Assalam,
Sudah lama tak update blog. Bukan sibuk tapi xtau nak coret apa. Sebenarnya banyak jer cerita tapi xtau nak mula dan karang mcmana. So arini try untuk menaip kembali coretan di hati. Mungkin dengan coretan ini kekusutan dihati akan terlerai..
Bermulalah alkisah, di sebuah kampung yang aman damai, dengan penduduknya yang mesra, saling menziarahi antara satu sama lain, semangat kekitaan yang tinggi menyebabkan ikatan penduduk antara satu sama lain seperti adik beradik walaupun hakikatnya tiada ikatan persaudaraan atau pertalian darah antara mereka. Itulah semangat kekampungan yang masih utuh dan kukuh di kampungku yang indah dan permai ini. Tetapi di dalam keakraban persaudaraan tersebut, masih ada juga yang menyimpan perasaan iri hati, cemburu, dengki mengdengki dan sebagainya. Antara yang terkena tempiasnya adalah keluargaku sendiri.
Kejayaan dan kesempurnaan keluarga dan rumah tangga itu adalah keringat dari diri sendiri, keluarga dan yang paling penting adalah keranaNYA. Buat apa kita nak cemburu dan sakit hati dengan kesenangan orang lain jika diri sendiri tidak ingin berubah??? Akhirnya mengambil jalan singkat mengamalkan ilmu yang dikeji ALLAH SWT semata-mata untuk kepuasan diri atas kesakitan, atas penderitaan, atas kemusnahan orang lain??? Begitukah cara kamu untuk melihat saudara seislam dengan mu hancur??? Apa pun aku hanya mampu berdoa untuk kamu supaya kamu segara sedar atas perbuatanmu.
Kekadang aku pun geram dengan perbuatan mu ke atas keluargaku. Kenapa engkau nak porak perandakan keluargaku? keluargaku tidak pernah mengganggu dan membuat kacau terhadap keluarga kau?? Apa salah keluargaku terhadap keluarga kau sehingga sanggup kau mengambil jalan tersebut semata-mata ingin melihat kehancuran keluargaku. Kau menghantar macam-macam benda untuk melihat kehancuran keluargaku. Sakitnya hati ini..........
Perkara pertama yang engkau lakukan:-
- Kau membuat ibuku menderita kesakitan
- Kau membuat ayahku menjadi panas baran
- Kau membuat adikku tidak mendapat zuriat
- Kau mengganggu anak-anakku yang tinggalkan bersama ibuku di kampung
- Kau membuat suamiku sentiasa mengantuk apabila pulang ke kampung halamanku
- Kau membuatkan aku sentiasa malas untuk membuat amal ibadat sekiranya pulang ke rumahku
Apa masalahnyer engkau dengan keluargaku??? Kekadang aku terfikir untuk membalas kembali apa yang telah engkau lakukan kepada keluargaku tetapi tidak berbaloi untuk aku lakukan perkara sama dengan apa yang engkau lakukan terhadap keluargaku. Aku tidak mahu menzalimi diriku sendiri. Cukuplah aku berdoa dan kembali kepada PENCIPTAKU.
Akhirnya, ibuku kembali sihat setelah berusaha berubat di merata-rata tempat. Panas baran ayahku juga semakin kurang, yang paling penting anakku sudah tidak berjaga malam untuk bermain dengan 'sahabatnya' itu. ALHAMDULILLAH, aku amat bersyukur kepadaMU YA ALLAH, kerana dimakhbulkan doa kami adik beradik untuk melihat ibu, ayah dan keluargaku kembali sihat seperti sedia kala. Mungkin itu juga dugaan yang KAU berikan kepada keluargaku dalam meniti hidup sebagai hambaMU di muka bumi ini. Terima Kasih YA ALLAH, atas segala nikmat kehidupan ini.
SYUKUR.
Sunday, September 23, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
How to Play Baccarat - Fastest Payouts in the UK! | febcasino
ReplyDeleteBaccarat is one of the 제왕카지노 most popular casino games, and one of the most popular table games septcasino in the UK. You can try your luck in any of 바카라사이트 its varieties, and it is a