About Me

My photo
" Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya sama ada di bumi dan di langit dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui"

Tuesday, October 30, 2012

Majlis Ukhwah






As Salam dan Selamat Pagi semua,

Pagi ni nak updated blog pasal kejadian petang semalam kat opis(30 Okt 2012) sebelum bos buka pintu. Ni emel yang aku terima untuk hari kejadian tersebut. Korang baca ler dulu emel tersebut.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

From: Mariati Atan
Sent: Monday, October 29, 2012 4:51 PM
To: Samilah Mashuri; Nor Azura Che Abu; Nur Rabiatul Adawiyyah Saad; Ainah Ulam; Nurizni Abdul Rahman; Shahrom Md Esa; Ziety Haida Hassan; Nur Nabila Saharudin; Hisham Mohd Nor; Hanif Izuan Hanafiah; Nurul Akmar Mohd Saleh; Noor Ainy Burhanudin; Yahya Abdullah; Muhaidin Ahmad; Wan Muhammad Wan Hassan
Subject: MAJLIS UKHWAH

Assalamualaikum,

Selamat Petang,

Sukacita dimaklumkan bahawa satu Majlis Ukhwah akan diadakan di Bilik Perbincangan USMD pada:

Tarikh : 30 Okt. 2012 (Selasa)
Masa : 3.30 Petang

Dengan itu tuan/puan dijemput hadir bersama-sama bagi memeriahkan majlis tersebut.

Segala perhatian tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.



Mariati Atan
Pelukis Pelan Seni Bina
Unit Sumber Manusia & Dasar
Bahagian Penyelarasan & Khidmat Sokongan
Cawangan Arkitek

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Berikutnya adalah N3 untuk majlis tersebut. 1st, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur & pihak tajaan makanan sebab jemput aku ke majlis tersebut dan juga untuk besday boy tu, Selamat Hari Tua!!!. Semoga segala yang terbaik dariNYA adalah untuk kamu dan keluarga serta rakan2. Semoga berseronok di tempat baru (Tkt 12). TQ

Aku pergi majlis tu lenggang jer tanpa bawa apa2. Jahat kan aku? Pergi makan jer. Bawa diri... 
Penganjur tersebut adalah Pn. Ainy, Klik Di SiniKlik Di Sini dan Klik Di Sini. Tq semua. Semalam aku teramat kekenyangan. Malam tadi xmakan dah. Rasa perut penuh jer. Balik tidur jer..

Ni gambar yang sempat aku snap pada hari kejadian tersebut. Korang layanlah dulu..(pics xberapa jelas sebab aku pakai tepon murah jer)

****************************************************

 Inilah makanan yang ditaja pada majlis tersebut.. kuih tu memang sodap tau. Roti tu plak untuk dimakan bersama dengan bubur durian. Penangan bubur durian ni, habis berbau satu opis. Memang terbaek & sodaplah... TQ Pn Ainy.

 Inilah Bubur Durian tuuuu.... Habis, Licin, Clear!!!

 Kitaorang minum air teh jer. Air panas lebih baik daripada air berais. Betul x? TQ Kak Lia

 Ini antara makanan yang ada pada hari kejadian. Semuanya ditaja. Aku jer yang xbawa apa2. Pergi bawa mulut dengan perut jer..
Kek (Nama tara tau, makan sudah), KFC, Nasi Lemak, Rojak Mamak

 Inilah keseluruhan makanan tersebut... Kenyang perut ini. Alhamdulillah. Syukran, Syukran!!

 Inilah Kak Lia yang rajin menjemput makan tu...TQ kak Lia. Gambar sorang lagi tu xberapa jelas ler. Sorry dear sebab xpost pic u. Apapun terima kasih bebanyak sebab sudi menjemput aku makan. Maaf ler jugak sebab xbawa apa2. 
@@@@TQ SEMUA @@@@



 

Monday, October 29, 2012

HIghway Utara Selatan Sesak Di Aidil Adha 2012

As Salam dan Selamat Hari Raya Aidil Adha 2012 semua,


Masih bercuti raya lagi ker? ke sedang kekenyangan disebabkan makan terlalu banyak sangat daging dua, tiga arini?? yang mana satu or hari ni semua masih El coz demam disebabkan jem. hehehee..

 N3 kali ni nak bercerita pasal jem lerrr.. Memang tersangat teruk jem kali ni. Ingatkan biasa2 jer. Pergi dan balik sama jer jem nyer tapi balik lagi teruk. Tragis sungguh!!


***Selatan ke Utara***

Ni keadaan semasa bertolak balik dari Selayang ke Kedah (Jam 12.00 mlm). Keluar dari tol Rawang dah memang start jemnyer... 

NI sebelum sampai ke Perak lagi. Hujan pun renyai-renyai..
 Masa ni aku yang bawa kete coz Mr. Right mengantuk. Dia dah letih bawa kete dari JB ke KL. Kecian dia. Nasib baik atas Highway aku berani bawa, kalau tak, memang dia kena bawa ler. Sebabnya kat KL aku memang xberani nak bawa kete. Takut.. percaya X? Kalau tengah malam, aku berani bawa ler coz kenderaan xbanyak. Kalau siang hari time orang keje + time orang balik keje, memang aku xberani punyer. Takut wooo... Aku lebih sanggup bawa motorsikal jer. Memang aku tak berani nak bawa kete time2 macam tu. I Surrender You!!!


Sepanjang jalan memang jem. Xsangka plak Aidil Adha pun jalan jem. Ramai yang berpusu-pusu balik sebab cuti 3 hari. Lagipun mungkin ada yang buat majlis korban, aqiqah atau ada majlis perkahwinan atau lain2 majlis. Mana tau kan?? Sebab tu highway boleh jem..


Ni nampak macam xjem tapi hakikatnyer memang jem giler.. Percayalah


Nasib baik ler kete Auto, kalau manual jenuh lenguh kaki dan tangan dibuatnyer. 
Kecian kan???
Itulah keadaan di Malaysia jika ada sambutan hari raya... 1Malaysia katakan. Semua kaum bercuti. Semua kaum balik sambut raya xkira raya apa. janji cuti panjang sikit jer, confirm lapang KL. Aman jer KL masa tu. Tenang...


Apa yang peliknyer, kenapa jalan yang lurus tanpa lampu isyarat boleh jem jadinyer. Kenapa yer??? tolong jawab boleh? Pelik benar kan????

Ni masa bertolak balik dari Alor Setar ke Selayang. Sebelum sampai Tol Juru, Penang tu jalan dah mula sesak. Sapa yang xde TnG or smart tag memang kena beratur panjang ler. Kenderaan di jalan memang penuh dan inilah yang menyebabkan keadaan jalan raya sesak. TRAGIS!!


Masa balik ke Selayang memang aku xdrive ler sebabnya esok (Isnin) aku dah keje. Keje aku atas kete hanya tidur jelah. Tapi tidur pun bukannya lelap sangat pun. Memang xselesa la tidur atas kete. Mr. Right cakap dia berhenti kete tepi jalan sebab nak p toilet kat stesen minyak pun aku xsedar. Dah ler Mr. Right bagitau dia xlock pun pintu kete masa keluar pergi stesen minyak tu. Padahal kete park tepi highway je sebab stesen minyak tu penuh dengan segala kenderaan. R&R lagilah penuh. Langsung xde harapan nak masuk. Kiri kanan penuh dengan kete. Tu sebab terpaksa jugak Mr. Right berhenti tepi highway berhampiran stesen minyak disebabkan tak tahan sangat. Kecian dia. Yang aku plak masa tu tidur xingat dunia...

Masa jaga tu ler aku snap gambar. Dua, tiga kali jaga, snap ler gambar. Dua, tiga kali jugak ler jaga dari tidur tengok xsampai2 umah lagi. Haiyaaa, memang jalan sesak teruk!! Aku yang xdrive and asyik2 tidur ni pun leh mengeluh sebab xsampai2 lagi. Inikan pula yang drive kan??? Yang drive tu mesti Stress kan??
Nasib baik Mr. Right xkeje esok sebab esok (isnin) dikira hari perjalanan sebab diaorang ada KIK 
(Kumpulan Inovatif & Kreatif) kat Putrajaya. Yang mana terlibat tu ari Isnin dikira hari perjalanan sebab ada dua, tiga negeri jugak yang terlibat dalam KIK tu. Nasib baik kan?? Pandai Pengarah diaorang pilih masa. Hehehe.. Syukur


***Utara ke Selatan***


 * Apa-apa pun , syukur Alhamdulillah kerana kami sekeluarga selamat sampai ke rumah tanpa sebarang masalah. Syukur. TQ Allah.

***************************************************
SELAYANG  -  ALOR SETAR    ~ 12.00 mlm sampai 6.30 pagi
ALOR SETAR  -  SELAYANG    ~ 9.30 mlm sampai 5.30 pagi

# Ni ok lagi, ada yang naik bas bertolak dari Shahab Perdana jam 1.00 petang sampai KL jam 1.00 pagi. teruk kan?? sampai EL ler. Penat dok atas kerusi dalam  bas tanpa buat apa2. Kebas habis katanya. Kecian..

***************************************************
PERSOALANNYER SEKARANG.................................................

Kenapa jalan raya macam tu boleh sesak?

* Padahal jalannyer lurus
* Padahal jalannyer tiada lampu isyarat
* Padahal tiada binatang yang lalu
* Padahal tiada manusia yang lalu
* Padahal tiada apa2 pun di atas jalan
* Padahal tiada hujan
* Padahal tiada kemalangan
* Yang ada hanyalah kenderaan rosak. Itupun sudah di lorong kecemasan

KENAPA???

Apa hemat aku, mungkin:-

- Lori dengan muatan yang berat berada di lorong paling kanan (sepatutnyer lori sebelah kiri)
- Bas berada di lorong paling kanan
- Pemandu yang memandu dengan kelajuan yang perlahan/minimum berada di lorong paling kanan
- Pemandu yang suka mem'brek' kenderaannya
- Daripada 3 link ke 2 link dan sebaliknya


APA LAGI SEBAB DAN KEMUNGKINAN BERLAKUNYA KESESAKAN DI HIGHWAY. KIta kongsi bersama.. TQ semua