About Me

My photo
" Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya sama ada di bumi dan di langit dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui"

Wednesday, November 9, 2011

anak tupai..

video

anak aku paling suker dengar lagu ni. siap nyanyi lagi..
lagu ini khas untuk anak mama tersayang, along..

janda

video
ini lagi lawak tapi mempersendakan kaum wanita terutama yang bergelah "J". apapun layan jerr

cari jodoh ~ wali band

video

saya suker tengok ini..

video

anak sapelah ni...
lawak, lawak..
just for fun only!!!

suka suka ajerr

 Mohammad Danial Al-Hafiz bin Mohd Nazali
07 Februari 2008


 Mohammad Harith Al-Hafiz bin Mohd Nazali
24 Jun 2011


Mohd Taufiq Al-Hafiz bin mohd Nazali
13 Disember 2006

si kecil ni dah pandai main tau.. 
suke tengok dia main-main dgn abg long n abg ngah dia..
rasa mau gigit ajer bila dia ketawa..



 tengoklah gelagat si montel ni, ada-ada ajerr..
suker dia bila tunjuk reaksi pic ni..
ketawa sakan..

 orangnyer garang tapi hati lembut..
suker sangat buli my montel..
my montel plak 'symp 'jerr..
kecian dier..

 ni masa kat Kuching. bawa parent jejalan..
best woo ada parent
leh jaga anak.
hihihihi...

 inilah gelagat si kecil..
yang suke wat aku gerammm..


 seketika di Cameron Highland..


 Kuching, Sarawak..


Tidurlah wahai buah hatiku...
mama sayanggg adik.

Friday, October 14, 2011

I'm Back

yuhuuu, I'm Back.

Sebab dah lama bercuti (3 bulan) rasanya malas nak koje. maleh sangat. koje-koje kat pejabat pun banyak yang dah lupa. tapi bila 1st koje, rasa bersemangat giler nak keje. itu namanya semangat baru. hihii... syukur.
tapi yang xtahannya, banyak la plak borang baru dikeluarkan oleh pihak pentadbiran. bila dah summit borang ke admin untuk claim, katanya dah xpakai borang ni lagi. gunapakai borang baru. bila tanya start bilanya. katanya, sebelum awak cuti. poyo jek. last claim aku hantar aku guna borang lama. nak tengok bukti boleh. memang tiap-tiap bulan aku simpan 1 salinan dalam fail bos aku. semuanya nak salahkan aku. ishhh.. tensionnn!!
dah ler, sekarang ni banyak sangat perkara yang aku asyik lupa.(Lupa ingatan). nak kata makan semut, xde plaknyer coz semut xde kat umah. alhamdulilah sbb semut xde. nak kata makan kepala ikan plak, lagilah xde. sbb jarang sgt goreng ikan ni. sebabnya anak-anak xgemar makan ikan. asyik nak makan udang je. muka pun dah nak serupa udang. huhuhuh.... ari-ari sambal udang.
Banyak sangat dah ketinggalan isu-isu semasa pejabat nih. hehehe...
dan banyak juga pertukaran yang dah berlaku terutama untuk unit aku ini.huhuhu.. kecian benor tengok. kurangnya pekerja sokongan. kerja bertimbun-timbun, orang yang buatnya pula ada 2 tangan dan 2 kaki je. macamana nak buat tu??sedih benor kawe tengok...
apapun aku dah rajin keje.. alhamdulillah.


                        -peace no war!!!-

video

Sunday, June 19, 2011

Petua Hidup Berkeluarga


Petua menjaga hati isteri 

·        Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata
maupun perbuatan seperti pelukan. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah 

·        Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah
mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk. Ingatlah
semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri
memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang
yang tidak melakukan kesilapan. 

·        Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri,
cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah
isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun
melancung ke tempat-tempat yang indah.

·        Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain. 

·        Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri. 

·        Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.

·        Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas
dan sebagainya.

·        Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil
berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan
mengandung.

·        Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu
agar
ia bertambah semangat dan bermotivasi. 

·        Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah 

·        Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada
Allah dan hormat pada suaminya.


Petua mencurahkan jalinan kasih 

§         Bisikkan kasih sayang dari masa ke semasa. Pengesahan
dari mulut suami ada kesan mendalam terhadap  keyakinan isteri.

§         Buktikan kasih sayang daripada suami - Hadiah dan
penghargaan, Senyuman, Perbualan mesra, Gurauan, Khidmat
dan bantuan dalam mengendalikan kerja-kerja rumah -
Kerjasama mendidikan anak, menyelesaikan masalah dan
hal-hal lain 

§         Sentuhan sayang - Peluklah isteri sekurang-kurangnya 7 kali
sehari dan bukan tujuh hari sekali. - Dalam diri wanita 99 kawasan
yang dapat memberi kepuasan kepada isteri apabila dirangsang
suami. 

§         Isteri mengharapkan pimpinan agar selamat di dunia dan
akhirat
- Suami sebagai contoh bagi isteri - Suami memiliki ciri-ciri boleh
dibanggakan isteri - Suami sebagai tempat bergantung -
Sumber semangat dan kekuatan - Isteri mengharapkan kemaafan
dari suami setiap masa 

§         Isteri mengharapkan doa yang berterusan daripada suami.


Petua mengetahui cinta pasangan
hidup

Jika isteri ataupun pasangan menunjukkan sikap-sikap seperti 
di bawah ini, itu membuktikan bahawa cintanya terhadap kita
sungguh mendalam :  

Ø      Isteri mencintai kita dengan sesungguhnya biasanya
perasaannya tetap dan stabil terhadap suaminya. Suami tidak
akan menemui sikap isteri pada minggu ini atau bulan ini sangat
menyintai sedangkan pada masa yang lain, ia berubah. Ia tidak
menuntut sesuatu kepada suami baik tentang gaya dan sebagainya.

Ø      Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberi
perhatian khusus antara sesamanya. Selalu berbincang, humor
serta selalu membuat sikap-sikap yang lucu. Suami isteri selalu
saling mendorong untuk menjaga badan dan kesihatan. 

Ø      Suami isteri yang betul-betul saling mencintai akan menunjuk
kan cintanya dengan tingkah laku yang lemah lembut setiap hari
Membantu menyiapkan pekerjaan peribadi dan rumahtangga
secara bersama. 

Ø      Pasangan suami isteri yang sedang mencurahkan cinta dan
kasih sayang, mereka selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta,
seperti sayang atau I love you ataupun memanggil sesamanya nama kesayangan. 

Ø      Jika seseorang isteri betul-betul cinta terhadap suaminya, ia
tidak akan melukai atau menyakiti hati suaminya. Ia juga tidak mengungkapkan kata-kata yang menyinggung perasaan suaminya
seperti "Kamu tidak pandai mengurus badan." atau "Kamu terlalu
gemuk atau kurus." serta ungkapan-ungkapan lain.

Ø      Pasangan yang saling mencintai, apakah isteri sangat menyintai
suami atau sebaliknya, akan selalu memberikan pujian yang sesuai
baik dalam bentuk kata-kata maupun perbuatan. 

Ø      Suami isteri akan berhubungan dan berbicara secara baik,
dengan wajah yang berseri-seri dan sikap yang menyenangkan.
Misalnya suami memeluk isteri sambil berjalan kaki ketika
bersiar-siar kemudian pelukan itu disambut baik oleh isteri. 

Ø      Setiap keberhasilan dan kejayaan selalunya mereka rasakan
dan nikmati bersama. Misalnya diungkapkan dengan menepuk
bahu isteri sambil memeluk dan menciumnya sebagai hadiah
kejayaan. 

Ø      Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik.
Dia tidak akan berbicara sebelum pasangannya habis berbicara.
Dia tidak akan memotong setiap perbicaraan suaminya. Ia baru
akan berbicara bila diminta untuk memberi cadangan
.
Ø      Suami isteri sanggup menerima kekurangan-kekurang an di
antara mereka. Isteri yang sangat menyintai suaminya sanggup
menerima hakikat keperibadiannya serta cara percakapan
suaminya. Ia tidak sekadar menyintai suaminya lantaran suami
pandai mencari harta dan wang. 

Ø      Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia antara
sesama mereka. Tetapi selalu membahagikan rasa suka dan
duka untuk diselesaikan bersama. 

Ø      Pasangan yang bercinta sedar perkara-perkara yang dapat
merunsingkan perasaan pasangannya. Mereka mengerti perasaan
masing-masing. Misalnya isteri sedar jika menyampaikan masalah rumahtangga ketika suami sedang letih akan menimbulkan
kemarahan suami.


Petua menjadi lelaki pilihan 

Ciri-ciri lelaki pilihan 

1.      Taat kepada Allah dan Rasul-Nya  
2.      Mempunyai ilmu pengetahuan agama
3.      Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah
kemungkaran
4.      Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam
hidup
5.      Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang
kemungkaran
6.      Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalan-amalan sunat
7.      Tidak mengharapkan balasan atau pujian apabila melakukan
sesuatu
8.      Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela
9.      Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya
dengan baik
10.  Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf
11.  Berhemah tinggi dan cermat
12.  Sentiasa tenang dan waspada
13.  Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isteri.


Lelaki pilihan wanita 

1.      Bersifat pelindung dan bertanggungjawab
2.      Bersifat tegas tetapi lemah lembut dan penyayang
3.      Berpendirian teguh
4.      Bersikap terbuka dan matang
5.      Bertimbang rasa dan memahami jiwa wanita
6.      Mempunyai sifat kepemimpinan.
7.      Boleh berbincang dan berterus terang
8.      Penyabar  
9.      Mempunyai perancangan dan matlamat hidup yang baik dan
jelas
10.  Cerdik dan bijaksana
11.  Peramah dan mesra
12.  Kerjaya yang terjamin
13.  Berwawasan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.


Hakikat Pertengkaran
Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran,meskipun 
ramai orang malu mengakuinya. sebenarnya jika sebuah 
perkahwinntanpa pertengkaran sama sekali membuktikan matinya
emosi. 
Bukanlah bererti pertengkaran itu baik namun pertengkaran juga mendatangkan kebaikan dan keburukan. Jika terjadi pertengkaran
kerana sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam diri pasangan hidup. Tujuannya adalah agar sesuatu yang tidak baik itu hilang dari 
pasangannya, baik dalam bentuk peribadi maupun pekerjaannya. 

Sebenarnya pertengkaran itu sebagai petanda awal dari sebuah Perkahwinan. Di mana suami isteri mulai cuba untuk menyatukan 
selera, tujuan dan keperluan hidup mereka. Jika mereka takut
berbincang kerana kuatir akan berlaku pertengkaran, akhirnya
ia akan menimbulkan masalah yang lebih besar pada masa 
akan datang. Jika suami isteri bertengkar secara kecil-kecil
tidak membawa kepada pergaduhan, akhirnya mereka akan 
dapat mengatasi perselisihan dan kemudiannya mereka akan
merasa lebih akrab. 

Jika seorang suami merasa marah terhadap seseorang di
tempat kerjanya, setelah pulang ke rumah, mungkin ia akan 
meluahkan rasa marahnya itu pada isterinya. Jika anda 
berpendapat suatu kemarahan harus diluahkan, maka anda 
akan meluahkan pada isteri anda. Pada hal dalam Islam, 
kita disuruh bersabar. Jika pertengkaran tidak dapat dielakkan
lagi kerana mungkin salah menyampaikan sesuatu ataupun 
pasangan kita tidak mahu menerima hakikat diri kita, maka
usahakanlah agar pertengkaran itu tidak membawa bencara. 
Perhatikan keadaan persekitaran agar tiada pihak lain ikut 
sama atau menjadi tekanan perasaan.


Petua-petua menghadapi 
Pertengkaran 

ü      Jika terjadi pertengkaran, maka janganlah mencari kelemahan
pasangan kita. Dan tidak wajar pertengkaran tersebut hanya ingin
mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk menyelesai kan
masalah secara bersama.

ü      Jika pertengkaran itu menyangkut tentang satu topik, janganlah
masalah-masalah lain dimasukkan sama Kerana ia akan menjadikan
suatu pertengkaran yang besar yang boleh membawa bencana. 

ü      Batasi kekasaran jika berlaku pertengkaran. Jangan bertindak menggunakan fizikal seperti memukul, melemparkan barang dan
sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah malah akan menimbulkan masalah yang lebih besar. Di dalam pertengkaran,
gunakan bahasa yang sesuai agar pasangan tidak tertekan.
Kata-kata yang menyakitkan hatinya seperti: "Ini semua salah kamu...!", "Engkau bodoh...!", " Engkau selalu melakukan kesalahan... !" dan sebagainya. Sebaliknya gunakanlah perkataan yang lembut seperti,
"Hati saya luka kerana perbuatan itu...", "Kamu tak sedar, betapa
hancurnya hati saya..." dan lain-lain. 

ü      Setelah bertengkar, jangan biasakan diri suka menyendiri,
kemudian menjauhkan diri dari pasangan hidup. Jangan memisahkan
diri kerana ia tiada nilainya sama sekali dalam perkahwinan.
Bahkan ia merugikan hubungan suami isteri. 

ü      Jangan cuba menggunakan seks atau wang untuk membalas
pertengkaran kerana cara ini akan menyebabkan terjadinya
pertengkaran yang lebih hebat. 

ü      Jangan membiarkan pihak ketiga ikut serta dalam pertengkaran
keluarga. Kehadiaran pihak ketiga misalnya mertua, ipar,
adik beradik hanya akan menambahkan kecurigaan dan mungkin
menambah menyala api pertengkaran. selesaikan secara baik
antara suami isteri. 

ü      Jangan bertengkar di depan anak-anak kena ini akan menjadikan anak-anak bingung dan tertekan perasaan. Jika ini berlaku, akan ujud
banyak lagi masalah lain.


Petua memilih wanita idaman atau perempuan 

Tidak semua orang dapat memilih pasangan hidupnya sesuai 
dengan keinginannya. Tetapi ramai juga yang pandai menyesuaikan 
diri dengan pasangannya walaupun tidak menepati ciri-ciri wanita
idamannya. 

Calon-calon isteri pilihan.
1.      Wanita yang solehah
2.      Wanita yang boleh melahirkan anak
3.      Wanita yang bukan keluarga terdekat
4.      Wanita yang berakal.






Monday, June 6, 2011

Murid Tahun 2 Kena Rogol Dalam Tandas

[BH] PETALING JAYA: Kegembiraan seorang murid Tahun Dua yang mengikuti kakak dan abang iparnya ke sebuah majlis perkahwinan bertukar tragedi apabila menjadi mangsa rogol ketika berada dalam tandas, di Sekinchan, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa yang berada di dalam dewan majlis berkenaan, dikatakan meminta abang iparnya menemaninya ke tandas yang tidak jauh dari lokasi terbabit.


Abang ipar mangsa berusia 20-an yang menunggunya di luar tandas memanggil mangsa selepas hampir 15 minit belum keluar, tetapi mangsa menjawab urusannya belum siap menyebabkan lelaki berkenaan beredar dan menunggu di sebuah kantin tidak jauh dari lokasi itu.


Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, abang ipar mangsa mendengar jeritan budak dipercayai adik iparnya sebelum melihat seorang lelaki berlari keluar dari tandas berkenaan dalam keadaan bogel.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata abang ipar mangsa yang melihat adiknya meraung kesakitan itu bergegas mendapatkan pertolongan orang ramai menangkap suspek sebelum ditahan hampir 20 minit kemudian.... 



* Apabila nafsu menguasai segalanya... 

Monday, May 9, 2011

Gula kini RM2.30 sekilogram



PUTRAJAYA: Berkuatkuasa jam 12 tengah malam tadi, harga gula di negara ini meningkat sebanyak 20 sen sekali gus menjadikan harga barangan kawalan itu yang sebelum ini berharga RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd Zain Mohd Dom (gambar) berkata, walaupun harga gula di pasaran tempatan dinaikkan, kerajaan masih perlu membayar subsidi sebanyak RM283.4 juta.

“Dalam masa sama, pembayaran subsidi sebanyak RM283.4 juta itu bagi memastikan harga gula di pasaran negara ini dapat dikekalkan.
“Penjimatan harga subsidi 20 sen itu hanya menjimatkan RM116.6 juta sedangkan harga semasa sekilogram gula di pasaran dunia ialah RM2.50,” katanya pada sidang media mengenai Pelarasan Semula Subsidi Gula di KPDNKK, di sini, semalam. Tindakan itu berikutan keputusan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang menetapkan subsidi gula di negara ini perlu diturunkan. Kenaikan harga gula ini adalah kali keempat selepas kerajaan berbuat demikian sebanyak tiga kali pada tahun lalu iaitu pada Januari dengan kenaikan sebanyak 20 sen, Julai dengan kenaikan sebanyak 25 sen serta Disember kenaikan sebanyak 20 sen.

Mohd Zain berkata, langkah penurunan subsidi gula itu selaras dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat.

Beliau berkata, walaupun perubahan harga runcit dibuat, harga gula di pasaran tempatan masih lagi rendah berbanding negara serantau lain. “Harga gula di Indonesia RM3.80 sekilogram, Singapura RM3.61 sekilogram, Thailand RM2.31 sekilogram dan Filipina RM4.50 sekilogram,” katanya. Namun, katanya, dengan kadar kenaikan itu peniaga makanan tidak sepatutnya menaikkan harga makanan dan minuman kerana perubahan harga berkenaan tidak terlalu ketara dan hanya membabitkan kenaikan kecil. “Mungkin ramai yang tidak sedar kesan daripada pengambilan gula secara berlebihan akan menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kos lebih besar untuk merawat pesakit. “Jadi, kami berharap kenaikan harga ini dapat mengubah gaya hidup rakyat di negara ini,” katanya. Katanya, kementerian juga akan melakukan kajian setiap enam bulan bagi memastikan keperluan penyelarasan subsidi harga gula. 


...................................................................................


[Perihal diriku]


10 mei 2011 (selasa) @ 1727 pm


nak bercerita yang sekarang ni saya dah 32 weeks for pregnancy. Hehehe.... xsabau rasanya nak tunggu orang baru yg ketiga dalam keluarga kecil kami ini. yang sulung dah sekolah tadika. umur 5 tahun. yang kedua umur 3 tahun. sekarang yang no 2 ada kat kg (kedah) dan yang sulung ada dengan saya sekarang. dalam keadaan macam ni memang xlarat nak jaga kedua-duanya. kalau boleh balik keje nak terus tdo jer. nak kata penat tu, xdelah jugak tapi xtau kenapa. malas kot?? hehhehee..


semalam masa ambil anak sulung balik dari rumah nenek, anak ada wish selamat hari ibu. yang kelakarnya hadiah yang dia bawa balik dari sekolah tu bukan untuk mamannya tapi untuk papanya. hairan kan???? wish selamat hari ibu tapi hadiah untuk papa. huhuhu... udah ler papanya xde sekarang ni. ishhh, lagilah sebak hati den ni. tapi apa boleh buat, demi untuk masa depan. redha jelah. insya allah, selamat semuanya nanti. 


lagipun dah xsabar rasanya nak bercuti 3 bulan ni. bestnya dok kat umah dalam masa 3 bulan tu. dah xsabar dah ni...(berkhayal jap.. 3 bln tu)
Due pada 4 Julai 2011. tapi rasanya bersalin sebelum 4 julai kot. tapi saya dah isi borang cuti seminggu awal dari tarikh jangka bersalin tu. Last weeks of Jun, saya dah start cuti. hehehehe..


Bos dah tanya, sapa nak ganti tempat bila bercuti nanti. huhuu.... 
semua tu urusan admin bos. apa2 nanti admin yang akan cari pengganti untuk tanggung kerja. kecian plak bos, karang terkontang-kanting. maaflah bos, saya bukan sengaja nak bercuti 3 bulan tu tapi yang pasti saya dah excited nak bercuti 3 bulan. boleh gitu??
sori bos....


oklah nak balik dulu. bye2 semua. 
selamat membaca blog saya.
chau..........

Sunday, May 8, 2011

Pesanan Untuk Para Suami Dan Isteri


Pernikahan atau perkahwinan
menyingkap tabir rahsia

Isteri yang kamu nikahi
tidaklah semulia Khadijah
tidaklah setaqwa Aisyah
pun tidak setabah Fatimah

Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita cita
menjadi solehah…


Pernikahan atau perkahwinan
mengajar kita kewajiban bersama
isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
isteri adalah murid kamu mursyidnya
isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya..


Pernikahan atau perkahwinan
menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana
justeru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Rasulullah saw.
pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
cuma suami akhir zaman
yang berusaha menjadi soleh… amin…

Untuk isteri.. renungkanlah…

Pernikahan atau perkahwinan
membuka tabir rahsia

Suami yang menikahi kamu
tidaklah semulia Muhammad saw.
tidaklah setaqwa Ibrahim
pun tidak setabah Ayyub
atau pun segagah Musa
apalagi setampan Yusuf

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
yang punya cita cita
membangun keturunan yang soleh…


Pernikahan atau perkahwinan
mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
suami adalah nakhoda kapal kamu navigatornya
suami bagaikan balita yang nakal kamu adalah penuntun kenakalannya
saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgasananya
seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya
seandainya suami masinis yang lancang sabarlah memperingatkannya..


Pernikahan ataupun perkahwinan
mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
kerana memiliki suami yang tak segagah mana
justeru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna didalam menjaga
pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
cuma wanita akhir zaman
yang berusaha menjadi solehah… amin…

50 Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia Dari Dr Fadzilah Kamsah



Semua pasangan yang berkahwin mengidamkan untuk mendapatkan keluarga yang bahagia namun bukan semua mampu untuk mengecapinya. Dibawah ini 50 tips untuk membina keluarga yang bahagia dari Dr Fadzilah Kamsah.

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

12. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri.

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri.

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah.Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak
.
23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia,penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras,bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan untuk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36. Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum,lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yan isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pendapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakukan riadah,berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.