Hi, ..
Dah lama i xupdated my blog. Rindu ler plak. Bukannya apa, mood hilang ntah ke mana. Puas di cari tak juga jumpa. Tetiba arini teruja plak nak update blog. hehhehe..
Pagi tadi rezeki i murah sangat. Bos i bagi 5 biji karipap. Katanya maidnya yang suh bagi kat i. hahhaha..(Tengah terfikir ingatkah maid bos pada aku..). Apapun terima kasih banyak2 untuk maid bos i dan juga bos i. Terima kasih untuk karipap tersebut. Rezeki di pagi hari.
Sebenarnya i teruja nak balik kampung arini. Rindu pada anak-anak. A'ah, lupa nak bagitau. Anak-anak i takde kat KL coz balik umah tok n wan diaorg. Kebetulan kitaorg xbalik raya qurban, so my parent datang amik cucu-cucu balik kampung. huhuu.. I dengan hubby jer yang raya kat kuala lumpur. memang xbest. Tahun depan, insya allah kena balik. Kena simpan cuti banyak-banyak cikit. Musykil jugak sebenarnya kalau bab-bab simpan cuti ni coz i ni jenis yang suka menghabiskan cuti. hahhahha... Awal-awal tahun dah habis cuti. Pelik kan??? Orang lain boleh plak simpan cuti like my bos. Banyak giler cuti rehat yang belum dihabiskan untuk tahun ni. Bestnyer kalau i pun macam tu jugak... ARGHHhhhhhh..
Berita yang menggumbirakan, Insya Allah, malam karang bertolak balik ke kedah. Nak balik amik anak n ikan pekasam yang buat aritu. Bestnyerr.. Dah terkecur air liur i bila sebut tentang ikan pekasam ni. Semalam tengahari i kol my mum coz nak pesan sesuatu untuk i balik karang. I try ler order gulai batang pisang dengan daging(tulang daging + lemak daging). Mak i cakap apa tau," xpyah nak order-order, balik dulu. Kenduri belambak-lambak. karang xlarat plak nak makan daging kot". Alahai mak ni, orang kata nak makan gulai batang pisang bukan daging. Banyak bezanya tu mak. Adehhh.. Pastu mak i kata lagi. " masa bila nak makannya, kenduri ari-ari". Pulak dahhh.. Tapi betul jugak bila masa nak buatnya kalau dah kenduri ari-ari. Tapi macamana pun nak makan jugak. Bukan boleh makan selalu pun. Balik kampung jer yang leh jumpa benda-benda macam tu pun. Betul tak semua???
Apapun i memang xsabar la nak balik kampung. So ari Isnin (6 Dis 10) i cuti. So boleh lama cikit kat kampung. Orang kata amik udara segar. hehehhe.. Dok KL asyik hirup asap exzos kete n motor orang jer. hihihiihi...Actually i planning balik kampung i nak pegi Padang Besar, Perlis nak cari kuali coz kuali i berlubang. Hahahaha.. U all nak tau tak sebab apa kuali i berlubang???? malu la plak nak cerita..
Ceritanya berbunyi begini. Suatu malam tu i tengah menggoreng kuewtiaw. Bila dah siap semua. kat hujung senduk tu terlekat ler banyak rempah ratus hasil gorengan kuewtiaw tu. I pun dengan senang hati, mengetuk-ngetuk senduk tu di kuali dengan kuat dan lantang. Macam mamak kat kedai yang selalu buat tu lerrr. Alang-alang nak buat macam tu nak bagi my hubby dengar. Tetiba tengah dok sedap mengetuk senduk tu, berlubang ler plak kuali tu. Adehhhh.. Terkedu i. Pasti i ketawa sorang-sorang. My hubby heran terus my tengok punca-punca i dok gelak sorang-sorang. Last sekali, my hubby pun turut geli hati sekali. Macam-macam la dia kata kat i. (Perli tu). Bingit telinga dibuatnya. Apapun kenangan itu adalah yang terindah buat i. dan baik untuk dijadikan pengajaran. Tu sebab la nak p sangat Padang Besar. nak cari Kuali/Belanga.
Untuk pembaca semua, janganlah meniru aksi seperti yang i buat tu di rumah. Nanti rosak kuali anda. hehehhe..
lalalal, nak balik kampung
lalalala, sukanya hati
lalaala, gumbira tak terkata
lalalla.. aku dah tak sabaq-sabaq nihh-
lalala.. lambat lagikah jam 5.30
lallaala..
-
-
-
-
-
-
-
-
Sekian.
No comments:
Post a Comment