Alhamdulillah dan syukur sesangat kerana terus diberi peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini dan dapat bersama keluarga dan dapat berkongsi dan bercerita dengan korang semua.
Bersua kita kembali di pagi yang mulia dan indah ini. Maklumlah, arini kan hari jumaat. Tapi apakah kaitannya dengan Jumaat, penghulu segala hari ini. Tapi xpelah, kita terus dengan cerita kita.
Pepagi ni nak bercerita pasal perlawanan bola sepak antara ATM vs Lions XII yang telah berlangsung malam tadi (11 Oktober 2012) di Stadium Selayang. Sebelum tu nak bagitau dulu, aku ni bukanlah peminat bola sepak pun tapi tetiba plak entry kali nak bercerita pasal suasana di perlawanan bola sepak. Kalau tersalah perkataan or info pasal bola tu, korang wat-wat xnampak jelah. Boleh kan??? nanti aku bagi korang ikan pekasam sorang sekor. Boleh???? hehehee.. Hadiah pekasam sebab petang karang aku nak balik kampungku di Alor Setar... Yeayyy, ada sesapa nak ikut x? Let's talk about my entry, k.
Situasi di Stadium Selayang malam tadi............
Tak berapa jelas sebab aku just snap pic dari tepi jalan je ..
Peminat bola sepak memang ramai giler.. Aku respect tul kepada semua peminat bola sepak negara. Syabas!!! stadium selayang penuh malam tadi. Yang paling ramai keanggotaannya semestinyer ARMY ler. Segak bergaya lagi siap dengan band diaorang lagi. Semangat tul. Trak 3 tan bersepah di belakang stadium. Bas ATM lagi. Memang diaorang angkut semua anggota ke stadium kot malam td. Budak-budak khidmat negara pun bersepah. huhuuu, memang dioarang ni bersemangat giler... mantop!!!
Kiri dan kanan jalan memang penuh dengan kereta. Lagipun parking mana ada sangat ler kat stadium tu. Sampaikan ke bulatan di kedua-dua arah pun leh penuh dengan kereta. Polis pun bersepah di tepi jalan. Penangan bola sepak ni memang hebatkan????
Yang aku pulak, just nak sepahkan lagi keadaan orang ramai di luar stadium tu. hahhaha.. Sesaja nak ronda sebab Taufiq nak tengok bola. Layan jelah kehendak dia.
Kebetulan, semalam memang ada pasar malam kat stadium tu. Jadi tapak pasar malam telah dipindah ke depan sekolah agama BBS. Tapi xdelah banyak sangat orang berniaga makanan. Yang banyak rasanya orang jual t-shirt bola, dan peralatan berkaitan bola. Memang banyak...
Akibat terlalu sesak dengan orang ramai, aku pun ajak ler Mr. Right aku pergi order satay kat kedai Pak Tam. Satay dia boleh tahan ler. Sentiasa ramai orang... Apa yang special kat sana, aku pun tarak tau...
Ini pic yang di'snap' di hadapan kedai Pak Tam. Sedikit kabut sebab aku bukan seorang jurugambar. Aku hanyalah insan biasa jer yang snap pic untuk suka-suka. Tekan jelah kan?? janji ada gambar. hahhaha..
Inilah aku dengan Mohd Taufiq Al-Hafiz ... Suka dia kalau dapat apa yang dia nak tapi korang jangan bagi dia mula gelak. Kalau dia mula gelak, habislah korang... dengan suaranya yang kuat, nyaring buatkan aku sakit telinga dengan suara dia. Apapun dia anak yang baik. pandai berdikari dan lucu..
Ibu dan anak.. (Bukan ubat batuk tau)
Mr. Right, Me and Taufiq.. lallalala
Bab-bab bola ni aku xtau okes, aku cerita pasal suasana jelah. hehehe... Tapikan ATM punya banyak peluang untuk menang malam tadi. Tapi rasa macam ada 'sesuatu' je bila bola tidak dapat dijaringkan. Walhal, bola dah ada depan pintu gol. Kenapa yer??? Xde 'Luck' kan pasukan ATM. Sayang seribu kali sayang. Kecewa den, sebab den memang suka dengan ATM ni. Teramat suka. Dulu ada pengalaman bekerja dengan ATM selama 4 tahun as a Pegawai Wataniah. Tapi sekarang semua tinggal kenangan. rasa macam nak hidupkan balik lesen tu tapi bolehkah?? Keje aku dah macam ni, nak tinggal bos lama-lama, mau mengamuk semua orang kat opis ni. Sapa nak cover tempat aku kan??? Kalau ada Annual Camp, 2 minggu xde kat opis. Tapi aku teringin sangat nak join ATM balik.. Macamana ek nak buat????
Berpatah balik pada cerita yang sebenarnya, lastly ATM kalah dan terpaksa akur dengan kekuatan pertahanan dan strategi permainan pihak lawan. ATM 0, Lions 1. Kecewa bangat aku. Kalah.. Tapi xpe, tahun depan ada lagi. ATM mesti boleh... Cayalah ATM. Sayang kamu, ATM. Bukan mesin atm ya!!! ATM sentiasa di hatiku, selamanya!!!
...................................................................................
PEMBETULAN!!
Sebenarnya ATM menang 1- 0 dengan Lions XII rupanya. Menang pada masa tambahan dan menang bola penalti. Cayalah, ATM!!! sebab tu masa habis 90 minit tu, aku dah xtengok sebab teramat kecewa dengan corak permainan ATM malam tu. Tak sangka plak ATM 'luck' pada penalti. Syukur!!
Korang nak tau, macamana aku leh tau ATM menang?? Ari jumaat petang tu aku bertolak balik ke kampung dengan menaiki bas. Kebetulan dalam bas, diaorang pasang siaran bola. Tetiba aku dengar pengulas tu cakap yang Kelantan akan bertemu dengan ATM. Aik, betul ke dengan apa yang kudengar ni?? Ya Allah, rupanya ATM menang rupanya. Maafkan aku wahai peminat bola sekalian kerana tersalah info. huhuhu..
Pengajaran yang aku dapat, kalau tengok sesuatu benda tu, biar sampai habis!!!! hahhaaha..
ATM menang. Yahooo..
ATM - 1
Lions XII - 0
PEMBETULAN!!
Sebenarnya ATM menang 1- 0 dengan Lions XII rupanya. Menang pada masa tambahan dan menang bola penalti. Cayalah, ATM!!! sebab tu masa habis 90 minit tu, aku dah xtengok sebab teramat kecewa dengan corak permainan ATM malam tu. Tak sangka plak ATM 'luck' pada penalti. Syukur!!
Korang nak tau, macamana aku leh tau ATM menang?? Ari jumaat petang tu aku bertolak balik ke kampung dengan menaiki bas. Kebetulan dalam bas, diaorang pasang siaran bola. Tetiba aku dengar pengulas tu cakap yang Kelantan akan bertemu dengan ATM. Aik, betul ke dengan apa yang kudengar ni?? Ya Allah, rupanya ATM menang rupanya. Maafkan aku wahai peminat bola sekalian kerana tersalah info. huhuhu..
Pengajaran yang aku dapat, kalau tengok sesuatu benda tu, biar sampai habis!!!! hahhaaha..
ATM menang. Yahooo..
ATM - 1
Lions XII - 0
kebetulan jer. Si anak teruna tu yang beria2 nak tengok..
ReplyDelete