N3 pagi ni nak bercerita dan post gambar pasal anak kecilku yang comel dan sentiasa lincah itu. inilah dia, Mohammad Harith Al-Hafiz bin Mohd Nazali.
Inilah gambar bila didera oleh mak sedaranya tu. Macam-macam mak sedaranya buat kat dia. Kekadang aku pun geram juga tengok gelagat dia. Teramat lincah dan aktif. Nak berkawan dengan orang besar-besar je. Umur baru setahun lebih (24 Jun 2011). tetapi akalnya macam orang dewasa. Inilah anak aku yang aku tepon ari-ari. Malangnya xdpt bercakap pun sebabnya dia dengar phone bunyi je terus lari sembunyi. Rasanya dia nak dera aku kot sebab tinggalkan dia dengan tok di kampung. Aku bukannya sengaja nak tinggalkan dia tapi keadaan yang memaksa aku buat macam tu. Adanya dia kat umah tu, umah tu jadi riuh rendah. Itulah anak ku. Sekarang ni aktiviti yang dia suka buat adalah menyakat abangnya. Hari-hari ada je hal yang dia buat kat abang dia. Lastly, bergaduh and adik nangis sebab abang xtahan adik pegi ketuk kepala. Dok pun tetiba tampar abang dia. Macam-macam la benda yang dia buat nak bagi abangnya marah. Kekadang tu, kita dok tengok tv elok-elok, dia p tutup tv. Kita ralit tengok tv, dia bawa lari remote. Macam-macamlah. Boleh korang bayangkan perangai dia. Semua benda dia xtakut. Mulut je bunyi ' yee, yek' tapi tangan pegang benda tu. Itulah anakku yang sentiasa aktif. Alhamdulillah...
Tapi bila kenangkan kembali saat-saat nak lahirkan dia, memang buat aku nak nangis. Nasib baik ada kengkawan opis yang baik dan prihatin. Alhamdulillah, syukur sangat ada kawan macam tu. TQ Allah. 24 jun 2011, adalah last day aku bekerja sebelum aku bercuti bersalin. Tu pun aku amik cuti dua minggu awal before dua date nak bersalin. Petangnya, lepas habis keje nak terus balik ke kampung. Nak bersalin di kampung coz suami tiada di KL. Kebetulan suamiku ada kursus induksi selama 3 bulan di PD. Memang xboleh cuti ler. Pagi 24 Jun 2011 tu, (Jumaat), aku datang opis seperti biasa. Aku pegi keje naik motorsikal ye. Dari selayang ke Jalan Raja Laut, dekat je pun tapi sedikit sesak le di jalan raya walaupun naik motor. Awal tu, xde rasa apa2. sampai je kat opis, ajak kawan pagi tapau untuk breakfast. Aku tapau laksam. Teringin nak makan laksam sebab bau kuahnyer semerbak. Makanlah laksam. Dok tengah sedap makan laksam tu, tetiba sakit. Mula-mula ingat sakit biasa je. Pastu sakitnya makin kerap. Pegilah toilet dok tahan sakit sorang2. Pastu kawan opis, Kak Lia datang toilet tengok aku. Bawa sekali minah kepoh itu, si Izni. Riuh rendah dia. Kebetulan dia pun pregnant. Masih boleh bertahan lagi. dalam 10 minit macam tu, aku bgtau yang aku nak balik, dah xboleh tahan. Dengan selambanya Si Izni ni pelawa nak hantar aku terus ke hospital. Aku nak balik ke rumah je. Yang dia plak nak hantar ke hospital plak.
di hospital
Peneman si Izni ni plak namanya Yo. Tukang bawa kete. Semua dalam kete tu langsung xde pengalaman. Si Izni baru mengandung anak pertama, yang si YO plak, bujang terang tang tang. Kelakar kan???? Semuanya pakat bidan terjun. hahhahaha.. sampai je kat umah, mak aku dah risau. dia suh aku p hospital. sebelum p hospital tu, aku sempat minum minyak selusuh yang mak aku bawa. Petua orang tua2 nak bagi mudah bersalin. Sampai je kat hospital, doktor check katanya dah buka 6cm, dia suh p toilet buang apa yang patut. Pastu doktor tu check balik, tetiba dia rasa sesuatu, terus dia amik mesin scan nak scan baby. Bila aku dengar dia kata baby aku songsang, aku terus jadi panik. Masya Allah, hanya Tuhan saja yang tau perasaan aku macam tu. Masa tulah ingat suami dan bagailah. Pastu doktor tanya mana suami, aku pun dengan sedihnya cakap suami xde doktor, dia kursus. Pastu sapa hantar awak? Aku pun jawablah, kawan doktor. Puas hospital tepon tempat suami berkursus, namun tiada jawapan. sob sob sob aku masa tu sorang.....
sekarang
Last sekali, Izni yangg sign surat kebenaran untuk bersalin secara Ceaser. Terus aku ditolak masuk ke bilik bedah. Masa dok tengah bedah tu, aku boleh nampak yang doktor tu buat apa sebab ubat bius tu hanya untuk separuh badan saja. Dari pinggang ke kaki saja. Aku tengok melalui lampu atas dan kabinet dalam bilik bedah tu. Pantulan cahaya katakan. Ngeri jgk tengok darah kan, masa tu plak raya nak termuntah sebab ubat bius tu. Nurse pun cepat2 amik plastik untuk aku muntah. Dalam jam 12.15 tengahari macam tu, anak aku pun keluar. hehehhehe... mengalir air mataku. Syukur sangat2. Pastu aku ditolak ke bilik menunggu sementara nak tgu nurse lain datang amik ke masuk wad. Lama jugak la aku menunggu kat bilik tu. Tetiba nampak Dr. Halina, wife Dato' Angkasawan Negara tu. Memang dia cantik. Aku pun xtau yang dia keje kat Hospital Selayang tu. Masa tu, kaki aku rasa macam lenguh, tapi nak gerak xboleh sbb kesan ubat bius tu ada lagi. Nak minum pun nurse xbagi. Padahal aku minum masa breakfast jer. Pastu xde minum sampai kul 4 petang. Bila daftar masuk wad tu, baru aku leh minum. Baby aku lom tengok lagi. Sedih tul kisah anakku yang no 3 ni. Dugaan terlalu banyak. Nasib baik DIA anugerahkan aku kawan-kawan yang terlalu baik dan prihatin. Terima kasih tak terhingga ke Pn Izni, Mr. Yo dan Mr.. Wan Mad, kak lia dan lain2. Mereka inilah yang banyak membantu aku masa saat-saat genting tu. Alhamdulillah. Jasa kalian xdapat aku balas, hanya padaNYA aku berserah dan hanya DIA yang dapat membalas jasa kalian semua.
Sebenarnya, aku pun xsangka yang aku akan di 'ceaser' sebab last pegi check up, kedudukan baby normal jer. Tak sangka dia berpusing balik. Tapi aku akui kesemua anakku, dalam mengandung tu aku memang aktif sebab aku xnak manjakan diri sangat. Pastu aktif sebab nak bagi mudah bersalin. Alhamdulillah setakat ni semua ok. Dalam erti kata lain, bersalin mudah. Amin!! TQ Allah.
Syukur aku padaNYA.
Inilah Boboi Boy aku!!
No comments:
Post a Comment