FAQ
BERKAITAN PEMBERIAN DISKAUN 10% KEPADA PEMINJAM/
PENERIMA
BIAYA YANG MEMBUAT ANSURAN BAYARAN BALIK
PINJAMAN/
PEMBIAYAAN PTPTN SELAMA
12
BULAN BERTURUT-TURUT ATAU 12 BULAN KE HADAPAN
MENGIKUT
JADUAL BAYARAN BALIK MULAI 1 OKTOBER 2012
SOALAN
1
Siapakah yang layak menerima
pemberian diskaun 10%?
Jawapan
:
Peminjam/ penerima biaya PTPTN
yang membuat ansuran bayaran balik
pinjaman/ pembiayaan mengikut
jadual bayaran balik yang ditetapkan
selama dua belas (12) bulan
berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke
hadapan mulai 1 Oktober 2012.
SOALAN
2
Saya telah membuat bayaran balik
pada setiap bulan mengikut jadual
bayaran balik yang ditetapkan
semenjak dahulu. Adakah saya layak untuk
mendapat pemberian diskaun 10%?
Jawapan
:
Peminjam layak diberikan diskaun
10% ini mulai pembayaran 1
Oktober 2012. Bayaran balik yang
dibuat sebelum 1 Oktober 2012 tidak
diambilkira bagi pemberian diskaun
ini. Pengiraan dua belas (12) bulan
adalah mulai 1 Oktober 2012.
SOALAN
3
Saya telah membuat bayaran balik
ansuran bulanan melebihi daripada
ansuran bulanan yang ditetapkan
selama dua belas (12) bulan berturut-turut?
Adakah saya layak untuk mendapat
pemberian diskaun 10%?
Jawapan
:
Peminjam layak diberikan diskaun
10% mulai pembayaran 1 Oktober 2012.
Bayaran balik yang dibuat sebelum
1 Oktober 2012 tidak diambil kira bagi
pemberian diskaun ini. Pemberian
diskaun 10% adalah berdasarkan
kepada jumlah bayaran balik yang
dibuat dalam tempoh dua belas (12)
bulan.
Contoh
pengiraan :
Jumlah bayaran balik mengikut :
RM2,100
Jadual bayaran balik (12 bulan)
Jumlah bayaran balik yang diterima
(12 bulan) : RM3,000
Pemberian diskaun yang diberikan :
RM 300
(10% x RM3,000)
SOALAN
4
Saya membuat bayaran balik setiap
bulan tetapi tidak mengikut jadual
bayaran balik iaitu kurang daripada
ansuran yang ditetapkan, tetapi
berturutan selama dua belas (12)
bulan. Adakah saya layak mendapat
pemberian diskaun 10%?
Jawapan
:
Tidak layak.Pemberian diskaun 10%
hanya diberikan kepada peminjam
yang membuat bayaran ansuran
berdasarkan kepada jadual bayaran balik
yang ditetapkan.
SOALAN
5
Saya membuat bayaran balik melalui
kaedah potongan gaji, adakah saya
layak menerima pemberian diskaun
10%?
Jawapan
:
Layak, sekiranya potongan gaji
dibuat berdasarkan ansuran jadual bayaran
balik yang ditetapkan. Diskaun
hanya diberi bagi amaun potongan gaji
bermula 1 Oktober 2012.
SOALAN
6
Dalam bentuk apakah pemberian
diskaun 10% ini diberikan?
Jawapan
:
Pemberian diskaun 10% diberikan
dalam bentuk pelarasan akaun.
SOALAN
7
Bilakah pemberian diskaun 10% akan
diberikan kepada peminjam?
Jawapan
:
Pemberian diskaun 10% akan
diberikan selepas peminjam menyelesaikan
tempoh bayaran balik dua belas
(12) bulan secara berturut-turut atau dua
belas (12) bulan ke hadapan.
SOALAN
8
Saya telah dikenakan tindakan
saman/ penghakiman, tetapi membuat
bayaran balik secara ansuran
berturutan selama dua belas (12) bulan
(selepas Bajet 2013 diumumkan).
Adakah saya layak untuk pemberian
diskaun 10%?
Jawapan
:
Layak sekiranya ansuran bayaran
balik berasaskan jadual bayaran balik
selepas penghakiman dan peminjam
juga digalakkan untuk membuat
pertukaran pinjaman kepada
pembiayaan Ujrah.
SOALAN
9
Berapa kalikah diskaun 10%
diberikan kepada peminjam?
Jawapan
:
Pemberian diskaun 10% akan
diberikan tanpa had (masih dalam jadual
bayaran balik sebenar), tertakluk
kepada peminjam membuat bayaran balik
untuk setiap tempoh dua belas (12)
bulan secara berturut-turut atau dua
belas (12) bulan ke hadapan.
SOALAN
10
Saya telah membuat bayaran balik
(sebelum Bajet 2013 diumumkan).
Adakah saya layak untuk mendapat
pemberian diskaun 10%?
Jawapan
:
Tidak layak, kerana pemberian
diskaun ini diberikan mulai 1 Oktober 2012
dan ke hadapan.
SOALAN
11
Adakah saya perlu memohon bagi
mendapatkan pemberian diskaun 10%?
Jawapan
:
Tidak perlu kerana pemberian
diskaun 10% akan dikira selepas dua belas
(12) kali bayaran balik ansuran
mengikut jadual bayaran balik dilakukan
secara berturut-turut atau dua
belas (12) bulan ke hadapan.
SOALAN
12
Saya membuat bayaran balik melalui
kaedah potongan gaji tetapi terdapat
kesilapan potongan gaji/ lewat
diremitkan oleh majikan kepada PTPTN.
Adakah saya layak untuk pemberian
diskaun 10%?
Jawapan
:
Layak setelah pengesahan semula
dilakukan oleh pihak majikan kepada
PTPTN.
SOALAN
13
Saya telah menunaikan Wang
Pendahuluan Pembiayaan (WPP) tetapi
bukan merupakan peminjam PTPTN.
Adakah saya layak menerima
pemberian diskaun 10%?
Jawapan
:
Layak sekiranya bayaran balik Wang
Pendahuluan Pembiayaan (WPP)
dibuat selama dua belas (12) bulan
berturut-turut bermula 1 Oktober
2012.
SOALAN
14
Adakah pemberian diskaun 10%
diberikan kepada semua kursus/
peringkat/ jurusan yang ditaja
oleh PTPTN?
Jawapan
:
Ya, tertakluk kepada ansuran
bayaran balik mengikut jadual bayaran balik
selama dua belas (12) bulan
berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke
hadapan.
SOALAN
15
Bagaimanakah pemberian diskaun 10%
dikira?
Jawapan
:
Pemberian diskaun 10% dikira
daripada jumlah bayaran ansuran bulanan
mengikut jadual bayaran balik atau
lebih dalam tempoh dua belas (12)
bulan berturut-turut atau dua
belas (12) bulan ke hadapan.
SOALAN
16
Sekiranya saya mempunyai lebih
daripada dua (2) pinjaman, adakah saya
layak untuk menerima pemberian
diskaun 10%?
Jawapan
:
Layak bagi kedua-dua pinjaman jika
bayaran dibuat berdasarkan jadual
bayaran balik yang telah
ditetapkan.
SOALAN
17
Saya membuat bayaran tetapi tidak
konsisten (kadang-kadang mengikut
jadual bayaran balik,
kadang-kadang kurang), dan telah membuat bayaran
balik dua belas (12) bulan
berturutan sebelum ini, adakah saya layak untuk
mendapat pemberian diskaun 10%?
Jawapan:
Tidak Layak. Bayaran balik mesti
dilakukan mengikut jadual bayaran balik
yang telah ditetapkan. Pemberian
diskaun 10% hanya diberikan untuk
ansuran berturut-turut selama dua
belas (12) bulan atau dua belas (12)
bulan ke hadapan mengikut jadual
bayaran balik yang telah ditetapkan.
SOALAN
18
Saya membuat bayaran balik sekali
(melalui KWSP), adakah saya layak
untuk mendapat pemberian diskaun
10%?
Jawapan:
Layak, sekiranya amaun bayaran
balik daripada KWSP sama atau melebihi
ansuran bayaran balik bagi tempoh
dua belas (12) bulan.
SOALAN
19
Saya telah membuat bayaran balik
melalui kaedah potongan gaji dan
dijangka akan tamat pada Disember
2012. Adakah saya layak untuk
mendapat pemberian diskaun 10%?
Jawapan
:
Tidak layak kerana pemberian
diskaun 10% ini bermula pada Oktober 2012
dan tidak cukup dua belas (12)
bulan berturut-turut.
SOALAN
20
Saya telah membuat bayaran balik
melalui Arahan Tetap (Standing
Instruction – SI) tetapi mengikut
rekod PTPTN terdapat bayaran balik yang
tidak diterima dalam tempoh 12
bulan ?
Jawapan
:
Semakan akan dilakukan dan
kelayakan akan ditentukan berdasarkan
kepada semakan PTPTN dan pihak bank.
* Permohonanku untuk dapatkan 1% dalam sistem ujrah masih dalam proses. Jadi ku belum layak untuk dapat 10% tu. huhhuhu.. mohon jasa baik pengurusan PTPTN untuk mempercepatkan urusan ujrah ku itu. Sejak tahun 2007 lagi ku telah membayar pinjaman PTPTN melalui potongan gaji. kasihanilah aku.... Matlamatku nak habiskan cepat pinjaman tersebut bagi menghilangkan salah satu beban hutangku.
Semoga niat baikku dimakhbulkanNYA. Amin
Sumber : www.ptptn.gov.my
No comments:
Post a Comment