About Me

My photo
" Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya sama ada di bumi dan di langit dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui"

Thursday, September 30, 2010

Peraturan Baru Pastikan Pekerja Tidak Abaikan Tanggungjawab Hakiki

Pengumuman mengenai 6.8 juta penduduk negara ini yang dikategorikan sebagai tenaga kerja terpendam, dibenarkan bekerja separa masa dengan menikmati perlindungan dan insentif sama seperti pekerja sepenuh masa tentu berita yang menggembirakan golongan terbabit. Hak itu termaktub dan diperakukan melalui pelaksanaan Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010. Peraturan yang bermula hari ini, antara lain membolehkan mereka mencarum dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menikmati skim cuti dan hari rehat serta bayaran kerja lebih masa. menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S.Subramaniam yang mengumumkan kelmarin, berkata peraturan juga membolehkan kakitangan perkhidmatan awam bekerja separa masa selepas waktu kerja dengan syarat mendapat kebenaran bertulis ketua jabatan masing-masing. Kita yakin kelonggaran ini pastinya disambut baik golongan terbabit kerana akhirnya mereka dapat menikmati pelbagai faedah, khususnya caruman perlindungan keselamatan dan selepas bersara. Dengan adanya jaminan ini, ia pastinya mendorong mereka menyertai pelbagai sektor pekerjaan dan sesetengahnya boleh menggantikan pekerja asing yang berjumlah lebih 1.8 jura di negara ini. Bagi memastikan mereka memahami peraturan baru ini, Kementeian Sumber Manusia wajar mengeluarkan buku panduan mahupun maklumat menerusi laman web sebagai rujukan. Kementerian juga perlu menemui wakil agensi kerajaan berkaitan seperti KWSP dan PERKESO selain Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) serta kesatuan sekerja secepat munkin. Penjelasan kepada mereka yang terbabit secara langsung dengan pekerja separa masa ini penting bagi mengelak kekeliruan terutama ketika peraturan ini dikuatkuasakan.

Untuk memastikan peraturan ini tidak menjadi beban majikan atau masih ada pekerja separa masa tidak menikmati hak yang dipersetujui selepas ini, kerajaan juga mesti ada kemampuan menguatkuasakannya. Denda tidak melebihi RM10,000 ke atas majikan bagi setiap kesalahan mengingkari peraturan itu bukan untuk menganiaya sebaliknya mahu memastikan mereka ikhlas dan adil terhadap pekerja separa masa yang mencurahkan tenaga untuk memakmurkan syarikat. Ketua jabatan juga wajar memantau perkembangan kakitangan yang bekerja separa masa bagi memastikan tidak berlaku pengabaian tugas hakiki atau wujud konflik kepentingan. Pelajar yang bekerja sambilan juga perlu dipantau bagi mengelak mereka terlalu mengutamakan pekerjaan demi mendapatkan wang berbanding  tujuan sebenar mereka dalam mencari ilmu. Selain itu, kerajaan wajar mewujudkan saluran khusus atau pangkalan data yang mengandungi profil lengkap untuk membolehkan majikan mengesan calon pekerja separa masing-masing. Jelaslah penguatkuasaan peraturan pekerja separa masa menuntut kerajaan menyediakan kaedah pengurusan sumber tenaga kerja itu, memantau pelaksanaan serta penguatkuasaan peraturan. Kita tidak mahu ada lagi pekerja yang ditindas  majikan dan berlaku ketidakadilan termasuk ganjaran yang setimpal. Susulan penguatkuasaan peraturan ini, kerajaan wajar memikirkan hak pekerja untuk menubuhkan kesatuan dan aspek perundangan mengenai salah laku di tempat kerja kedua, sama ada menjejaskan kedudukan mereka di tempat kerja utama.

* Apakah pendapat anda?

No comments:

Post a Comment