About Me

My photo
" Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya sama ada di bumi dan di langit dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui"

Thursday, October 4, 2012

Sambungan Budget 2013

Sambungan 2: Budget 2013

1) Meransang Aktiviti Pelaburan
2) Memperkasa Pendidikan & Latihan
3) Membudayakan Inovasi Meningkat Produktiviti
4) Konsolidasi Fiskal & Mempercekap Penyampaian Perkhidmatan Awam
5) Kesejahteraan Rakyat

1.  MERINGANKAN KOS SARA HIDUP

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2)
- Bantuan tunai RM500 - isi rumah berpendapatan kurang RM3000
- Bantuan Tunai RM250 - individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM2000

Program Penyeragaman
- Harga (Sabah & Sarawak) subsidi pengangkutan (Contoh : LPG asal RM70; harga subsidi RM26.60)
- Membuka 57 buah kedai Rakyat 1Malaysia

Diskaun Komuter KTMB
- Diskaun 50% kadar tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan kurang RM3000

Pesara Tentera Tidak Berpencen
- Bantuan tunai RM1000 kepada bekas anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan kurang 21 tahun

Pengurangan Cukai Pendapatan Individu
- Individu : Kadar cukai pendapatan diturunkan 1 mata peratusan bagi kumpulan pendapatan bercukai tahunan kurang RM2500

Diskaun Tambang Feri (Labuan, Sabah & Sarawak)
- Diskaun 50% ke atas tambang penumpang feri
- Diskaun ke atas tambang feri bagi kenderaan mengangkut barangan

Mempermudahkan Ibadah Haji
- Membenarkan pencarum KWSP menggunakan simpanan akaun 2 untuk menampung kekurangan tambang menunaikan ibadah haji

Diskaun Bayaran Passport
- Diskaun 50% kepada warga emas & kanak-kanak bagi bayaran pemprosesan passport antarabangsa bertempoh sah laku 5 tahun

Bonus Kakitangan Kerajaan
- Pemberian bonus kepada kakitangan awam sebanyak 1 1/2 bulan (1/2 diberi sebelum Raya Aidilfitri 2012, 1/2 bulan pada penghujung 2012 & 1/2 bulan pada awal tahun 2013)

2. PENDIDIKAN

Pinjaman PTPTN
- Diskaun 20% bagi penyelesaian sekali gus (sehinggan 30 September 2013)
- Diskaun setahun bagi bayaran pinjaman secara konsisten

Pusat Pendidikan Kanak-Kanak (ECCE)
- Geran RM10,000 - kepada ECC swasta
- Insentif cukai

Bantuan Persekolahan
- RM100 kepada setiap murid sekolah Tahun 1 hingga Tingkatan 5

Baucar Buku 1Malaysia
- Nilai baucar ditambah dari RM200 ke RM250
- Semua pelajar institusi pengajian tinggi dan Tingkatan 6

Tabung Penyelenggaraan Sekolah - RM 1 bilion
- SK, SJK(C). SJK(T), Sekolah Agama, Sekolah Mubaligh, MRSM, SBP

Bantuan Dan Geran = RM2.6 bilion
- Geran perkapita, Bantuan Asrama, Buku Teks dan bantuan bayaran yuran persekolahan

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) - RM500 juta
- Program meningkat kemahiran guru bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains
- Penubuhan Education Delivery (EDU)

Skim Insurans Murid Sekolah
- Perlindungan insurans murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah


3. KELESTARIAN BEKALAN MAKANAN

Subsidi dan Insentif Padi - RM2.4 Bilion
- Subsidi harga padi, baja pai dan benih padi

Skim Perlindungan Takaful Padi - RM50 Juta
- Perlindungan kepada pengusaha bawah 10 hektar
- Manfaat 172,000 pesawah dengan perlindungan RM13,000

Insentif Nelayan - RM320 Juta
- Elaun bantuan sara hidup RM200
- Insentif hasil tangkapan nelayan

Azam Tani - RM41 Juta
- Menggalakkan usahawan tani 


4. KEJIRANAN YANG SELAMAT

Menambah Bilangan Perjawatan Polis
- Melaksanakan tugas-tugas rondaan dan pencegahan jenayah
- Menambah ahli anggota pasukan sukarelawan polis

Unit Rondaan Bermotorsikal
- 1,000 motorsikal untuk rondaan di kawasan perumahan

Pemasangan Alat Kawalan Keselamatan
- CCTV - unit di kawasan PBT
- Intensif cukai bagi pemasangan alat keselamatan

Rondaan Di Kawasan Kejiranan - RM40 Juta
- Geran RM10,000 kepada 4,025 persatuan penduduk berdaftar

5. KESIHATAN

Klinik 1Malaysia - RM20 Juta
- Membuka 70 unit Klinik baru
- Peningkatan perkhidmatan di Klinik 1Malaysia dengan memperkenalkan perkhidmatan pemeriksaan darah dan air kencing
- Kawasan-kawasan strategik bandar

Membaik Pulih Klinik Kesihatan - RM100 Juta
- Membaik pulih Klinik Usang

Pemeriksaan Percuma Ujian Mamogram
- Seramai 100,000 wanita dapat manfaat

Menambah Mesin Dialisis
- Mesin di pusat hemodalisis ditambah dan dibaik pulih

6. PEMBANGUNAN KOMUNITI

Program Transformasi Komuniti
- Inisiatif UTP dan RTP
- National Strategik Coordination  Unit (NSCU) untuk mengkoordinasikan hubungan strategik antara UTC dan RTC

Pembangunan Luar Bandar
- RM1.2 bilion untuk projek jalan luar bandar
- RM1.6 bilion untuk kemudahan
- RM137 juta untuk Desa Lestari
- RM88 juta untuk pembangunan masyarakat orang asli
- RM100 juta untuk Sabah dan Sarawak bagi membekal tangki air tadahan

KAR1SMA - RM1.2 Bilion
- Program bantuan warga emas, bantuan kanak-kanak, elaun pekerja OKU serta penyakit kronik

1AZAM - RM400 Juta
- Memeberi peluang menjana pendapatan golongan berpendapatan rendah
- Memanfaatkan 58,330 peserta

Anjung Singgah
- Menambah 6 pusat Anjung Singgah

Wanita
- Program Pengarah Wanita
- Program Inkubator Ibu Tunggal

Belia
- New Enterpreneur Foundation - RM50 Juta
- Rebat untuk pembelian telefon pintar bagi belia berpendapatan RM3,000 ke bawah - RM300 juta

Pusat Internet
- 1Malaysia - RM150 juta
- 100 pusat internet di dalam kawasan perumahan rakyat

7. MENYOKONG PELABURAN DAN PKS

Malaysia Sebagai Hab Dagangan Minyak dan Gas
- Projek RAPID dan Dialog
- Loji regasifikasi di Melaka
- Terminal minyak di Sapitang, Sabah

Dana Strategik Pelaburan Domestik - RM1 Bilion
- Penyumberan luar dan pemerolehan teknologi

Dana Industri Halal - RM200 Juta
-Membangunakan produk halal berimpak tinggi untuk tujuan eksport

Insurans Penjaja
- Skim perlindungan insurans kepada 1.5 juta penjaja dan peniaga kecil
- Had perlindungan RM5,000 - kemalangan diri, hilang upaya atau kematian

Dana Pembiayaan PKS Bumiputra
- Membantu PKS untuk berkembang dan meningkatkan pegangan ekuiti

TEKUN - RM350 Juta
- RM300 juta untuk usahawan kecil memula dan memajukan perniagaan
- RM50 juta - skim pembangunan masyarakat India

Pasaran Bon dan Sukuk
- Tambahan model Dana jamain - RM400 juta
- Platform dagangan bon runcit -AgroSukuk - Insentif cukai


8. PERUMAHAN UNTUK RAKYAT

PR1MA - RM1 Bilion
- Membina 80,000 unit rumah di kawasan strategik
- Harga -RM100,000 sehingga RM400,000

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) - RM320 Juta
- Membina 1855 unit rumah kos rendah dan sederhana
- Harga RM110 hingga RM250 ribu
- Membina 21,000 unit rumah Mesra Rakyat
- Subsidi : RM20,000 (harga jual : RM45,000)

Jabatan Perumahan Negara - RM543 Juta
- Membina 20,454 unit perumahan rakyat
- Harga RM30,000 - RM400,000 (berbanding harga pasaran RM120,000)

Skim Rumah Pertamaku
- Menaikkan had individu : RM3,ooo ke RM5,ooo.
- Syarat keperluan simpanan 3 bulan deposit serta tempoh minimum bekerja dimansuhkan

Rumah Terbengkalai - RM100 Juta
- Memilih 30 projek perumahan terbengkalai
- Insentif cukai kepada kontraktor penyelamat

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)
- Mengurangkan aktiviti spekulasi



Sumber : Berita Harian 29 September 2o12






No comments:

Post a Comment