About Me

My photo
" Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya sama ada di bumi dan di langit dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui"

Sunday, May 8, 2011

Pesanan Untuk Para Suami Dan Isteri


Pernikahan atau perkahwinan
menyingkap tabir rahsia

Isteri yang kamu nikahi
tidaklah semulia Khadijah
tidaklah setaqwa Aisyah
pun tidak setabah Fatimah

Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita cita
menjadi solehah…


Pernikahan atau perkahwinan
mengajar kita kewajiban bersama
isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
isteri adalah murid kamu mursyidnya
isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya..


Pernikahan atau perkahwinan
menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana
justeru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Rasulullah saw.
pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
cuma suami akhir zaman
yang berusaha menjadi soleh… amin…

Untuk isteri.. renungkanlah…

Pernikahan atau perkahwinan
membuka tabir rahsia

Suami yang menikahi kamu
tidaklah semulia Muhammad saw.
tidaklah setaqwa Ibrahim
pun tidak setabah Ayyub
atau pun segagah Musa
apalagi setampan Yusuf

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
yang punya cita cita
membangun keturunan yang soleh…


Pernikahan atau perkahwinan
mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
suami adalah nakhoda kapal kamu navigatornya
suami bagaikan balita yang nakal kamu adalah penuntun kenakalannya
saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgasananya
seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya
seandainya suami masinis yang lancang sabarlah memperingatkannya..


Pernikahan ataupun perkahwinan
mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
kerana memiliki suami yang tak segagah mana
justeru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna didalam menjaga
pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
cuma wanita akhir zaman
yang berusaha menjadi solehah… amin…

2 comments:

  1. amin..berusaha sebaik mungkin untuk menjadi yg terbaik

    ReplyDelete
  2. amin. yang terbaik di kalangan yang terbaik untuk suami, anak2 dan keluarga tercinta.

    ReplyDelete