About Me

My photo
" Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya sama ada di bumi dan di langit dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui"

Friday, September 28, 2012

Budget 2013

As Salam,

Pertama sekali nak panjatkan Syukur yang tak terhingga kepadaNYA kerana aku masih lagi bernafas dan masih lagi di sini. Dan Alhmadulillah di atas segala kurniaanNYA yang tak terhingga kepadaku dan keluargaku. Syukur...

Petang ni hanya nak update pasal Budget 2013 yang dibentangkan oleh PM kita semalam.

'Sesungguhnya kerajaan ini adalah kerajaan rakyat dari rakyat untuk rakyat. Kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat adalah objektif tertinggi' - Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia.

BUDGET 2013

1) BR1M 2.o
RM500 untuk isi rumah berpendapatan bawah RM3000

RM250 untuk individu bujang 21 tahun ke atas dengan pendapatan bawah RM2000

2) BONUS
1 1/2 Bulan untuk 1.4 juta penjawat awam

RM500 untuk pesara

RM820 pencen  minimum manfaatkan 50,371 pesara

3) BAUCAR BUKU
RM250 nilai baucar ditambah dari RM200 untuk pelajar IPT dan Tingkatan Enam

RM100 bantuan persekolahan kepada setiap murid Tahun 1 hingga Taingkatan Lima

4) PTPTN
20% Diskaun bagi penyelesaian pinjaman sekali gus (Sehingga 30 September 2013)

10% setahun bagi bayaran pinjaman secara konsisten

5) RUMAH
RM1.9b untuk bina 123,000 rumah berharga RM30,000 hingga RM400,000 oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Negara dan Jabatan Perumahan Negara

Felda akan bina 20,000 unit rumah dalam tempoh 5 tahun

6) REBAT TELEFON BIMBIT
RM200 rebat one-off kepada belia berusia 21-31 tahun bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G

7) CUKAI INDIVIDU
1% pengurangan kadar cukai pendapatan bagi kumpulan pendapatan bercukai tahunan RM2,500 hingga RM50,000

8) PASUKAN KESELAMATAN
Bayaran intensif khas RM200 sebulan kepada 125,708 anggota tentera

RM15,000 skimperlindungan insurans berkelompok manfaatkan 242,000 anggota polis dan tentera

Sumber : Berita Harian 29 September 2012

KISAH FAIL TNA BOS

As Salam,

Kali ni sememanganya DIA ingin menguji kesabaranku. Di saat bos nak pindah, tetiba timbul isu plak. Ingatkan time-time bos nak  pindah ni, semuanya ok but sebaliknya plak yang berlaku. Stress sesangat aku nih!!! Mulalah nak 'wathehell''.........

Astaqfirullahal a'zim
Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa2 kecik & besar ku ni YA ALLAH. Ampun aku...

Untuk pengetahuan korang, di saat bos nak berangkat ke tempat baru, boleh plak fail TNA (Fail Latihan) dia hilang. Aduhaiii, apalah nasib aku nih!!
Tapi ada kebaikannya juga, if bos aku xtepon Puan Norliza Kadir tu, confirm aku pun xtau yang fail tu xde kat bahagian latihan. Yang teruknya aku ler kena find out kat mana fail tu hilang. WAAAAA, kena cari maaaa...
Oklah, pas bos bgtau aku pun terus naik tkt 12, cari dan selongkar semua rak2 fail TNA kat atas tu. Malangnya xjumpa. Tanya opis boy balik ada jumpa x, katanya xjumpa. Mulalah pening kepala aku nak memikir nak wat mcmana ni...

The lastnyer, arini aku naik tkt 12 bhgn admin, aku wat copy balik semua sijil yang ada dalam buku service dia, dan aku wat semula dan isi borang balik semua tu. Aku isi-isi satu persatu dari tahun 2009 hingga arini 28 September 2012. PErghhhh, banyak keje tu.. Penat woooo... Tengah hari orang tdo panjang, aku dok ngadap benda ni sorang2. Inilah bahana kalau dapat bos tegas yang macam ni. Xde kompromi langsung. Semalamnyer kerje, aku emel kepada semua orang satu cawangan aku ni, tanya kalau2 diaorg ada ternampak atau terambil. Satu pun xde feedback. Kecewa tul.. Sapa Gamaknya yang nak ambil fail latihan tu ek??? Kalu aku ada toyol, mau jer aku suh dia yang tolong carikan benda mcm tu... Kalau orang lain amik pun, xkan korang nak buat/bungkus nasi lemak plak kot. Agak2 la weiii kes naya nih~~~

Pagi tadi, disebabkan aku emel pasal kehilangan fail tersebut kepada semua orang, pengarah pun tegur aku. Pengarah besar kata " I dah sign dah sume borang2 tu. dan i dah pas ke Ainah. Mcmana leh hilang plak" tak ker pelik bunyinyer. Macamana leh hilang???? Pengarah pun pelik. Semua kejadian ni berlaku awal bulan September 2012 before audit baru2 ni.  Sapelah yang nak amik fail tu. Mohon pulangkan semula kepada aku. Sob Sob Sob....

Tapi xpelah, korang amiklah sebab aku dah wat semula fail tu. Letih jari jemari runcing ni menulis semula. Hopefully berbaloilah kudrat aku ni yer BOS. Yang tak bestnyer, bila nak dapatkan signature bos, dia boleh plak kata, i nak kena sign semula ker??? huhuhuu...
Geramnyer aku mendengar......... masa tu aku dah berpaling ke arah lain. sakit hati wooo..
Dah bos suh saya wat semula, saya kena wat semula ler. Siap warning lagi, apa lagi, saya wat semulalah. terpaksalah bos sign balik. Kalu bos bagi power utk saya sign bagi pihak bos, bgtau lah. Saya tenyeh jer..
Macam2 wei dugaan nak siapkan fail TNA ni weiii

Pas dah siap sume, nak kena dapatkan signature pengarah2 balik. Adehhh, satu lagi keje nak kena buat. Aduyai, nasib malangnyer aku di saat2 akhir ni. KAU ampunkanlah dosa2 ku YA Allah. Ampunkanlah aku...
BIla dah habis isi semua tu, mulalah nk buka dan baca emel kejap. Tetiba ternampak emel dari bos aku... WAAAAA, pedisssssssssssssss!!! Sebelum aku amik sign tu, aku xbuka lagi emel aku dan sekarang, terasa sesuatu menusuk jantungku..
KA BOMMMMM....

 --------------------------------------------------------------------------------------------------------
Emel tersebut berbunyi, :-
---------------------------------------------------------------------------------------------------------


From: Bos
Sent: Friday, September 28, 2012 10:32 AM
To: AKU
Cc: Ainah Ulam; Norliza Kadir
Subject: RE: FAIL TNA BOS

Zura,

Sekiranya sehingga minggu depan Fail TNA saya masih belum di jumpai, adalah menjadi tanggungjawab u untuk buat semula Fail TNA tersebut. Harap dapat disiapkan by hujung bulan Oktober ini.saya akan datang ambil sendiri nanti.   

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jawapan Aku:-
_____________________________________________________________________

Dah siap bos, just waiting for Pengarah sign only!!!!
And then you can take it. Not for one month but next weeks you can pick up your file back !
_____________________________________________________________________

Ampunkan aku YA ALLAH. Ampun aku!

Thursday, September 27, 2012

Rahsia Tahi Lalat

As Salam,

Mungkin maklumat berkaitan tahi lalat ini berguna untuk tatapan kalian semua.  Tentang kesahihannya tidak jua ku pasti. Walau apapun aku tetap mau jugak postkn benda ni di blog aku yang ntah apa2 story ni. Rasanya semua orang ada tahi lalat kot??

ye ke enggak dong??
Pasti??

Cuba kalian semua check tahi lalat kalian di mana dan tuliskan makna dia sekali. AUMMM, mesti mengancamkan? hahahhaha.. Sekarang boleh tau ler rahsia di sebalik tahi lalat kalian..
Gud luck diucapkan kepada kalian semua untuk menghabiskan assignment mencari di mana tahi lalat kalian. hahahahaha.....
Tahi lalatttttttttttttttttt...
Cari jangan xcari...
Di mana tersembunyinyer tahi lalat korang semua nih!!!
Saya xnampak k..




81 RAHSIA TAHI LALAT!

1. Bibir atas kanan - Banyak rezeki, pandai
2. Bibir atas kiri - Ramai kawan, baik hati
3. Bibir bawah kanan - Disegani orang, ramai yang suka
4. Bibir bawah kiri - Pandai bicara, tak mudah kalah
5. Leher kanan - Cerdas, jujur, berani menderita
6. Leher kiri - Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
7. Leher di tengah - Tercapai cita-cita
8. Biji mata kanan - Suka serong dan pembohong
9. Biji mata kiri - Pembohong tetapi baik hati
10. Hujung mata kanan - Baik hati, sopan santun, cerdas
11. Hujung mata kiri - Baik budi, murah rezeki
12. Punggung kanan - Agak mengalami kesulitan
13. Punggung kiri - Malas dan suka duduk
14. Betis kanan - Suka berhibur, boros
15. Betis kiri - Rajin, tidak suka menganggur
16. Lutut kanan - Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
17. Lutut kiri - Kurang kuat berusaha
18. Kepala sebelah kanan - Terkabul cita-cita
19. Kepala sebelah kiri - Sering menemui kesusahan
20. Kepala sebelah belakang - Jujur, sabar dan tekun
21. Kening kanan - Cerdas dan cekap
22. Kening kiri - Cerdas dan sopan santun
23. Tengah kening - Keras hati dan berani segala hal
24. Hujung mulut kanan - Kecil rezeki, tak mudah kalah
25. Hujung mulut kiri - Suka berfoya-foya
26. Ketiak kanan - Dapat menyimpan rahsia
27. Ketiak kiri - Jujur, banyak yang cinta
28. Pergelangan kaki kanan - Suka keluar rumah
29. Pergelangan kaki kiri - Kehendak kuat
30. Batang hidung - Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
31. Pada hidung - Banyak rezeki
32. Dagu bawah kanan - Jujur dan baik hati
33. Dagu bawah kiri - Bijaksana, dan berbudi luhur
34. Kemaluan kanan atau kiri - Baik, suka senggama
35. Di kepala kemaluan (lelaki) - Bakal beristeri dua
36. Tumit kanan - Jujur dan banyak kawan
37. Tumit kiri - Baik budi
38. Alis kanan - Suka menolong dan baik hati
39. Alis kiri - Ramai yang suka
40. Pangkal peha kanan - Kemahuan kuat
41. Pangkal peha kiri - Suka kerja apa pun
42. Telapak kaki kanan - Tak mudah mengeluh
43. Jari kaki kanan - Suka menolong
44. Jari kaki kiri - Berbudi, suka berbuat baik
45. Bahu kanan - Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
46. Bahu kiri - Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
47. Buah dada kanan - Baik hati, pendiam, simpan rahsia
48. Buah dada kiri - Ramai kawan, setia pada pasangan
49. Lengan kanan - Setia dan taat pada atasan
50. Lengan kiri - Menepati janji dan rajin
51. Pipi kanan - Ramai teman
52. Tengah-tengah pipi kanan - Ramai yang suka
53. Tengah-tengah pipi kri - Ramai teman
54. Ubun-ubun - Kurang jujur
55. Pusat - Cerdas, tangkas, tekun
56. Pusat bahagian kanan - Sejahtera dalam hidup
57. Pusat bahagian kiri - Beroleh kemuliaan
58. Pinggang kanan - Sayang pada pasangan hidup
59. Pinggang kiri - Disayang pasangan hidup
60. Dada kanan - Dapat mengatasi masalah
61. Dada kiri - Berani, jujur dan sabar
62. Telapak kaki kanan - Tidak mudah mengeluh
63. Telapak kaki kiri - Baik budi pekertinya
64. Siku tangan kanan - Kuat ingin memiliki kejayaan
65. Siku tangan kiri - Baik hati, suka menolong
66. Jari tangan kanan - Serba beroleh keuntungan
67. Jari tangan kiri - Serba baik bekerja
68. Jari telapak tangan kanan - Banyak rezeki tetapi boros
69. Jari telapak tangan kiri - Banyak rezeki dan cermat
70. Pergelangan tangan kanan - Boros, suka bersukaria
71. Pergelangan tangan kiri - Dapat berpangkat
72. Perut bawah kanan - Banyak rezeki, suka memberi maaf
73. Perut bawah kiri - Baik hati, tenang hidupnya
74. Sudut mata kanan dalam - Disayang suami atau isteri
75. Sudut mata kiri dalam - Tidak mudah dilupakan pasangan
76. Sudut mata kanan luar - Baik budi, ramai yang cinta
77. Pelipis kiri - Murah rezeki, dapat jadi kaya
78. Pelipis kanan - Serba berhasil dalam usaha
79. Kelopak mata kanan atas - Baik hati, ramah, berjaya
80. Kelopak mata kiri atas - Baik budi, ramai yang suka
81. Kelopak mata kanan bawah - Agak malas


Ada kena mengena tak dengan ciri-ciri kalian semua????
senyap2 xmo kasi tau ek, rahsia yerrrrrrrrr...
jeng jeng jeng.......
Ho CHak!!!!

Wednesday, September 26, 2012

Geram

Assalam dan selamat pagi,

Arini nak merapu dan membebel banyak-banyak. Sakit hati betul... Di Saat bos nak pindah, boleh plak fail TNA bos hilang. Dah puas mencari , xjuga jumpa. Fail setebal macam tu pun leh hilang ker??. Macam tu??? Aku pulak yang kena bertanggungjawab. Padahal bukan salah aku pun....Aku tersangat STRESSSS skrg ni!!!!

Turun naik aku mencari tapi xjuga jumpa. Last sekali bos aku warning aku. Bagi aku tempoh sebulan untuk siapkan fail TNA baru dia selama 3 tahun!!!!!!. PErghhhhhh, macam aku yang menghilangkan fail dia.... Sekarang ni rasa macam nak buang segala mak nenek yang ada atas meja aku ni. Nak baling- baling nak lepaskan geram aku.  Yang peliknya, selalu aku amik sendiri surat/fail selepas pengarah sign. Ni x, ada plak opis boy yang tolong collect. Bila tanya memang dia amik. Salah aku sebab xkol bhgn latihan tanya dah sampai ke blom masa tu. So, bila skrg ni nak pkai, tetiba xde plak fail tu. Macam HARAM je.. Aku betoi2 tension ni..........................!!!!

ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!! bodoh!!!
Geramnyer akuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
Bila dah hilang, masing2 xnak ngaku plak.......................
Ishhhhhh, sememangnyer aku geram...............
Bodoh!! bodoh!!!!bodoh!!!!bodoh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




 Cuba korang layan buat benda ni dl sementara aku nak lepaskan geram aku nih!! TQ

Sunday, September 23, 2012

Petua Wajah Berseri

Assalam,

Nak berkongsi cerita dengan semua pembaca di sini.  Bulan 7 yang lepas, saya ada menghadiri satu kursus di kementerian. Ntah macamana penceramah ini bercerita tentang produk kecantikan dari negara seberang yakni Indonesia. Kata penceramah tersebut, barang-barang kosmetik/produk kecantikkan dari seberang semuanya telah dipakaikan dengan ilmu tertentu. Masalahnyer betul ker fakta tersebut??. Di Indonesia katanya ilmu tertentu untuk kecantikan masih kuat diamalkan di sana. Tidak hairanlah katanya, artis-artis di sana memang cantik dan menarik.

Apapun cubalah kita amalkan doa-doa ini:-
Insya ALLAH


Derita Keluargaku

Assalam,

Sudah lama tak update blog. Bukan sibuk tapi xtau nak coret apa. Sebenarnya banyak jer cerita tapi xtau nak mula dan karang mcmana. So arini try untuk menaip kembali coretan di hati. Mungkin dengan coretan ini kekusutan dihati akan terlerai..

Bermulalah alkisah, di sebuah kampung yang aman damai, dengan penduduknya yang mesra, saling menziarahi antara satu sama lain, semangat kekitaan yang tinggi menyebabkan ikatan penduduk antara satu sama lain seperti adik beradik walaupun hakikatnya tiada ikatan persaudaraan atau pertalian darah antara mereka. Itulah semangat kekampungan  yang masih utuh dan kukuh di kampungku yang indah dan permai ini.  Tetapi di dalam keakraban persaudaraan tersebut, masih ada juga yang menyimpan perasaan iri hati, cemburu, dengki mengdengki dan sebagainya. Antara yang terkena tempiasnya adalah keluargaku sendiri.

Kejayaan dan kesempurnaan keluarga dan rumah tangga itu adalah keringat dari diri sendiri, keluarga dan yang paling penting adalah keranaNYA.  Buat apa kita nak cemburu dan sakit hati dengan kesenangan orang lain jika diri sendiri tidak ingin berubah??? Akhirnya mengambil jalan singkat mengamalkan ilmu yang dikeji ALLAH SWT semata-mata untuk kepuasan diri atas kesakitan, atas penderitaan, atas kemusnahan  orang lain??? Begitukah cara kamu untuk melihat saudara seislam dengan mu hancur???  Apa pun aku hanya mampu berdoa untuk kamu supaya kamu segara sedar atas perbuatanmu.

Kekadang aku pun geram dengan perbuatan mu ke atas keluargaku. Kenapa engkau nak porak perandakan keluargaku? keluargaku tidak pernah mengganggu dan membuat kacau terhadap keluarga kau?? Apa salah keluargaku terhadap keluarga kau sehingga sanggup kau mengambil jalan tersebut semata-mata ingin melihat kehancuran keluargaku. Kau menghantar macam-macam benda untuk melihat kehancuran keluargaku. Sakitnya hati ini..........

Perkara pertama yang engkau lakukan:-
- Kau membuat ibuku menderita kesakitan
- Kau membuat ayahku menjadi panas baran
- Kau membuat adikku tidak mendapat zuriat
- Kau mengganggu anak-anakku yang tinggalkan bersama ibuku di kampung
- Kau membuat suamiku sentiasa mengantuk apabila pulang ke kampung halamanku
- Kau membuatkan aku sentiasa malas untuk membuat amal ibadat sekiranya pulang ke rumahku

Apa masalahnyer engkau dengan keluargaku??? Kekadang aku terfikir untuk membalas kembali apa yang telah engkau lakukan kepada keluargaku tetapi tidak berbaloi untuk aku lakukan perkara sama dengan apa yang engkau lakukan terhadap keluargaku.  Aku tidak mahu menzalimi diriku sendiri. Cukuplah aku  berdoa dan kembali kepada PENCIPTAKU.

Akhirnya, ibuku kembali sihat setelah berusaha berubat di merata-rata tempat. Panas baran ayahku juga semakin kurang, yang paling penting anakku sudah tidak berjaga malam untuk bermain dengan 'sahabatnya' itu. ALHAMDULILLAH, aku amat bersyukur kepadaMU YA ALLAH, kerana dimakhbulkan doa kami adik beradik untuk melihat ibu, ayah dan keluargaku kembali sihat seperti sedia kala. Mungkin itu juga dugaan yang KAU berikan kepada keluargaku dalam meniti hidup sebagai hambaMU di muka bumi ini. Terima Kasih YA ALLAH, atas segala nikmat kehidupan ini.
SYUKUR.