July 27, 2010

25 Julai 2010 at 43, jalan nilai impian 3, nilai..

Kenduri kahwin anak bos aku, Syaza + Rashid di Nilai Impian, Nilai, Negeri Sembilan.
......................................................................................... 

Syaza + Rashid
(Kedua2 mempelai ini masih lagi belajar dalam bidang politik (kalautaksalah) di US)

Keluarga bos aku, Zan Fatimah Bt Maon

Ketibaan para penyambut tetamu


Tq to  my darling coz sudi hantar aku ke Nilai walaupun dia demam.
tq so much darling..


Para penyambut tetamu dibenarkan makan awal coz sekejap lg
nak jalankan tugas. hehhe..


kenapa aku pejam mata nih??? pic jd hambar sebabkan aku... sori


sesi bergambar bersama penyambut tetamu daripada JKR Cawangan Arkitek


Lagi n lagi..


anak + menantu bos aku
(Wawan + Wani)
(Syaza + Rashid)

Wednesday, July 21, 2010

PENGUMUMAN BARU OLEH PM (Elaun Sara Hidup)

PEKELILING 11 - Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa Ogos 2010 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang.

 
Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am.

Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-

 
1. SuratPerlantikan Kerja - Original

2. SuratPengesahan Kerja- Original

3. SuratAkuan Majikan - (Tempat terakhir masih bertugas)

4. 80 penutup botol Coca-Cola... ...... Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola!



**Haaaahahaha! !!! Dah! Pergi sambung kerja.... kalau pasal duit semua mata besar belaka ekk......







Produk Pig Lard

Maklumat yang harus dikongsi bersama



AWAS!!! Company yang membuat minyak sapi(buat daripada lemak susu lembu), Butter Producers’ Co-operative Federation Ltd (BPCF) beralamat No. 489, Kingsford Smith Drive , Hamilton , Brisbane , Australia telah berhenti operasi sejak tahun 2006.


 
Minyak sapi yang dijual diMalaysia sekarang dibuat oleh sebuah company yang beralamat di Q.B.I. Packaging Sdn Bhd, No. 19, Lorong Keluli 1C, Kawasan Perindustrian Bukit Raja Selatan, 41050 Shah Alam, Selangor DE., Malaysia dibawah lesen QBB (Pte.) Ltd., Singapore & dari hasil selidik dikenal pasti produk ini bukan minyak sapi tetapi lemak babi(PIG LARD). Sila sebarkan.



mohon kengkawan untuk selidiki info tersebut. Marilah kita bersama membantu umat islam  dari dikhianati mereka yang ingin menjatuh dan menjahanamkan umat islam di dunia ini. Insya Allah..

Tuesday, July 20, 2010

Anniversary

Wednesday, July 14, 2010

Norma Kerja Harian untuk 15 Julai 2010

Salam sejahtera,

Hari ini aku bangun lewat disebabkan tahap kemalasan aku sudah mencapai tahap maksima. Niat di hati nak Cuti Kecemasan jer tapi memandang cuti hanya tinggal beberapa kerat je lagi, aku terpaksa gagahi untuk pergi kerja juga. My Hubby dah menggelengkan kepala tengok keadaaan aku yang masih diselimuti selimut walaupun jam sudah menunjukkan 0720 pagi. Tetiba, entah macmana, aku bingkas bangun dan terus pergi mandi. Huhuhuhu...

Jam 0819 pagi, aku telah berjaya mempunchkan card aku. Masih awal bagiku. Setelah tiba di bilik, aku terus menguncikan pintu bilikku. Aku berkurung di dalam bilik selama 20 minit sambil membaca Harian Metro di mana tajuk utama pada hari ini adalah " Badrul kasari isteri, rampas RM2,500.00. Buat Hal Lagu". Terdetik di hatiku, apa yang nak jadi dengan dunia sekarang ini. Astaqfirullahal a'zim.

Setelah habis semua cerita panas dan sejuk di dalam Harian Metro tersebut dibaca oleh aku, bermulalah episod aku pening kepala sebab sememang tiada kerja yang hendak aku lakukan selain berfesbuk dan skype. Tengah aku leka dok layan fesbuk, tetiba bos aku panggil. Dengan sepantas kilat, aku telah pun berada di hadapan bos aku. hehehehe...(PA yang berjaya)
"zura, boleh u tolong isikan i punya form ni. U tolong isi untuk kedua-dua form ni and u pass ke BPKS untuk perhatian Pn. Norliza Kadir. And u wat memo suruh bahagian latihan kita panjangkan ke Bahagian Latihan PROKOM, Menara PJD". Tak kusangka panjang lebar pulak arahan yang diberikan oleh bos aku itu. Tetapi tak mengapa kerana kerja tersebut tidak perlu menggunakan kalkulator or kalkulus. hehhehe..
Sukanya hati sebab ada kerja untuk dibuat.

Kerja aku yang seterusnya adalah mencari Borang Lampiran H iaitu Permohonan Kelulusan Menghadiri Latihan Dalam Negeri Anjuran Swasta. Bila aku membuka website Cawangan Arkitek untuk mencari borang tersebut, alangkah hampanya aku kerana borang tersebut tidak pulak aku ketemui. Lantas aku menuju ke lift dan menekan butang tingkat 12 untuk berjumpa dengan Pn. Hanim bagi mendapatkan borang tersebut. Setelah aku mendapatkan borang tersebut, aku terus kembali ke tempat aku di tingkat 11. (Panjangkan story aku. sowi...)

Kursus yang pertama diisi oleh aku adalah, Malaysia's Public Private Partnership (PPP) yang dikendalikan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) Gombak untuk Procurement & Project Delivery System Research Unit yang akan berlangsung di Singgahsana Hotel, Petaling Jaya selama 1 hari iaitu pada tarikh 5 Ogos 2010(Khamis). Maknanya kalau permohonan ini diluluskan, aku akan keboringan lagi sebab bos aku xde and keje sememangnya sah-sah ler xde. Arghhh, tension..

Kursus kedua yang telah berjaya aku isi adalah, 30th UIA- PHG International Seminar On Public Healthcare. Seminar ini akan berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre, KL selama 3 hari bermula pada 29 - 30 November hingga 1 Disember 2010. Ini adalah di bawah Department of Architecture, Kulliyyah of Architecture & Environment Design, UIAM Gombak.  Maknanya apabila permohonan ini berjaya diluluskan aku punya masa memang tersangat free dan akan bermulalah episod keboringan tahap melampau yang tak dapat aku jangkakan apa yang akan berlaku nanti. (Tungu episod akan datang).
Memo pun telah aku siapkan. Hanya tunggu bos untuk tolong check ayat-ayat cinta tersebut. huhuhu..

Arini jadual bos aku tersangatlah padat. Pagi tadi jam 09.30 pagi, bos aku ada mesyuarat untuk projek Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Terengganu dan sekejap lagi, jam 1500 ptg, bos aku terpaksa menghadiri Mesyuarat Pameran Rekabentuk Bangunan oleh JKR Malaysia bersama dengan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya III (Sektor Pakar). Aku juga ler yang punya masa free... keciankan aku!! Sape-sape yang sokong pernyataan aku ni, tolong raise your hand, please....(Oooppss, terlupa la pulak, aku pose arini- pose ganti. hihihi.. sori)

Tadi sempat aku keluar sebentar untuk tapau kuih bakar di Bangunan Mara. Kuih tersebut untuk aku berbuka pose karang. Bukan berbuka kat umah tau tapi kat opis my hubby di Wisma PSMB, Damansara. huhuhu.. keciankan!!! Temankan my hubby wat ot. Kerja banyak. kecian my hubby..
Semoga interview esok (16 julai 2010), rezeki menyebelahi my hubby. Pegawai Penguasa Kastam. Aku sentiasa mendoakan kejayaan mu, sayang. Amin...

Tunggu episod seterusnya....wakaka

Tip Bercuti di Pergunungan



Bercuti ke kawasan pergunungan memang mengasyikkan. Cuaca pergunungan yang sejuk dan nyaman membuat fikiran menjadi tenang.  Memanfaatkan cuti hujung minggu untuk melihat matahari terbit, mendaki gunung atau melihat pemandangan yang memukau dan indah dikawasan pergunungan pastinya meninggalkan 1001 kenangan manis. 

Namun sebelum ke sana sediakan persiapan yang lengkap dahulu. Berikut beberapa panduan boleh digunakan ketika bercuti di kawasan pergunungan.

  • Pelembap bibir. Suasana kawasan pergunungan yang sejuk dan berudara kering boleh menyebabkan bibir menjadi kering dan merekah. Untuk menghindarinya sebaliknya gunakan pelembap bibir atau lip balm. Selain melembapkan, ia membuat kulit bibir segar.
  • Selendang dan jaket. Gunakanlah selendang dan jaket daripada bahan yang tebal untuk melindungi tubuh dari kesejukkan udara pergunungan.
  • Pelembap wajah. Ia sangat penting untuk menghindari kullit kering dan mengelupas akibat perubahan cuaca.
  • Balsam. Lindungi tubuh dari udara sejuk dengan balsam atau bahan-bahan yang dapat menghangatkan tubuh anda.
  • Penutup telinga. Cuaca di kawasan pergunungan terkadang membuat telinga berdengung dan terasa sakit. Justeru, penggunaan penutup telinga adalah langkah terbaik supaya pendengaran tidak terganggu dan telinga terasa lebih selesa.
  • Ubat antimabuk. Perjalanan jauh ke kawasan pergunungan boleh membuat perut mual. Justeru itu, makan ubat antimabuk sejam sebelum perjalanan supaya tubuh bersedia menempuh perjalanan yang panjang.
  • Aromaterapi. Dengan wangian yang dapat menenangkan fikiran, anda dapat menikmati indahnya panorama pergunungan yang lebih mendamaikan.
  • Kamera. Jangan lupa membawa benda yang satu ini kerana gambar pergunungan yang indah dan sejuk perlu diabadikan.
  • Makanan. Bekalan makanan yang secukupnya ini jangan sampai ketinggalan. Masukkan terus ke dalam beg. Selain makanan, bawa juga minuman yang dapat memanaskan badan.

Tuesday, July 6, 2010

Akibat boring Terlampau..

tengah leka kutip paku
terjumpa pula dengan lipan
tolonglah aku tolonglah daku
tengah boring tahap CIPAN..

WAT SHOULD I DO???? please give me some job to do...

Dan bermulah episod ini......

Tanggal 6 Julai 2010, adalah hari yang amat memboringkan. huhhuhuhu.. dah tak tau nak watpe lg coz semua keje telah diselesaikan. bos pun xde bagi keje so mengadap Skype dan FB jelah.  jam 1145, aku keluar sebentar ke Jalan Tunku Abdul Rahman. Niat untuk baiki kasut bos tp tukang kasut pula yang takde. sambil berjalan pulang ke opis, sempat pula aku menyambar 2 helai tudung. heehehhehe.. hangus RM20.00.
tak tercapai akalku...huhuhu

TETIBA PLAK INGAT KAT DUA BERADIK NIH....

RINDU nyer kat Taufiq dengan Danial. huhuhuhu


orang bandar panggil kicap
orang kedah panggil tongyu
xde apa mama nak diucap
selain kata " I LOVE U"

                   I MISS U, sons..