About Me

My photo
" Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya sama ada di bumi dan di langit dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui"

Thursday, November 1, 2012

Hari Jumaat di Bulan November

As Salam dan selamat pagi semua? Kabare wak?? Harapan aku  semoga kalian semua sihat2 sajer... Apa aktiviti untuk hari ini ya? HUrmmmmm, Rehat lama kan tengahari ni so Kemanakah tujuan dan langkah yang hendak dituju pada hari ini??? :DHari ni nak bagitau yang aku nak 'copy' + 'paste' ajer. Tapi ilmu yang nak di 'copy' + 'paste' ni berguna untuk semua. Hayati dan Praktik ya!!!! Salam Jumaat








Petua Untuk Mudah Bangun Subuh... :)

• Tidur awal sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.

• Ambil wuduk sebelum tidur.

• Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
 
• Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.

• Pasangkan niat; “Aku nak bangun pukul …. kerana Allah s.w.t.”


• Maafkan semua orang sebelum tidur.


• Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.


• Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.


• Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.


• Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun.









********************************************************


CHECKLIST AMALAN-AMALAN 
SUNAT HARI JUMAAT:

✔ Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah saw
✔ Membaca Surah Al-Kahfi
✔ Mandi sunat hari jumaat bagi mereka yang akan memunaikan solat jumaat
✔ Memperbanyakkan berdoa di sepanjang hari jumaat.
✔ Memperbanyakkan membaca Al-Quran
✔ Memperbanyakkan amalan bersedeqah
✔ Memperbanyakkan amalan sunat
✔ Memotong kuku kaki dan tangan
✔ Memperbanyakkan zikrullah
✔ Memakai pakaian sunnah
✔ Memakai wangi-wangian
✔
Hadir awal ke masjid

Rasulullah bersabda yang maksudnya :“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat”.
(Hadis riwayat Ibnu Majah)








~ Ustaz Don Daniyal


Semoga Kehidupan Kita Di Dunia ini Mendapat Rahmat Dan Keredhaan DariNYA. Insya Allah. AMIN




No comments:

Post a Comment