Bercuti ke kawasan pergunungan memang mengasyikkan. Cuaca pergunungan yang sejuk dan nyaman membuat fikiran menjadi tenang. Memanfaatkan cuti hujung minggu untuk melihat matahari terbit, mendaki gunung atau melihat pemandangan yang memukau dan indah dikawasan pergunungan pastinya meninggalkan 1001 kenangan manis.
Namun sebelum ke sana sediakan persiapan yang lengkap dahulu. Berikut beberapa panduan boleh digunakan ketika bercuti di kawasan pergunungan.
- Pelembap bibir. Suasana kawasan pergunungan yang sejuk dan berudara kering boleh menyebabkan bibir menjadi kering dan merekah. Untuk menghindarinya sebaliknya gunakan pelembap bibir atau lip balm. Selain melembapkan, ia membuat kulit bibir segar.
- Selendang dan jaket. Gunakanlah selendang dan jaket daripada bahan yang tebal untuk melindungi tubuh dari kesejukkan udara pergunungan.
- Pelembap wajah. Ia sangat penting untuk menghindari kullit kering dan mengelupas akibat perubahan cuaca.
- Balsam. Lindungi tubuh dari udara sejuk dengan balsam atau bahan-bahan yang dapat menghangatkan tubuh anda.
- Penutup telinga. Cuaca di kawasan pergunungan terkadang membuat telinga berdengung dan terasa sakit. Justeru, penggunaan penutup telinga adalah langkah terbaik supaya pendengaran tidak terganggu dan telinga terasa lebih selesa.
- Ubat antimabuk. Perjalanan jauh ke kawasan pergunungan boleh membuat perut mual. Justeru itu, makan ubat antimabuk sejam sebelum perjalanan supaya tubuh bersedia menempuh perjalanan yang panjang.
- Aromaterapi. Dengan wangian yang dapat menenangkan fikiran, anda dapat menikmati indahnya panorama pergunungan yang lebih mendamaikan.
- Kamera. Jangan lupa membawa benda yang satu ini kerana gambar pergunungan yang indah dan sejuk perlu diabadikan.
- Makanan. Bekalan makanan yang secukupnya ini jangan sampai ketinggalan. Masukkan terus ke dalam beg. Selain makanan, bawa juga minuman yang dapat memanaskan badan.
balsam turr apa
ReplyDeletelike vick ler cik abe. minyak angin panas pun dikira ok... keciannya dia. main futsal or main pecahkan kaki???
ReplyDeletebukan pecah...terke'pak larrr
ReplyDelete