Pagi ni nak share pasal "Clubfoot". 1st time dengar tapi kita sebagai ibu bapa terutamanya ibu-ibu yang sedang mengandung sekarang, sila ambil serius akan perkara ini. Yang penting kita sentiasa beringat. Insya Allah, segalanya atas ketentuanNYA dan kita sebagai hambanya haruslah sentiasa perbanyakkan doa dan memohon serta berserah padaNYA. Insya Allah.
............................................................................................
salam..
diharap nama saya pun tidak diletakkan disini..
Hanya ingin berkongsi ...
sewaktu 7bulan doc scan perut...doc ade mention yang kaki anak saya bengkok..waktu tu tidak pasti memang begitu kedudukan ke atau sebaliknya.... saya igt ia normal , lagipun doc tak ckp apa2 cuma scan mgtakan x nampak gender baby sebb die duduk lam perut kaki bersilang...Bila tiba hari melahirkan... MA tu kata. anak puan kaki bengkok masuk ke dalam... saya tak pernah pun tgk mcm tu..
rupanya CLUB FOOT.. Puan2 boleh google image ape itu CLUB FOOT.. Selepas itu rawatan fisioterapi dijalankan ke atas kaki anak saya... dan mmbuat rawatan dgn memakai kasut acuan bagi membentuk semula kedudukan kaki.
Jdi minta puan2 alert dan request pada doktor yg
merawat.. kedudukan anggota badan bayi kita mcm mana.. sebab dari dalam perut
lagi dia dah terikut sedap duduk mcm tu.. mgkin boleh diramawat awal lgi
...mengurut atau sebaliknya..Terima Kasih diharap nama saya pun tidak diletakkan disini..
Hanya ingin berkongsi ...
sewaktu 7bulan doc scan perut...doc ade mention yang kaki anak saya bengkok..waktu tu tidak pasti memang begitu kedudukan ke atau sebaliknya.... saya igt ia normal , lagipun doc tak ckp apa2 cuma scan mgtakan x nampak gender baby sebb die duduk lam perut kaki bersilang...Bila tiba hari melahirkan... MA tu kata. anak puan kaki bengkok masuk ke dalam... saya tak pernah pun tgk mcm tu..
rupanya CLUB FOOT.. Puan2 boleh google image ape itu CLUB FOOT.. Selepas itu rawatan fisioterapi dijalankan ke atas kaki anak saya... dan mmbuat rawatan dgn memakai kasut acuan bagi membentuk semula kedudukan kaki.
-------------------------------------------------
Maklumat Tambahan :
sumber:http://clubfootmalaysia.org/
Apakah itu "clubfoot"?
Clubfoot atau dalam bahasa perubatan "talipes equinovarus", adalah sejenis kecacatan lahir yang boleh dirawat. Ia dihadapi oleh lebih kurang 150,000 ke 200,000 bayi dalam setahun. Clubfoot akan menyebabkan kaki kanak-kanak ini berpusing ke bawah dan ke dalam. Kejadian ini berlaku ketika proses pembentukan di dalam rahim lagi. Pakar perubatan mendapati janin ini bermula dengan kaki yang normal kemudian kaki itu akan berpusing ke dalam ketika berumur 3 bulan. Kebanyakan bayi ini tidak kehilangan sebarang tulang, otot mahupun tisu penyambung. Ia adalah satu kejadian lahiriah, bermakna ia akan terjadi ketika bayi lahir. Ia juga adalah satu keadaan kacacatan lahiriah yang biasa berlaku. Ia mungkin akan berlaku pada satu atau kedua-dua kaki bayi di mana kaki tersebut mungkin keadaannya fleksibel hingga ke keadaan yang tegang dan keras. Keadaan ini tidak menyakitkan bagi bayi clubfoot yang baru lahir, namun ketika kanak-kanak ini sampai ke peringkat mahu berjalan keadaan clubfoot ini akan menyebabkan kesakitan dan kesusahan jika ia mampu melakukannya.
Bilakah anda akan tahu?
Ibubapa akan menyedari keadaan clubfoot ini biasanya pada waktu kelahiran. Beberapa kes dapat dikesan ketika ibubapa membuat 'ultrasound' ketika bayi masih didalam perut. Jika anda tertanya-tanya adakah anak anda mempunyai clubfoot, sila hubungi pakar perubatan yang berpengalaman mengesan keadaan ini (tidak semua pakar perubatan mampu mengesan "clubfoot").
♥ Share untuk makluman bersama ♥ ----> Persatuan Ibu-Ibu Muda Muslim
No comments:
Post a Comment