Salam sejahtera,
Hari ini aku bangun lewat disebabkan tahap kemalasan aku sudah mencapai tahap maksima. Niat di hati nak Cuti Kecemasan jer tapi memandang cuti hanya tinggal beberapa kerat je lagi, aku terpaksa gagahi untuk pergi kerja juga. My Hubby dah menggelengkan kepala tengok keadaaan aku yang masih diselimuti selimut walaupun jam sudah menunjukkan 0720 pagi. Tetiba, entah macmana, aku bingkas bangun dan terus pergi mandi. Huhuhuhu...
Jam 0819 pagi, aku telah berjaya mempunchkan card aku. Masih awal bagiku. Setelah tiba di bilik, aku terus menguncikan pintu bilikku. Aku berkurung di dalam bilik selama 20 minit sambil membaca Harian Metro di mana tajuk utama pada hari ini adalah " Badrul kasari isteri, rampas RM2,500.00. Buat Hal Lagu". Terdetik di hatiku, apa yang nak jadi dengan dunia sekarang ini. Astaqfirullahal a'zim.
Setelah habis semua cerita panas dan sejuk di dalam Harian Metro tersebut dibaca oleh aku, bermulalah episod aku pening kepala sebab sememang tiada kerja yang hendak aku lakukan selain berfesbuk dan skype. Tengah aku leka dok layan fesbuk, tetiba bos aku panggil. Dengan sepantas kilat, aku telah pun berada di hadapan bos aku. hehehehe...(PA yang berjaya)
"zura, boleh u tolong isikan i punya form ni. U tolong isi untuk kedua-dua form ni and u pass ke BPKS untuk perhatian Pn. Norliza Kadir. And u wat memo suruh bahagian latihan kita panjangkan ke Bahagian Latihan PROKOM, Menara PJD". Tak kusangka panjang lebar pulak arahan yang diberikan oleh bos aku itu. Tetapi tak mengapa kerana kerja tersebut tidak perlu menggunakan kalkulator or kalkulus. hehhehe..
Sukanya hati sebab ada kerja untuk dibuat.
Kerja aku yang seterusnya adalah mencari Borang Lampiran H iaitu Permohonan Kelulusan Menghadiri Latihan Dalam Negeri Anjuran Swasta. Bila aku membuka website Cawangan Arkitek untuk mencari borang tersebut, alangkah hampanya aku kerana borang tersebut tidak pulak aku ketemui. Lantas aku menuju ke lift dan menekan butang tingkat 12 untuk berjumpa dengan Pn. Hanim bagi mendapatkan borang tersebut. Setelah aku mendapatkan borang tersebut, aku terus kembali ke tempat aku di tingkat 11. (Panjangkan story aku. sowi...)
Kursus yang pertama diisi oleh aku adalah, Malaysia's Public Private Partnership (PPP) yang dikendalikan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) Gombak untuk Procurement & Project Delivery System Research Unit yang akan berlangsung di Singgahsana Hotel, Petaling Jaya selama 1 hari iaitu pada tarikh 5 Ogos 2010(Khamis). Maknanya kalau permohonan ini diluluskan, aku akan keboringan lagi sebab bos aku xde and keje sememangnya sah-sah ler xde. Arghhh, tension..
Kursus kedua yang telah berjaya aku isi adalah, 30th UIA- PHG International Seminar On Public Healthcare. Seminar ini akan berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre, KL selama 3 hari bermula pada 29 - 30 November hingga 1 Disember 2010. Ini adalah di bawah Department of Architecture, Kulliyyah of Architecture & Environment Design, UIAM Gombak. Maknanya apabila permohonan ini berjaya diluluskan aku punya masa memang tersangat free dan akan bermulalah episod keboringan tahap melampau yang tak dapat aku jangkakan apa yang akan berlaku nanti. (Tungu episod akan datang).
Memo pun telah aku siapkan. Hanya tunggu bos untuk tolong check ayat-ayat cinta tersebut. huhuhu..
Arini jadual bos aku tersangatlah padat. Pagi tadi jam 09.30 pagi, bos aku ada mesyuarat untuk projek Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Terengganu dan sekejap lagi, jam 1500 ptg, bos aku terpaksa menghadiri Mesyuarat Pameran Rekabentuk Bangunan oleh JKR Malaysia bersama dengan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya III (Sektor Pakar). Aku juga ler yang punya masa free... keciankan aku!! Sape-sape yang sokong pernyataan aku ni, tolong raise your hand, please....(Oooppss, terlupa la pulak, aku pose arini- pose ganti. hihihi.. sori)
Tadi sempat aku keluar sebentar untuk tapau kuih bakar di Bangunan Mara. Kuih tersebut untuk aku berbuka pose karang. Bukan berbuka kat umah tau tapi kat opis my hubby di Wisma PSMB, Damansara. huhuhu.. keciankan!!! Temankan my hubby wat ot. Kerja banyak. kecian my hubby..
Semoga interview esok (16 julai 2010), rezeki menyebelahi my hubby. Pegawai Penguasa Kastam. Aku sentiasa mendoakan kejayaan mu, sayang. Amin...
Tunggu episod seterusnya....wakaka
Wednesday, July 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
good luck for the interview-->hubby
ReplyDeletetq bro. mcmana kaki? da ok ker??
ReplyDelete