About Me

My photo
" Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya sama ada di bumi dan di langit dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui"

Monday, December 20, 2010

Kau Memang Ahli Neraka???

Bismillahirrahmanirrahim.....


Adakah benar kita tahu seseorang itu akan masuk neraka jika mereka sememangnya seorang yang zalim? Sudah tentu tidak. Kali ini kita akan belajar dari sebuah kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah. Bagaimana Allah yang maha penyayang dan maha pengasih sentiasa membuka pintu taubat kepada hambanya yang leka.

” Al-kisah, pada suatu hari Umar r.a mendapatkan Rasulullah SAW sambil menangis:

Rasulullah SAW : Wahai Umar, apakah yang membuat engkau sehingga menangis?

Umar :Ya Rasulullah, ada seseorang di muka pintu ini yang telah membakar hatiku.


Rasulullah SAW : Ya Umar, bawalah dia masuk.  Lalu Umar membawa pemuda itu masuk sambil menangis.

Rasulullah SAW : Apakah yang telah engkau lakukan sehingga engkau menangis?

Pemuda : Wahai Rasulullah, aku telah melakukan dosa yang besar! Aku sangat takut kepada ALLAH SWT yang sangat murka kepadaku.


Rasulullah SAW : Apakah kamu telah mempersekutukan ALLAH?
Pemuda : Tidak, ya Rasulullah.


Rasulullah SAW : Apakah kamu telah membunuh jiwa yang kamu tiada hak untuk membunuhnya?


Pemuda : Tidak, ya Rasulullah.


Rasulullah SAW : Maka ALLAH SWT akan mengampunkan dosa kamu walaupun sebesar tujuh petala langit dan bumi dan bukit-bukit.


Pemuda : Wahai Rasul ALLAH, aku telah melakukan dosa yang lebih besar dari langit, bumi dan bukit-bukitnya.


Rasulullah SAW : Apakah dosamu itu lebih besar dari Al-Kursi?


Pemuda : Dosaku lebih besar.


Rasulullah SAW : Apakah dosamu lebih besar dari Arsy?


Pemuda : Dosaku lebih besar.


Rasulullah SAW : Apakah dosa kamu lebih besar dari dimaaf oleh ALLAH?


Pemuda : MaafNYA lebih besar.


Rasulullah SAW : Sesungguhnya tidak ada siapa yang dapat mengampunkan dosa besar kecuali ALLAH YANG MAHA BESAR, yang BESAR keampunanNYA. Katakanlah wahai pemuda, dosa apakah yang telah engkau lakukan?


Pemuda : Aku malu hendak memberitahumu, ya Rasulullah.


Rasulullah SAW : Beritahu aku apakah dosamu itu (Sedikit tegas!)


Pemuda : Begini ya Rasulullah, kerjaku adalah sebagai penggali kubur. Aku telah melakukan kerja menggali kubur selama tujuh tahun. Pada suatu hari, aku menggali kubur mayat seorang gadis dari kaum Ansar. Setelah aku menanggalkan kain kafannya, maka aku tinggalkan dia. Tidak jauh aku meninggalkannya, maka naiklah nafsuku. Oleh kerana tidak dapat menahan nafsu, aku kembali kepada mayat tersebut lalu menyetubuhinya. Setelah aku memuaskan nafsu, maka aku tinggalkan dia. Belum jauh aku beredar dari situ, tiba-tiba mayat gadis itu bangun dan berkata, Celaka betul kamu, wahai pemuda! Tidakkah kamu berasa malu pada Tuhan yang akan membalas pada hari pembalasan kelak! Bila tiba masanya setiap orang yang zalim akan dituntut oleh yang teraniaya! Kau biarkan aku telanjang dan kau hadapkan aku kepada ALLAH SWT dalam keadaan junub!

 
Rasulullah SAW : Hai orang yang fasik! Memanglah layak kamu masuk neraka dan keluarlah kamu dari sini!


Maka keluarlah pemuda itu.
Selama 40 hari pemuda itu memohon ampun kepada ALLAH dan pada malam yang ke-44, dia memandang ke langit sambil berdoa,” Ya ALLAH, Tuhan kepada Rasulullah, Nabi Adam dan ibu Hawa, jika ENGKAU telah mengampunkan aku, maka beritahulah Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Jika tidak, maka kirimkan kepadaku api dari langit dan bakarlah aku di dunia ini dan selamatkan aku dari siksa akhirat.”

Tidak beberapa lama selepas peristiwa itu, turunlah Malaikat Jibrail mendapatkan Rasulullah. Selepas memberi salam:

Jibrail : Wahai Muhammad, Tuhanmu memberi salam kepadamu.

Rasulullah SAW : Ialah Assalam dan daripadaNYA salam dan kepadaNYA segala keselamatan.


Jibrail : ALLAH SWT bertanya, apakah kamu yang menjadikan makhluk?


Rasulullah SAW : ALLAH lah yang menjadikan segala makhluk

.
Jibrail : Adakah kamu yang memberi rezeki kepada makhluk?


Rasulullah SAW : ALLAH lah yang memberi rezeki kepada aku dan makhluk-makhluk lain.


Jibrail : Apakah kamu memberi taubat kepada mereka?


Rasulullah SAW : ALLAH yang menerima taubat dariku dan mereka.


Jibrail : ALLAH BERFIRMAN, maafkanlah hambaKU itu kerana AKU TELAH MENGAMPUNKANNYA.


Maka segera Rasulullah SAW memanggil pemuda itu dan menerangkan kepadanya bahawa ALLAH telah menerima taubatnya dan mengampunkannya.”

Pengajarannya, pintu taubat sentiasa terbuka bagi mereka yang mahu kembali kepada Allah dan Rasul-NYA. Janganlah terjerumus ke dalam kancah maksiat kerana terasa diri sudah TIDAK BERGUNA & TIDAK DAPAT DIAMPUNKAN LAGI……….selagi ada hayat, berusahalah untuk kembali kepada Allah seberapa segera yang boleh.


Janganlah mengungkapkan kata2 seperti ini:

“Jahatnya orang ini, dia ni memang ahli neraka!”

“Kau memang layak masuk neraka!”

**** Ingat, bukan kita yang menentukan siapa ahli syurga atau siapa ahli neraka, janganlah soal ini dijadikan bahan gurauan atau ejekan. Sesungguhnya Allah bila-bila masa sahaja boleh mengubah seorang kafir memeluk Islam dan memasukkannya ke dalam syurga, dan bila-bila masa sahaja boleh memilih seorang Islam bertukar agama lain dan memasukkannya ke dalam neraka….wallahualam….

Thursday, December 16, 2010

Jangan Tunggu Dia Bergelar ....

Pepatah ada mengatakan, “Nak melentur buluh biarlah dari rebung”, “Bapa borek, anak rintik” dan “Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”. Kesemua pepatah lama ini mengandungi unsur-unsur dalam pendidikan. Kita telah biasa mendengar pepatah-pepatah ini dan mungkin pernah mengalami konflik yang kritikal berkaitan dengan pepatah tersebut. Misalnya pepatah “Nak melentur buluh biarlah dari rebung” dapat memberi nasihat kepada kita bahawa kalau mahu membentuk peribadi atau membentuk akhlak yang baik ke atas seseorang manusia hendaklah dibentuk sejak kecil lagi.

Contoh yang terdekat dengan kita adalah seperti mendidik anak-anak untuk mengerjakan perintah solat lima waktu sehari semalam. Kita hendaklah membiasakan diri mereka, mengajar mereka serta menyuruh mereka bersolat ketika masih kecil sebelum baligh.

Janganlah hendaknya apabila anak-anak kita sudah tumbuh misai, janggut barulah disuruh mengerjakan perintah Allah itu, kerana kalau salah-salah langkah, anak-anak yang sudah besar itu boleh melenting kepada ibu bapa.

Dalam hal ini Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Perintahkanlah anak-anak kamu menunaikan solat ketika mereka berusia tujuh tahun dan pukullah (kalau mereka enggan) bila usia meningkat sepuluh tahun. Dan pisahkan tempat tidur mereka.”

Kita berasa begitu gembira dengan sambutan yang diberi oleh masyarakat Islam untuk sama-sama membentuk generasi akan datang sebagai generasi yang terdidik, jiwa yang cinta kepada Allah dan Rasul. Kita kagum melihat bagaimana telatah anak-anak kecil yang berumur dalam lingkungan tiga atau empat tahun sudah memakai tudung bagi yang perempuan. Kanak-kanak ini sudah turut serta bersama-sama ibu bapa mereka meramaikan rumah-rumah Allah.

Bagaimana pula dengan anak-anak kita? Nak dibiarkan sampai boleh bergelar ‘bapa’ atau ‘datuk’ barulah nak bergegas ke masjid atau ke kuliah-kuliah fardu ain?Ibu bapa haruslah menunjukkan contoh kepada anak-anak mereka. Biarkan anak-anak kecil kita melihat bagaimana kedua-dua ibu bapa mereka mengerjakan ketaatan kepada perintah Allah.

Biasanya kita lihat di rumah-rumah, apabila ibu bapa hendak solat maka anak-anak mereka akan diletakkan jauh-jauh dari mereka atau dibiarkan terkurung di dalam bilik, takut mengganggu. Ini merugikan dari segi pendidikan anak-anak itu.

Seboleh-bolehnya biarlah anak-anak kita melihat bagaimana cara kita mengerjakan sembahyang. Dalam umur dua, tiga tahun mereka sudah kenal apa itu sembahyang dan kesan yang paling baik ialah kanak-kanak itu telah biasa dengan sembahyang.Kalau kita khuatir anak-anak akan menggangu solat kita maka bagi kanak-kanak perempuan, kita perlulah membersihkan diri mereka dahulu, pakaikan pakaian yang bersih kemudian barulah kita solat.

Sekiranya ketika bersolat mereka datang memeluk atau berbaring di depan kita, kita boleh mengubah kedudukan atau mendukung mereka dengan syarat setiap pergerakan itu tidak melebihi tiga kali pergerakan berturut-turut. Bagi kanak-kanak lelaki pula, keadaan ini sukar dilakukan kerana mereka perlu bersunat terlebih dahulu barulah dikira diri mereka itu bersih.Kita hendaklah mengerti bahawa mendidik anak-anak kecil dan melatih mereka dengan budi pekerti yang terpuji adalah perkara penting dan amat perlu.

Tugas pendidikan ini bukanlah suatu tugas sampingan yang boleh diketepikan atau ditukar ganti peranannya oleh orang lain. Dalam konteks ini bolehlah kita menarik perhatian tentang orang gaji sebagai ibu kedua bagi kanak-kanak yang kedua-dua ibu bapa mereka bekerja. 

Belaian Manja Ibu Bapa

Kita harus sedar bahawa orang gaji tidak mampu untuk berfungsi sebagai ibu yang sejati. Anak-anak memerlukan kasih sayang. Kasih sayang tidak boleh dijual beli. Keperluan manusia bukan sekadar makan minum tetapi juga belaian manja dari ibu bapa. Tidak guna kalau kita melonggokkan segala kemewahan kepada anak-anak sedangkan jiwanya rasa bagai tiada tempat bertaut yang kukuh dan selesa.

Imam al-Ghazali mengatakan bahawa anak-anak adalah amanat di tangan kedua ibu bapa. Hatinya suci laksana mutiara yang berharga, indah, bersih dari segala gurisan dan bentuk. Ia akan menerima apa sahaja yang dibuat kepadanya dan condong kepada apa yang ditarik kepadanya. Jika dibiasakan anak-anak itu dengan perbuatan-perbuatan baik yang diajar kepadanya, ia akan besar dalam keadaan itu sehingga berbahagialah kehidupannya dunia akhirat.

Sebaliknya jika anak-anak itu dibiasakan dengan perbuatan-perbuatan yang jahat dan dicuaikan pendidikannya seperti kehidupan binatang yang terbiar, sudah tentu dia akan binasa.Kalau sekarang ini kita begitu bersungguh-sungguh menjaga keselamatan anak-anak kita dari mara bahaya seperti terkena api dunia, maka melindunginya dari api akhirat adalah lebih penting dan utama lagi.

Cara melindungi anak-anak itu ialah dengan memberinya pendidikan dan pengajaran yang baik, dan membiasakan mereka dengan segala akhlak dan budi pekerti yang terpuji, memeliharanya dari pergaulan dengan kawan-kawan yang jahat.

Tidak usah terlalu cerewet dengan kemewahan ataupun mengikut kemahuan anak-anak dalam serba-serbi kemewahan dan perhiasan diri, kerana dikhuatiri anak-anak itu akan menghabiskan umurnya memburu kemewahan sehingga boleh membawa kebinasaan yang berterusan kepada mereka. Kita amat mengharapkan akan tibanya generasi yang terdidik, yang berpegang teguh dengan tali Allah dan bukannya terumbang-ambing seperti yang didapati pada zaman sekarang.

 
 
 
 
 
Koleksi ANIS Oleh: Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

Perihal Kasut

Sunday, December 12, 2010

Demon Anti Yahudi

Artikel dari Ustaz Pahrol ini amat menarik dan mungkin akan terpalit betul-betul di dahi
majoriti orang Melayu kita yang sibuk dengan kempen boikot dan demonstrasi
yang kononnya menunjukkan gelagat tidak puas hati terhadap Israel . Kami
kongsikan artikel ini untuk bacaan pembaca Oh! Islam yang berminat (nyata
tiada paksaan).
**********
Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual
dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah
klinik.
"Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel . Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM
Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan
undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional."
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.
"Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia
Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan.
Awak jangan lepas peluang."
Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya
telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.
"Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit... janganlah begitu.
Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan.
Itu lagi teruk."
Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, "saya sokong tindakan Pak Cik
dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi."
"Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit
sejak akhir ni."
"Kenapa Pak Cik?"
"Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni."
"Pak Cik hisap rokok apa?" saya mula teruja untuk berbual.
"Masih Winston. Dah sebati sejak dulu."
"Winston from America ?" bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.
"Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik
tentang demonstrasi ini?" kilasnya mengalih arah perbualan.
" Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu," tegas saya.
"Apa dia?"
"Solat Subuh berjemaah."
"Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat." Muka pak Cik itu mula
memerah. Tangannya mula digenggam.
"Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan
membangunkan roh jihad yang sejati."
"Kita mesti sanggup memikul senjata."
"Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang
Subuh."
"Saya tak faham."
" Pak Cik , Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka."
"Apa yang menyakitkan mereka?"
"Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah
sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik
pandai mereka sendiri."
"Jadi?"
"Sebaik-baik 'demonstrasi' ialah didik umat ini bersolat Subuh secara
berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah.
Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar,
lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah.
Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya
mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain."
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik
nafas panjang. Kembali merenung Pak Cik tersebut dengan senyuman.
"Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?"
"Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar
rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan
sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta
ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan
ke Gaza !"
"Awak sindir saya?"
"Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya
bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak."
"Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi! "
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
"Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha
selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka."
"Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?"
"Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara
hidup Islam?"
"Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam."
"Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam."
"Contoh?"
"Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya
hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat
sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi
media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap
dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis."
Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, "mana Yahudinya. Awak kata
Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan
sosialis?"
"Ketiga-tiga isme itu sama."
"Sama?"
"Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama... ZionisYahudi! "
"Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?"
Saya menggeleng-gelengka n kepala perlahan.
" Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita
perlu agenda yang konsisten dan 'genuine'."
"Misalnya?"
"Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga
dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran. "
"Lagi?"
"Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam
didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata
sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!"
"lagi?"
"Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu
persatu kita boleh 'berdemonstrasi hari-hari' terhadap atas Yahudi. Bila
kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita
boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di
Holywood."
"Idola Amerika?"
"Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur
akan mudah dijajah."
Pak Cik itu batuk-batuk.
Saya urut belakangnya.
"Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak
Cik?" kata saya seakan-akan merayu.
"Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin."
"Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang
kita benci."
"Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita
untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja
perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak,
pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari."
"Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan
ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah
hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam
solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah
hu Akbar daripada umat yang tidak solat? "
"Eh, kami yang demonstrasi semua solat..."
"Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada
kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat
langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa
khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi
Zionis dalam erti kata sebenar?"
Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan.
Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik.
Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan
para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada
akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat
seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan
qunut nazilah?
Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan
pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri,
keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing.
Bukan hari itu sahaja... tetapi hari-hari. Setiap hari!
Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam
itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:
"Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut
millah (cara hidup) mereka."
Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan
penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus
'mengecilkan' pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan
ini?

OHISLAM: SAMPAIKANLAH ILMU WALAU HANYA DENGAN SATU AYAT.

Thursday, December 2, 2010

Rindunyerr

Hi, .. 
Dah lama i xupdated my blog. Rindu ler plak. Bukannya apa, mood hilang ntah ke mana. Puas di cari tak juga jumpa. Tetiba arini teruja plak nak update blog. hehhehe..
Pagi tadi rezeki i murah sangat. Bos i bagi 5 biji karipap. Katanya maidnya yang suh bagi kat i. hahhaha..(Tengah terfikir ingatkah maid bos pada aku..). Apapun terima kasih banyak2 untuk maid bos i dan juga bos i. Terima kasih untuk karipap  tersebut. Rezeki di pagi hari. 

Sebenarnya i teruja nak balik kampung arini. Rindu pada anak-anak. A'ah, lupa nak bagitau. Anak-anak i takde kat KL coz balik umah tok n wan diaorg. Kebetulan kitaorg xbalik raya qurban, so my parent datang amik cucu-cucu balik kampung. huhuu.. I dengan hubby jer yang raya kat kuala lumpur. memang xbest. Tahun depan, insya allah kena balik.  Kena simpan cuti banyak-banyak cikit. Musykil jugak sebenarnya kalau bab-bab simpan cuti ni coz i ni jenis yang suka menghabiskan cuti. hahhahha... Awal-awal tahun dah habis cuti. Pelik kan??? Orang lain boleh plak simpan cuti like my bos. Banyak giler cuti rehat yang belum dihabiskan untuk tahun ni. Bestnyer kalau i pun macam tu jugak... ARGHHhhhhhh..

Berita yang menggumbirakan, Insya Allah, malam karang bertolak balik ke kedah. Nak balik amik anak n ikan pekasam yang buat aritu. Bestnyerr.. Dah terkecur air liur i bila sebut tentang ikan pekasam ni. Semalam tengahari i kol my mum coz nak pesan sesuatu untuk i balik karang. I try ler order gulai batang pisang dengan daging(tulang daging + lemak daging). Mak i cakap apa tau," xpyah nak order-order, balik dulu.  Kenduri belambak-lambak. karang xlarat plak nak makan daging kot". Alahai mak ni, orang kata nak makan gulai batang pisang bukan daging. Banyak bezanya tu mak. Adehhh.. Pastu mak i kata lagi. " masa bila nak makannya, kenduri ari-ari". Pulak dahhh.. Tapi betul jugak bila masa nak buatnya kalau dah kenduri ari-ari. Tapi macamana pun nak makan jugak. Bukan boleh makan selalu pun. Balik kampung jer yang leh jumpa benda-benda macam tu pun. Betul tak semua???

Apapun i memang xsabar la nak balik kampung. So ari Isnin (6 Dis 10) i cuti. So boleh lama cikit kat kampung. Orang kata amik udara segar. hehehhe.. Dok KL asyik hirup asap exzos kete n motor orang jer. hihihiihi...Actually i planning balik kampung i nak pegi Padang Besar, Perlis nak cari kuali coz kuali i berlubang. Hahahaha.. U all nak tau tak sebab apa kuali i berlubang???? malu la plak nak cerita..
Ceritanya berbunyi begini. Suatu malam tu i tengah menggoreng kuewtiaw. Bila dah siap semua. kat hujung senduk tu terlekat ler banyak rempah ratus hasil gorengan kuewtiaw tu. I pun dengan senang hati, mengetuk-ngetuk senduk tu di kuali dengan kuat dan lantang. Macam mamak kat kedai yang selalu buat tu lerrr. Alang-alang nak buat macam tu nak bagi my hubby dengar. Tetiba tengah dok sedap mengetuk senduk tu, berlubang ler plak kuali tu. Adehhhh.. Terkedu i. Pasti i ketawa sorang-sorang. My hubby heran terus my tengok punca-punca i dok gelak sorang-sorang. Last sekali, my hubby pun turut geli hati sekali. Macam-macam la dia kata kat i. (Perli tu). Bingit telinga dibuatnya. Apapun kenangan itu adalah yang terindah buat i. dan baik untuk dijadikan pengajaran. Tu sebab la nak p sangat Padang Besar. nak cari Kuali/Belanga.
Untuk pembaca semua, janganlah meniru aksi seperti yang i buat tu di rumah. Nanti rosak kuali anda. hehehhe..


lalalal, nak balik kampung
lalalala, sukanya hati

lalaala, gumbira tak terkata
lalalla.. aku dah tak sabaq-sabaq nihh-
lalala.. lambat lagikah jam 5.30
lallaala..
-
-
-
-
-
-

-
-
Sekian.

Wednesday, November 17, 2010

Petua Untuk Rajin Bersolat

Jika anda ingin jadi orang yang rajin mengerjakan Solat, amalkanlah doa ini.
Bacalah selalu Surah Ibrahim: Ayat 40

"Rabbij 'alnii muqiimaSSalaati wa min dzurriyyatii, Rabbana wataqabbal du'aa'."

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Surah Ibrahim: Ayat 40-43[40] Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.




 

[41] Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.

 

[42] Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).

 

[43] (Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).



 


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


untuk dikongsi bersama...
mari kita beramal


Tuesday, November 16, 2010

MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK

MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK ~

by Norhazlina Omar on Wednesday, October 13, 2010 at 9:13am
 
Dipanjangkan oleh Sharifah Norbaizura Tuan Ahmad Kamil, Bank Negara Malaysia. Buat renungan kita bersama..




para ibu bapa sekalian..

Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah. Anak kita adalah cermin diri kita…….. Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.

Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.
1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri,luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akankurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak.

Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.

Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Saya cadangkan tuan/puan cuba dapatkan buku bertajuk “Personality Plus for Parents” oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb. Sesungguhnya pelaburan yang ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini.Sekian, semoga Allah mengurniakanrahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya. Wallahua’lam.


Sunday, November 14, 2010

i'm moody

ikhlas aku cakap, aku xtau apa yang terjadi pada aku. semua orang cakap aku lain macam sekarang. bagi aku biasa jer tapi sedikit moody. tension ler sikit bila orang cakap macam tu. kalau senyum pun orang leh nampak ikhlas or tak senyum tu. Tension tau...

sememangnya aku moody. mak aku pun heran. aku pun xtau sebab apa. macamana nak buat bagi gumbira ek?? sesapa ada ilmu tentang tu tak? kekadang maleh nak menjawab dengan orang bila tanya bab-bab ni. sebab aku pun xtau kenapa jadi macam ni. so, sesapa yang terbaca blog aku ni n kenal sapa aku, tolonglah jangan tanya sebab munasabab kenapa aku jadi macam ni. selera makan aku pun kurang. huhuhu.. aku pun xminta jadi macam ni. sedih!!

Lagi sedih bila ada orang tuduh aku ada skandal dengan suami orang. main tembak jer. ingatkan aku sorang jer yang terkena tapi ada lagi mangsa dia yang terkena. kecian dengan perempuan tu. ingat aku nak sangat dengan suami dia tu???? ingat aku heran sangat dengan suami dia tu??? aku pun dah kawen sis. jangan nak tuduh sebarangan jer. janji mau jumpa aku, mananya batang hidung ko sis. aku pun teringin sangat nak berjumpa dengan ko sis. kecian aku dengan ko. terlalu prejudis n optimis dengan lelaki itu. teramat kecian....!!!! last-last ko yang senyap sis. sanggup ko tepon aku malam tu semata-mata nak tanya pasal ni. bila aku tanya siapa husband ko, ko xnak bgtau. Y???? did i know ur husband??? sakit tau bila orang tuduh macam tu. last sekali aku dapat tau sape lelaki yang tersangat digilai perempuan itu. hehehe.. kelakarlah plak kan!!
kalau aku belum kawen pun, aku xkan amik lelaki tu sebagai suamiku. becoz not my taste. bukan bongkak, tapi memang aku xde perasaan pun terhadap lelaki itu. tapi yang peliknya, bila aku tanya lelaki itu, lelaki itu kata blum kawen tapi kenapa perempuan tu cakap suami dia. lantaklah korang. aku xnak masuk campur n jangan babitkan aku dalam hal korang. aku dah berfamily. tapi apapun aku minta sangat perempuan tu datang jumpa aku. aku harap-harap sangat....

sekian.

Maklumbalas dari JAKIM berkaitan minyak sapi QBB

Sila rujuk artikal sebelum ni bulan Julai.

Putrajaya : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah meluluskan permohonan pengesahan sijil halal bagi minyak sapi berjenama QBB Pure Ghee keluaran QBI Packaging Sdn. Bhd, I November yang lalu. Laman web Halal Malaysia, berkata sijil itu diberikan selepas pemeriksaan secara terperinci dengan menggunakan pendekatan "product tracebility".  Katanya, tiga elemen diguna pakai iaitu 'supplier traceability', 'process traceability' dan 'costumer traceability'.  "Jakim memaklumkan minyak sapi berjenama QBB Pure Ghee keluaran QBI Packaging Halalal Toyiban dengan itu permohonan halal daripada syarikat terbabit sudah diluluskan pada 1 November," katanya.

Wednesday, November 3, 2010

Khabar dari Utara 2

          Airport Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, Kedah
Salam...

Macamana nak balik kalau  semua jalan dah tutup. highway pun dah tutup. so, mana ada lagi jalan lain yg boleh masuk ke rumah aku. Ishhh, macamana nih!!! Malam tadi mak bagitau ayaq dah surut. Tapi baca Harian Metro arini, keadaan bah sebelah utara makin parah. Aduh, macamana ni...
Nak balik jugak!!!!!.. Tengoklah petang karang, aku tepon mak aku balik. Harap-harap ayaq dah surut dan jalan dibuka semula. Parah ler kalau xleh balik. 3 hati tu... Dah ler raya haji xleh balik. Whoooooo.. raya kat Kl. Kata Mr. Asben, " Sape suh habiskan cuti awal sangat. sekarang xleh balik. Papa boleh balik. Dok ler umah sorang-sorang". Tak kan Mr. Asben nak tinggalkan Mrs dia sorang-sorang kat umah kot raya haji nanti. Mustahil. Itu semua helah belaka. Tak sampai hatinyerrr..

Waaaa,... nak balik kampung!!! nak main ayaq. Sape-sape ada helikopter, tolong hantarkan saya balik umah saya kat kampung boleh dok?? Ehsan dari tuan empunya helikopter sangatlah diperlukan. Huhuhuhu...xpe, kat umah ada padang bola, leh parking helikopter encik kat situ. jangan risau kalau bab parking marking nih!! nak balik jugak. Tapi semalam dah bagitau Mr. Asben suh standby khemah dalam bonet kete. kot-kot ler highway tutup dan xleh lalu, leh berkhemah tengah jalan raya. hehehehe... pastu wat ler rakit or sampan. mendayung balik ke umah. hehehhe.. Rasa-rasanyer kalau rafting time bah ni best dok??? hihihihi
Tapi xde cabaran ler coz air rata jer. xde batu penghalang/cabaran-cabaran tertentu yang mendebarkan setinggi 3-8 meter seperti kat Sedim dulu. (Best Wa cakap Lu)

la, ni dah lari topik nih... nak balik nih, macamana nih!! ishhhh..dah lama tunggu saat ni. tetiba jalan plak tutup. dah jadi pulau ler kampungku itu. habis macamana dengan bekalan makanan kat umah tu. dah ler  elektrik xde, ayaq pun xde. malam tadi dalam berita TV3, logi ayaq Bukit Pinang kena tutup coz bah sampai ke loji. Selama ni loji ayaq tulah yang support ayaq ke kampung aku dan kampung-kampung lain. habislah..
Memang dahsyat ler bah sekali ni. Bah besar nih!!

Niat kat hati, kalau balik nanti nak suruh ayah tahan pukat. hehee.. tangkap ikan lorr. time ni ikan banyak. leh wat kering. hehehe.. dah ler mak asyik bagitau depa dok makan ikan keli bakaq  gulai puyu/haruan dengan keledek, best tu. lama xmakan macam tu. sedap tau.. xsabaq dah ni. kalau la  opis ni  bapak aku punya, confirm aku dah xmasuk keje arini. cabut balik kampung malam td lagi. Nak balikkkk..

-
-
-
-
-
-
-
-
-


Highway Utara

Shell Kepala Batas

keadaan banjir di kg. lahar



keadaan banjir di bandar jitra


KFC Tanah Merah..
-
-
-
--


Semua gambat adalah diambil dari laman sesawang tertentu. Mohon maaf gambar tersebut adalah sekadar untuk info. tq

Tuesday, November 2, 2010

Khabar dari Utara


Salam,

Mula-mula sekali nak ucapkan takziah n banyak2 bersabar untuk keluarga tok aku, mak mertua abang aku and semua mereka yang telah dilanda banjir. Kepada Tok aku, banyakkan bersabar. itu semua dugaan. walaupun xde satu barang pun yang dapat diselamatkan, redha jelah tok. Apa boleh buat. itu semua kehendak Tuhan. Bersabar jelah tok. Kalau banyak dugaan yang menimpa kita, maknanya Allah SWT sayang kita. DIA nak kita ingat DIA sokmo.

Mungkin ada orang akan cakap, " Takpelah tak kena batang hidung dia, kalau kena mau teriak tak ingat dunia". memang ler betul tapi nak buat macamana, bukan kita minta semua tu. Itu semua kehendak DIA. Kita sebangai hambanya banyakkan bersabar, berdoa dan redha dengan setiap apa yang berlaku. Tetap ada rahmat/hikmah disebalik semua yang berlaku tu. Aku pun hanya mampu berdoa agar semuanya kembali pulih seperti biasa dan segalanya selamat. Amin, Amin , Ya Robbal A'lamin.

Info dari mak aku, anak aku pulak dok syok main ayaq. lintah tak lintah semua dia bedal. habislah anak aku. seronok giler dia dapat main ayaq. suh cakap dengan aku pun tak mau. dok syok main ayaq. Mohd Taufiq Al-Hafiz oh Mohd Taufiq Al-Hafiz!!!

Aku pun xsabaq nak balik main ayaq ni. dok kat pejabat pun dah xsyok nak wat keje. kepala otak semua dok kat kampung dah. tapi mak aku da remind, kena cari jalan alternatif lain kalau nak balik coz banyak jalan dah tutup sebab ayaq dah naik. jadi, aku balik ni kenalah cari jalan lain. jalan yang dok biasa lalu, habis ayaq naik. apa boleh buat, REDHA jelah. Dugaan di dunia....lagi satu mak aku remind, suh blikan stok makanan. hehehhe... kesian plak aku dengaq. dah takde makanan ke mak??? dahsyat tu. Tapi xpelah, kalau nak balik nanti, cek tepon mak tanya nak bli barang apa. kalau mak tak habaq, takut terbeli barang yang tak diperlukan plak. so, lebih baik mak habaq n bgtau noh!!. tapi aku tau perangai mak aku, dia tak akan habaq punya. mak aku tu memang macam tu. Itulah namanya IBU kan??? 
tak akan nyusahkan anak-anak tapi anak-anak plak sebaliknya. anak-anak sekarang dah takde hati perut. sanggup wat mak bapak macam-macam. minta-minta aku dengan adik-beradik aku tak macam tu kelak. Nak jadi anak yang soleh & solehah. AMIN.
Cek sayang Mak & AYAH dunia dan akhirat. halalkan makan minum kami adik beradik selama kami menjadi anak mak & ayah. Halalkan segalanya mak & ayah.
cek sayang mak & ayah. Kami semua sayang mak dan ayah. sayangggg sangat!!!


Sunday, October 31, 2010

Apsal aku malas sangat arini???

Untuk pengetahuan korang, arini aku malas sangat nak keje. xtau kenapa. malas sangat2. xpenah plak aku rasa semalas macam ni. Kenapa dengan aku pun aku xtau. Tapi yang pasti aku memang malas sangat-sangat. 
Kalau korang ada ubat / cara untuk mengatasi masalah malas aku ni, tolonglah bagitau or share dengan aku. Tolonglah yerr..

Aku xnak ler, malas aku ni berterusan sampai bila-bila. harap-harap, malas aku ni sampai tengahari ni jer. Minta-minta petang karang dah ok. Kalau penyakit malas aku berlanjutan sampai petang, mau malam karang aku makan kat kedai jer. Yang aku hairannya kenapa aku jadi macam ni. Xpenah-penah pun aku rasa semalas macam ni. Pertukaran angin ker???

Tapi angin apa??? pelik nih!! tolonglah aku......


                                                          new waja lancer

                                                          New waja lancer



 
** Dari telinga jatuh ke hati, itu wanita, mudah terpesona dengan apa yang didengarinya. Akibatnya, sering tertipu antara pujian hakiki dan tipu helah perangkap. Dari mata jatuh ke hati, itu lelaki, mudah terpesona dengan apa yang dilihatnya, hingga kerap terkeliru antara indah hakiki & palsu. Justeru, wanita perlu berhati2 dgn ucapan indah yg didengarinya, lelaki perlu menjaga pandangannya.

Tuesday, October 26, 2010

Kenangan Paul Si Sotong Kurita


Dahulu gempar satu dunia,  kononnya terdapat seekor sotong kurita di Jerman yang boleh meramal negara mana yang  bakal bergelar juara Piala Dunia 2010. Sememangnya, terpapar di surat akhbar cerita-cerita kebijaksanaan, keajaiban pasal si sotong kurita ini yang bernama "Paul". Sampaikan ada yang sanggup untuk membeli Si Paul ni dengan harga yang tinggi. Alangkah bertuahnya Si Paul ni.
Tetapi semalam, di dada akhbar terpampang cerita yang menyedih buat peminat Si Paul ini. Rupanya Si Paul ni telah mati semasa berada di dalam akuariumnya di bandar Oberhausen, barat Jerman pada waktu pagi. Kesian Si Paul. Cerita Kehebatan Si Paul terkubur bersamanya kini....

External Hardisk Jenama Seagate

Jual, Jual, Jual...!!!


External Hardisk Jenama Seagate

  1. 2.5"  - 500 GB  = RM 210.00
  2. 3.5"  - 750GB   = RM 260.00
  3. 3.5"  - 1.0TB    = RM 310.00
  4. 3.5"  - 1.5 TB   = RM 410.00
Enclosure / Casing Design

RM 15.00 hingga RM 20.00

* Charge pos lain harga.

Anda berminat sila tinggalkan pesanan anda di Post Comments or Call Me at 012-3978393 0r Emel Me at Anggerik_04@yahoo.com.my. Tq kengkawan

Aku Benci Dia

Salam..

Ntah kenapa tetiba bila ingat orang tu, aku rasa benci sangat. tapi bila aku bersemuka dengan dia, lain plak jadinya. benci tu tetiba plak hilang. Tapi sekarang ni memang aku benci dia. benci sangat-sangat!!!. kalau otak aku macam CPU ni, mau jer aku "delete" terus sume tentang dia. dah maleh aku nak ingat dia. kalau boleh aku x mau dia hadir dalam hidupku walaupun sesaat. aku benci dia sangat-sangat!! Ya Allah, tolonglah aku lupakan dia. Tolonglah aku Ya Allah. 



Kekadang hidup ni tampak sempurna walaupun disebaliknya nampak tidak sempurna. Hakikatnya aku nak ia nampak sempurna buat diriku dan keluargaku. Arini berita yang ku khabarkan buat suamiku membuatkan dia gembira teramat sangat tetapi aku plak yang kerisauan coz ..... adehhh, tersilap perkiraan. kata pandai sangat. Oddo yer!! ishhhh.. apa-apa pun alhamdulillah. moga segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna serta diredhaiNYA. Amin..

Monday, October 25, 2010

BESUT KITO: PUAKA TAMAN REKREASI ARUS DERAS SEDIM

BESUT KITO: PUAKA TAMAN REKREASI ARUS DERAS SEDIM

Sinopsis cuti-cuti cinta..

Eava Ealiana merupakan seorang pengarah di sebuah syarikat kepunyaan bapanya, Tan Sri Zaini. Sebagai anak tunggal kesayangan, Eava dilimpahi dengan penuh kasih sayang dan kemewahan. Apabila dewasa, Eava yang berkelulusan luar negeri bekerja di syarikat ayahnya. Eava merupakan seorang yang terlalu cerewet tentang segala-galanya, sombong dan suka membangga diri. Sering membebel jika tidak puas hati dan sangat tegas. Pekerja-pekerjanya lebih takutkan Eava berbanding ayahnya. Tan Sri Zaini mempunyai seorang kawan rapat, Datuk Hamzah yang mempunyai seorang anak lelaki, Remy. Remy seorang playboy yang cuma tahu menghabiskan harta ayahnya sahaja. Remy dan Eava disatukan atas tujuan perniagaan dan niat Datuk Hamzah membolot harta Tan Sri Zaini.

Suatu hari Eava terserempak dengan Remy yang sedang bermesra bersama seorang wanita. Eava marah, lalu menumbuk Remy dan terus berlalu. Kecewa dengan tindakan Remy, Eava memandu keretanya tanpa tujuan lain, hanya semata-mata ingin melarikan diri daripada Remy dan masalah yang dihadapinya. Dia terus memandu sehingga sampai di sebuah hotel di tepi pantai. Setelah membuat tempahan, Eava masuk ke bilik tetapi tidak berpuas hati dengan keadaan bilik hotel itu. Dia memanggil pengurus hotel itu, En. Mahmod dan memberi komen terhadap beberapa perkara. En. Mahmood mengarahkan pekerjanya, Fausrina dan Maliqurrahman melakukan perkara-perkara yang di komen oleh Eava. Walaupun sudah dibetulkan, Eava masih tidak berpuas hati dan terus memberi komen. En. Mahmood yang tidak tahan dengan bebelan Eava turun ke kaunter. Omar Rudy seoarang lagi pekerja yang menawarkan dirinya untuk memuaskan hati Eava. Eava menyuruh Omar Rudy membuat apa sahaja mengikut suaka hatinya dan Omar hanaya membuat tanpa membantah. Akhirnya Eava berpuas hati dengan biliknya itu.

Esoknya, Eava memandu keretanya mengelilingi kawasan hotel. Eava sampai di sebuah kampung nelayan dan ternampak Omar Rudy, Fausrina, Maliq dan Kris Dayana di dalam bot sedang  bersiap-siap untuk pergi ke laut. Eava bertanya apa yang mereka buat dan mereka hanya memberitahu Eava bahawa mereka tinggal di kampung dan menjadi nelayan membantukeluarga mereka selain  bekerja di hotel tersebut. Eava seperti menyindir Omar Rudy dengan mengatakan mereka terpaksa melakukan dua kerja untuk mencari makan. Eava juga memperkecilkan kerja nelayangkerana menurut Eava, kerja nelayan adalah satu kerja yang mudah kerana tidak perlu berfikir jika dibandingkan dengan kerjanya sebagai pengarah syarikat.

Omar Rudy mencabar Eava mengikutnya pergi ke laut menangkap ikan. Eava bersetuju. Maka mereka pun pergi ke laut untuk menangkap ikan dan Eava mengalami berbagai-bagai kesukaran dan berlaku berbagai-bagai perkara lucu. Sejak hari itu, banyak lagi kejadian yang berlaku akibat pertentangan gaya hidup dan pemikiran dua golongan ini. Eava masih lagi dengan sikap berkeras hati dan sentiasa mencari jalan mengenakan Omar Rudy dan kawan-kawanya. Suatu hari Eava memberitahu En. Mahmood yang dia perlukan seorang untuk mengiringinya semasa berada di hotel itu. En. Mahmood bersetuju. Eava mahukan Omar Rudy menjadi pengiringnya. Ini menimbulkan kemarahan kawan-kawannya. Fausrina mula sedar yang Omar Rudy seperti sukakan Eava walaupun Omar tidak menyatakannya. Fausrina dalam diam sukakan Omar Rudy tetapi kerana persahabatan mereka yang akrab dia menyembunyikan perasaannya. Fausrina mula cemburukan Omar Rudy dan Eava. En. Mahmood menyedari perubahan Fausrina itu lalu menyuruh Fausrina memberitahu tentang isi hatinya tetapi dia tidak mahu. Dalam masa yang sama En. Mahmood sukakan Kris Dayana tetapi malu untuk menyatakannya.

Sementara itu di Kuala Lumpur, ibu bapa Eava dan Remy sibuk mencari Eava. Setelah mereka mengetahui di mana Eava berada,  mereka segera pergi ke hotel tersebut. Tiba di hotel tersebut, En. Mahmood memberitahu  mereka, Eava dan Omar Rudy pergi ke laut dan jika mereka ingin mengetahui lebih lanjut, mereka harus berjumpa ibu bapa Omar Rudy. Mereka pergi ke kampung nelayan dan berjumpa dengan ibu bapa Omar Rudy . Eava dan Omar Rudy berjalan-jalan mengelilingi pulau-pulau yang ada di sekitar itu dengan menaiki bot. Tiba-tiba di tengah laut, bot mereka rosak.

Oleh kerana cuaca tidak elok dan angin yang kuat, tiba-tiba bot mereka dipukul ombak yang kuat, rosak dan terdampar di sebuah pulau yang tiada orang. Omar Rudy hubungi Kris tetapi Kris memberitahu bantuan hanya akan sampai esok kerana cuaca tidak elok. Jadi mereka perlu menunggu sehingga hari esok. Remy bertambah geram dan mula menyalahkan semua orang. Tanpa disedari Remy, sikapnya telah membuatkan  Tan Sri Zaini dan Puan Sri malu dengan sikap Remy yang telah ditunjukkan oleh Remy itu. Di pulau itu, mulut Eava hanya membebel menyalahkan Omar Rudy tetapi Omar tetap bersabar. Omar Rudy mula mencari makanan, membuat tempat untuk mereka berteduh tetapi Eava tetap membebel kerana terpaksa makan dan bermalam di situ. Apa yang Eava pelik mengenai sikap Omar Rudy yang tenang. Dapatkah Omar Rudy melembutkan hati Eava Eliana, dan dapatkah Fausrina, Kris Dayana dam Maliqqurahman menerima Eava? Kesudahannya terjawab di dalam Cuti-cuti Cinta…

Thursday, October 21, 2010

Andai kata..

andai kata bisa aku takluki hatimu,
akan ku bina istana bahagia 

andai kata bisa ku genggam hatimu,
akan ku titipkan namaku di hatimu

andai kata..
andai kata..
                                                    Ikan spesis piranha ini ditangkap ketika penggambaran River Monsters

Andai kata, spesis ikan ini terdapat di Malaysia, apa akan terjadi pada penduduk Malaysia??? hakikatnya, masa aku masih di sekolah rendah, hidupan harian kami sekeluarg adan juga orang kampung banyak bergantung kepada "Sungai buatan" yang mana fungsinya adalah menyalurkan air sungai tersebut kepada sawah bendang yang terdapat di sepanjang sungai buatan tersebut. Andai kata spesis ikan ini terdapat di dalam sungai tersebut, maka sudah ramai orang kampungku arwah/pupus dari muka bumi ini termasuklah aku. Ini kerana, memang dalam kehidupan seharian kami hanya bergantung kepada sungai tersebut . Ini kerana sungai tersebut adalah satu-satunya punca air bagi penduduk kampung untuk kegunaan harian sebagai air minuman, air basuhan kain, air untuk siraman pokok-pokok hiasan di rumah dan sebagainya. sememangnya air sungai tersebut banyak berjasa kepada kami sekampung. Rezeki juga melimpah-limpah hasil dari sungai tersebut. Selalunya, kalau kami adik beradik bergaduh, memang sungai itulah yang akan menjadi penyelamat kami. Sebabnya, bila kami adik beradik bergaduh, kami akan menyeberangi sungai tersebut untuk selamatkan diri masing2. maknanya sorang sebelah sini dan sorang sebelah sana. kan selamat situasi macam tu. kekadang bila bermain bersama kengkawan pun macam tu jugak. kalau tak nak dikejar atau tak nak kalah pada sesuatu permainan tu, memang kami terpaksa seberang sungai tersebut. Tapi musim yang paling seronok apabila musim buah-buahan. hehehe.. ini kerana dusun sesiapa yang ada di seberang sungai tersebut akan menjadi mangsa kami semua. rasanya xpe, tuan tanah pun ok coz kami makan bukan jual. hahhaha.. jahatkan?? itu zaman budak-budak. memang xleh nak lari dari aktiviti macam tu kalau duduk di kampung. sememangnya kampung adalah tempat yang terbaik untuk semua aktiviti yang banyak meninggalkan nostalgia kami semua. ramai kawan, banyak aktiviti, hubungan silatulrahim sesama orang kampung yang kuat dan utuh, dan sebagainya. andai kata, semua itu boleh diundurkan semula, mau saja aku kembali ke zaman itu. indah sangat zaman tersebut. walaupun sungai tersebut memakan sahabat baik abangku sendiri. Innalillah..(Semoga sahabat baik abangku ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. amin)

                                                Wade berhati-hati ketika bergambar dengan ikan harimau gergasi yang ditangkapnya

dan andai kata, sungai di kampungku terdapat ikan spesis ini, rasanya mau glamour juga kampungku itu di mata dunia tapi mintak simpang malaikat 44, xmaulah ikan ni ada kat Malaysia. Takut tengok gigi ikan tu... mau hancus tubuhku digigit ikan tersebut. tak nakkkkk..
ikan sebesar manusia. huhuhuhu.. agak-agak mau besar mana lagi ikan ini akan membesar yerr?? takut dan gerun. Aku selalu jugak layan siaran 550 - Nat, Geo wild yang banyak mengisahkan akan kehidupan binatang seperti di atas. memang banyak info yang terkandung di dalam siaran tersebut. banyak ilmu yang aku dapat dari rancangan tersebut. kekadang tak percaya pun ada coz ikan terlebih besar dari manusia itu sendiri.. kes naya nih kalau ada kat Malaysia!!!!








Tuesday, October 19, 2010

Kisahku..





Alhamdulillah, selamat sampai kat opis dalam jam 8.24 pagi. Masuk bilik terus bos panggil. Nak ajak p breakfast kat medan jalan duta. Tepon driver tapi belum sampai lagi. terpaksalah tunggu driver dl. dalam 10 minit, driver kol cakap dah ada kat bawah. so, aku bgtau bos yang driver dah ada kat bawah. Cepat-cepat bos amik wallet and tutup pintu bilik. kami pun berjalan seiringan menuju ke lif. huhuhuu..
Setiba kat bawah driver dah ada. Kami pun terus masuk kereta and menuju ke destinasi sebenarnya. Dalam kereta bos bercerita pasal maid dia. hehehe.. kelakar la plak cite pasal maid bos. 

                               

Sampai kat medan selera jalan duta, bos terus order mee sup ayam special 2 and bihun sup ayam 1. nescafe tarik, teh tarik and teh o ais. bestnyer dapat makan sume tu. dah lama bos x ajak p makan kat situ. segan pun ada sebenarnya tapi nak buat macamana kan.. SYMP. tapi sukalah, sebab kenyang. Apa-apa pun terima kasih puan coz belanja saya makan. kenyang sangat sebab banyak.


                                                                                                             

Sebenarnya nak cite pasal malam tadi. Anak kecilku buat hal lagi. Sekarang ni tengah mengantuk. rasa macam nak amik sesuatu je untuk sokong mata ni dari tertutup. Korang bayangkan, si kecil tu tdo dalam jam 10.30 mlm. Aku ingatkan dia x akan bangun lagi. syoknya aku layan movie sebelum tu. dalam jam 1.30 pagi aku pun terlelap jugak. tetiba la plak dalam jam 2.30 si kecil tu kejutkan aku. Katanya nak makan nasi. Korang bayangkan dalam jam 2.30 tu si kecil minta nak makan nasi. siap minta telur goreng lagi. Tak kan aku nak menggoreng telur dalam jam 2.30 pagi tu ???? Adehhh.. Aku pun bagi ler alasan bodoh kat si kecil tu. kecian pun ada tapi maleh nak menggoreng waktu tu sebab sume orang da tdo. xnak den ganggu tdo org. Apa yang aku buat adalah, panaskan nasi dagang yang ku beli petang tadi di pasar malam. setelah puas pujuk, barulah si kecil tu makan. Habis plak tu, terkejut aku. lapar sangat si kecil ni. Lepas habis makan, aku suruh dia tdo. Dia x nak. dia suruh aku pasang tv. aku pun pasanglah. tengah dok layang cite, jenuh jugak ler aku memujuk suruh tdo. tetap juga dia x nak. last sekali aku yang tertdo. tinggallah si kecil tu sorang-sorang tengok tv. Dalam jam 5.40 pagi, aku terjaga and aku tengok dia masih lagi layan cite cartoon siap tiru gaya lagi (Roary the Racing Car). Adehhh, sakit kepalaku. mau jugak aku jadi mata panda nih!!! dalam jam 6.30 barulah si kecil tu tdo. huhuu.. nak nangis rasa. Pagi tadi aku pun terbabas tdo sampai kul 7.00. nasib baik sampai opis masih awal 6 minit. kalau tak, confirm merah. macam mana nak buek ni?  sesapa ada cadangan untuk mengelakkan aku dari menjadi mata panda??? tolonglahhh..

                                                                Inilah si kecilku....
Pesanan untuk si kecilku :
  • Tolonglah tido awal anakku. Kasihanilah Mamamu ini. (xmau jadi mata panda)
  • No more tengok-tengok cite time yang xsepatutnya. time tdo, tdoooo...
  • Janganlah wat perangai, awal pagi minta nasi time orang lain dok sedap layan mimpi. Mama pun nak juga diulit mimpi2 indah.
  • Kalau nak wat macam tu jugak, bglah time papa ada. ni time papa xdelah yang nak wat perangai mcm tu. huuhu..
  • Nak nangis............

Monday, October 18, 2010

lalalala..


Alhamdulillah, pagi ni sampai awal coz malam tadi tdo lena. anak kecikku dah xjadi burung hantu. Alhamdulillah. Syukur padaNya. Dah 3 malam sebelum tu anak kecilku tdo lewat. Nasib baik mataku xjadi mcm mata panda gara-gara tdo lewat @ berjaga malam.

Sampai je kat office terus aku naik atas nak jumpa dengan arkitek Cik Hidayah untuk serahkan report yang perlu dibaiki untuk rujukan mesyuarat petang karang. huhuhu.. Yang xbestnya, bos suh aku masuk sekali mesyuarat petang karang. Malehnya rasa... Bila aku naik tingkat atas, arkitek yang aku nak jumpa tu belum lagi sampai. So, aku pun tunggulah sekejap. Oleh sebab lambat sangat, aku pun amik kesempatan kuar breakfast dengan arkitek lain (k. dilia & K. shu) dulu. hehhehee.. Dah lama xmakan kat mara semenjak best friend xde. hehhee.. 
Pagi  ni sempat la breakfast makan nasi lemak n air teh ais. uhh, lama xbreakfast dengan teh ais. Sebenarnya berat juga hati ni nak minum ais pagi2 tetapi disebabkan tengok teh ais orang lain macam sedap je, terpaksalah order. Bestnya dapat minum teh ais pagi-pagi tapi xmau la amalkan selalu. hehhe..

Tengah hari xtau nak buat apa lagi, sama ada lunch or not. rasa macam maleh nak lunch coz pagi tadi dah makan. xkan nak makan heavy lagi kot. huhuu.. 
Adehh..



Monday, October 11, 2010

reunion pertama

8 oktober 2010 at food court,sogo, kl..

Alkisahnya begini...

Semasa aku dan kawan aku yg sorang ni sampai kat food court tu, aku terus tercari-cari kengkawanku yang lain yang sudah lama tiba di sini. Tetiba aku terpandang manusia melambai ke arah kami. Aku dengan slumber terus menonong ke arah manusia yang melambai tadi tanpa menghiraukan sahabatku  sorang tu. Mataku mengesahkan yang melambai itu adalah kengkawan yang dah lama menunggu itu. Tetiba bila dah dekat dengan orang yang lambai tadi, baru aku sedar dan perasan bahawa manusia yang melambai tadi bukanlah sahabatku. Patut ler aku tengok manusia itu memandang semacam je ke arah aku. Kan dah termalu aku kat situ. Bila aku paling kat belakang, sahabat-sahabatku tadi dah senak perut gelakkan aku. Aduhai, malunya aku.... Adehhh!! Taubat xbuat lagi macam tu.. No More Menonong macam tu lagi. huhuhu

       Aku & Rahimah Abas. (Org Perak)

Ziana & Maizatul (Org Terengganu)

senyuman menggoda sahabat-sahabatku..



thanks sis 4 coming n  c me...


luv u all.

Sunday, October 3, 2010

Usah Tinggal Bayi Menyusu

Kuala Lumpur: Ibu bapa atau penjaga diingatkan memberi sepenuh perhatian ketika menyusukan bayi dengan susu botol serta tidak membiarkan bayi menyusu sendiri tanpa pengawasan bagi mengelak kejadian tercekik susu.
        Pakar Perunding Pediatrik Kanak-Kanak Junina, Mutiara Damansara, Dr. Yong Junina Fadzil berkata. mereka perlu memangku kepala bayi tinggi sedikit ketika penyusuan menggunakan susu botol supaya pengaliran susu ke dalam saluran pernafasan lancar.
       "Bayi sebolehnya tidak dibaringkan ketika sedang menyusu sebaliknya kita sendiri perlu menyusukannya kerana dikhuatiri bayi tersedak dan tercekik.
       "Kebanyakkan kes bayi tercekik susu kerana ibu bapa atau penjaga meninggalkan bayi berseorangan dalam keadaan baring serta meletakkan bantal di dada bayi bagi menampung botol susu. Ia amat berbahaya dan tidak digalakkan sama sekali," katanya.
      Beliau mengulas beberapa kejadian bayi meninggal dunia baru-baru ini kerana tercekik susu akibat kecuaian ketika menyusukan bayi.
     Dr. Yong Junina berkata, " puting susu bayi terutama yang baru lahir seharusnya lebih kecil selain tidak menggunakan puting botol berlubang besar."



* Persoalan, Berapa ramaikah ibu bapa atau penjaga yang sedar akan kemungkinan-kemungkinan berlakunya kejadian tersebut kerana rata-rata ibu bapa atau penjaga sememangnya membiarkan bayi mereka menyusu sendirian tanpa pengawasan.  Salah siapakah???


Thursday, September 30, 2010

Peraturan Baru Pastikan Pekerja Tidak Abaikan Tanggungjawab Hakiki

Pengumuman mengenai 6.8 juta penduduk negara ini yang dikategorikan sebagai tenaga kerja terpendam, dibenarkan bekerja separa masa dengan menikmati perlindungan dan insentif sama seperti pekerja sepenuh masa tentu berita yang menggembirakan golongan terbabit. Hak itu termaktub dan diperakukan melalui pelaksanaan Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010. Peraturan yang bermula hari ini, antara lain membolehkan mereka mencarum dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menikmati skim cuti dan hari rehat serta bayaran kerja lebih masa. menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S.Subramaniam yang mengumumkan kelmarin, berkata peraturan juga membolehkan kakitangan perkhidmatan awam bekerja separa masa selepas waktu kerja dengan syarat mendapat kebenaran bertulis ketua jabatan masing-masing. Kita yakin kelonggaran ini pastinya disambut baik golongan terbabit kerana akhirnya mereka dapat menikmati pelbagai faedah, khususnya caruman perlindungan keselamatan dan selepas bersara. Dengan adanya jaminan ini, ia pastinya mendorong mereka menyertai pelbagai sektor pekerjaan dan sesetengahnya boleh menggantikan pekerja asing yang berjumlah lebih 1.8 jura di negara ini. Bagi memastikan mereka memahami peraturan baru ini, Kementeian Sumber Manusia wajar mengeluarkan buku panduan mahupun maklumat menerusi laman web sebagai rujukan. Kementerian juga perlu menemui wakil agensi kerajaan berkaitan seperti KWSP dan PERKESO selain Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) serta kesatuan sekerja secepat munkin. Penjelasan kepada mereka yang terbabit secara langsung dengan pekerja separa masa ini penting bagi mengelak kekeliruan terutama ketika peraturan ini dikuatkuasakan.

Untuk memastikan peraturan ini tidak menjadi beban majikan atau masih ada pekerja separa masa tidak menikmati hak yang dipersetujui selepas ini, kerajaan juga mesti ada kemampuan menguatkuasakannya. Denda tidak melebihi RM10,000 ke atas majikan bagi setiap kesalahan mengingkari peraturan itu bukan untuk menganiaya sebaliknya mahu memastikan mereka ikhlas dan adil terhadap pekerja separa masa yang mencurahkan tenaga untuk memakmurkan syarikat. Ketua jabatan juga wajar memantau perkembangan kakitangan yang bekerja separa masa bagi memastikan tidak berlaku pengabaian tugas hakiki atau wujud konflik kepentingan. Pelajar yang bekerja sambilan juga perlu dipantau bagi mengelak mereka terlalu mengutamakan pekerjaan demi mendapatkan wang berbanding  tujuan sebenar mereka dalam mencari ilmu. Selain itu, kerajaan wajar mewujudkan saluran khusus atau pangkalan data yang mengandungi profil lengkap untuk membolehkan majikan mengesan calon pekerja separa masing-masing. Jelaslah penguatkuasaan peraturan pekerja separa masa menuntut kerajaan menyediakan kaedah pengurusan sumber tenaga kerja itu, memantau pelaksanaan serta penguatkuasaan peraturan. Kita tidak mahu ada lagi pekerja yang ditindas  majikan dan berlaku ketidakadilan termasuk ganjaran yang setimpal. Susulan penguatkuasaan peraturan ini, kerajaan wajar memikirkan hak pekerja untuk menubuhkan kesatuan dan aspek perundangan mengenai salah laku di tempat kerja kedua, sama ada menjejaskan kedudukan mereka di tempat kerja utama.

* Apakah pendapat anda?

Monday, September 27, 2010

majlis hari raya aidilfitri unit kesihatan

pics kemudian. hehehe..

Tuesday, September 21, 2010

Tuesday, August 24, 2010

Mandi Junub

Assalamualaikum,

Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.



Mandi wajib yg betul…..

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.



Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.



Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.



“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .



Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”

Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”



Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.



Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.



Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.



Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.



Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.



Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.



Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.



Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.



Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.



Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .



Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.



Panduan Tambahan

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.
2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.



Rahsia 13

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.



Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”

Wassalam.





“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…