As Salam,
Pagi ni nak keluarkan kembali entry yang sebelum ni yang membuatkan ku tercari-cari dan 'stress' kerananya. Inilah sambungan cerita tersebut.
Pertama sekali, nak panjatkan syukur padaNYA dan terima kasih kepada pihak yang mengambil berat dan menanyakan khabar berkaitan fail tersebut kerana fail tersebut telah berjaya ku temui. Alhamdulillah.
Ceritanya bermula begini. Hari jumaat iaitu hari terakhir bos aku di Cawangan Arkitek, awal-awal pagi aku bekerja keras @ bertungkus-lumus menyiapkan Fail TNA tersebut. Aku terpaksa naik ke Admin untuk mendapatkan salinan semua sijil dan surat yang menyatakan bos aku telah menghadiri kursus tersebut bermula dari tahun 2009 hingga tahun 2012. Sementara pagi tersebut, bos aku ada mesyuarat dari pagi sampai petang. Sebab sebelah petangnya, ada majlis untuk bos aku. Sementara itu, aku berusaha menyiapkan salinan sijil-sijil tersebut untuk dibuat semula fail tersebut. Setelah dapatkan salinan sijil-sijil tersebut, aku terpaksa ' print' kembali borang G dan J.
Banyak juga aku print borang-borang tersebut. Lepas dah print borang tersebut, aku cop nama bos aku dan minta bos 'sign' semula borang kosong tersebut. Bila dah bos 'sign', aku terpaksa isi satu persatu kursus yang dia hadiri berdasarkan sijil yang aku photostat tadi. Kira banyak juga ler yang aku terpaksa buat. Bayangkan dari tahun 2009 hingga 2012. Sampaikan waktu rehat, aku masih berkerja keras untuk siapkan fail tersebut. Bila dah siap isi borang tersebut, aku terpaksa 'sortkan' borang beserta sijil-sijil tersebut mengikut tahun sebabnya kat pejabat ni ada 3 orang pengarah. Tahun 2009-awal tahun 2011, aku serahkan borang dan sijil-sijil tersebut kepada Ar. Noraini Md. Zin, selaku pengarah kanan manakala hujung tahun 2011 hingga oktober 2012 aku serahkan kepada pengarah 1 iaitu Ar. Sutina Ghazalli untuk beliau tandatangan borang tersebut.
Dalam setengah jam jugaklah aku menunggu untuk pengarah 1 tandatangan borang tersebut. Bila dah siap pengarah 1 tandatangan, aku pun pergi berjumpa dengan pengarah kanan pula untuk dapatkan tandatangan beliau. Memandangkan borang tersebut nak cepat, maka aku pun masuk berjumpa beliau sendiri. Masa aku bercakap nak minta pengarah kanan sign semula borang tersebut, beliau pun berkata ' Tunggu jap zura, I rasa macam ada jer fail TNA bos u dengan i'. Pastu pengarah pun selongkar fail yang bertimbun atas meja dia. Ya Allah, rupa-rupanya fail tersebut ada bersama beliau di bawah timbunan fail banyak-banyak tu. Nak nangis aku masa tu. Tapi bila pengarah says sorry, rasa ok sikit la. Pastu pengarah check kembali fail TNA yang asal tu untuk pastikan beliau dah tandatangan ke belum. Bila belum tandatangan lagi, aku pun kembali ke bilik aku. Masa tu aku belum cakap dengan bos aku lagi yang fail tersebut telah dijumpai. Pada hemat aku, biarlah pengarah bercerita sendiri dengan my bos. Petang tu, bila bos masuk meeting semula, dia keluar sebentar bagitau aku pasal tu. Aku pun cakaplah yang fail tu memang dah jumpa tapi biarlah pengarah sendiri yang bagitau bos. Bos aku hanya tersenyum jer. Sekurang-kurangnya aku bersyukur sebab sudah terbukti bukan salah aku. Itu yang penting. Aku pun xnak, reputasi buruk sebelum bos aku berpindah. Yang penting, dah jumpa fail TNA tersebut. Syukur!! Jumpa di dalam bilik pengarah kanan cawangan arkitek.
Pengajaran yang aku perolehi, setiap perkara yang kita buat, haruslah bertulis. Disertakan tarikh, masa kejadian dan siapa yang dibertanggungjawab. Itu adalah langkah yang selamat untuk diri sendiri. Insya Allah.
Inilah unit gambar aku sebelum ni...(Jamuan Raya Aidilfitri 2012)
Bertemakan 'Biru'
.Suasana Gelap.
Semua Hepi, Hip Hip Hore!!
No comments:
Post a Comment