About Me

My photo
" Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya sama ada di bumi dan di langit dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui"

Monday, December 20, 2010

Kau Memang Ahli Neraka???

Bismillahirrahmanirrahim.....


Adakah benar kita tahu seseorang itu akan masuk neraka jika mereka sememangnya seorang yang zalim? Sudah tentu tidak. Kali ini kita akan belajar dari sebuah kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah. Bagaimana Allah yang maha penyayang dan maha pengasih sentiasa membuka pintu taubat kepada hambanya yang leka.

” Al-kisah, pada suatu hari Umar r.a mendapatkan Rasulullah SAW sambil menangis:

Rasulullah SAW : Wahai Umar, apakah yang membuat engkau sehingga menangis?

Umar :Ya Rasulullah, ada seseorang di muka pintu ini yang telah membakar hatiku.


Rasulullah SAW : Ya Umar, bawalah dia masuk.  Lalu Umar membawa pemuda itu masuk sambil menangis.

Rasulullah SAW : Apakah yang telah engkau lakukan sehingga engkau menangis?

Pemuda : Wahai Rasulullah, aku telah melakukan dosa yang besar! Aku sangat takut kepada ALLAH SWT yang sangat murka kepadaku.


Rasulullah SAW : Apakah kamu telah mempersekutukan ALLAH?
Pemuda : Tidak, ya Rasulullah.


Rasulullah SAW : Apakah kamu telah membunuh jiwa yang kamu tiada hak untuk membunuhnya?


Pemuda : Tidak, ya Rasulullah.


Rasulullah SAW : Maka ALLAH SWT akan mengampunkan dosa kamu walaupun sebesar tujuh petala langit dan bumi dan bukit-bukit.


Pemuda : Wahai Rasul ALLAH, aku telah melakukan dosa yang lebih besar dari langit, bumi dan bukit-bukitnya.


Rasulullah SAW : Apakah dosamu itu lebih besar dari Al-Kursi?


Pemuda : Dosaku lebih besar.


Rasulullah SAW : Apakah dosamu lebih besar dari Arsy?


Pemuda : Dosaku lebih besar.


Rasulullah SAW : Apakah dosa kamu lebih besar dari dimaaf oleh ALLAH?


Pemuda : MaafNYA lebih besar.


Rasulullah SAW : Sesungguhnya tidak ada siapa yang dapat mengampunkan dosa besar kecuali ALLAH YANG MAHA BESAR, yang BESAR keampunanNYA. Katakanlah wahai pemuda, dosa apakah yang telah engkau lakukan?


Pemuda : Aku malu hendak memberitahumu, ya Rasulullah.


Rasulullah SAW : Beritahu aku apakah dosamu itu (Sedikit tegas!)


Pemuda : Begini ya Rasulullah, kerjaku adalah sebagai penggali kubur. Aku telah melakukan kerja menggali kubur selama tujuh tahun. Pada suatu hari, aku menggali kubur mayat seorang gadis dari kaum Ansar. Setelah aku menanggalkan kain kafannya, maka aku tinggalkan dia. Tidak jauh aku meninggalkannya, maka naiklah nafsuku. Oleh kerana tidak dapat menahan nafsu, aku kembali kepada mayat tersebut lalu menyetubuhinya. Setelah aku memuaskan nafsu, maka aku tinggalkan dia. Belum jauh aku beredar dari situ, tiba-tiba mayat gadis itu bangun dan berkata, Celaka betul kamu, wahai pemuda! Tidakkah kamu berasa malu pada Tuhan yang akan membalas pada hari pembalasan kelak! Bila tiba masanya setiap orang yang zalim akan dituntut oleh yang teraniaya! Kau biarkan aku telanjang dan kau hadapkan aku kepada ALLAH SWT dalam keadaan junub!

 
Rasulullah SAW : Hai orang yang fasik! Memanglah layak kamu masuk neraka dan keluarlah kamu dari sini!


Maka keluarlah pemuda itu.
Selama 40 hari pemuda itu memohon ampun kepada ALLAH dan pada malam yang ke-44, dia memandang ke langit sambil berdoa,” Ya ALLAH, Tuhan kepada Rasulullah, Nabi Adam dan ibu Hawa, jika ENGKAU telah mengampunkan aku, maka beritahulah Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Jika tidak, maka kirimkan kepadaku api dari langit dan bakarlah aku di dunia ini dan selamatkan aku dari siksa akhirat.”

Tidak beberapa lama selepas peristiwa itu, turunlah Malaikat Jibrail mendapatkan Rasulullah. Selepas memberi salam:

Jibrail : Wahai Muhammad, Tuhanmu memberi salam kepadamu.

Rasulullah SAW : Ialah Assalam dan daripadaNYA salam dan kepadaNYA segala keselamatan.


Jibrail : ALLAH SWT bertanya, apakah kamu yang menjadikan makhluk?


Rasulullah SAW : ALLAH lah yang menjadikan segala makhluk

.
Jibrail : Adakah kamu yang memberi rezeki kepada makhluk?


Rasulullah SAW : ALLAH lah yang memberi rezeki kepada aku dan makhluk-makhluk lain.


Jibrail : Apakah kamu memberi taubat kepada mereka?


Rasulullah SAW : ALLAH yang menerima taubat dariku dan mereka.


Jibrail : ALLAH BERFIRMAN, maafkanlah hambaKU itu kerana AKU TELAH MENGAMPUNKANNYA.


Maka segera Rasulullah SAW memanggil pemuda itu dan menerangkan kepadanya bahawa ALLAH telah menerima taubatnya dan mengampunkannya.”

Pengajarannya, pintu taubat sentiasa terbuka bagi mereka yang mahu kembali kepada Allah dan Rasul-NYA. Janganlah terjerumus ke dalam kancah maksiat kerana terasa diri sudah TIDAK BERGUNA & TIDAK DAPAT DIAMPUNKAN LAGI……….selagi ada hayat, berusahalah untuk kembali kepada Allah seberapa segera yang boleh.


Janganlah mengungkapkan kata2 seperti ini:

“Jahatnya orang ini, dia ni memang ahli neraka!”

“Kau memang layak masuk neraka!”

**** Ingat, bukan kita yang menentukan siapa ahli syurga atau siapa ahli neraka, janganlah soal ini dijadikan bahan gurauan atau ejekan. Sesungguhnya Allah bila-bila masa sahaja boleh mengubah seorang kafir memeluk Islam dan memasukkannya ke dalam syurga, dan bila-bila masa sahaja boleh memilih seorang Islam bertukar agama lain dan memasukkannya ke dalam neraka….wallahualam….

Thursday, December 16, 2010

Jangan Tunggu Dia Bergelar ....

Pepatah ada mengatakan, “Nak melentur buluh biarlah dari rebung”, “Bapa borek, anak rintik” dan “Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”. Kesemua pepatah lama ini mengandungi unsur-unsur dalam pendidikan. Kita telah biasa mendengar pepatah-pepatah ini dan mungkin pernah mengalami konflik yang kritikal berkaitan dengan pepatah tersebut. Misalnya pepatah “Nak melentur buluh biarlah dari rebung” dapat memberi nasihat kepada kita bahawa kalau mahu membentuk peribadi atau membentuk akhlak yang baik ke atas seseorang manusia hendaklah dibentuk sejak kecil lagi.

Contoh yang terdekat dengan kita adalah seperti mendidik anak-anak untuk mengerjakan perintah solat lima waktu sehari semalam. Kita hendaklah membiasakan diri mereka, mengajar mereka serta menyuruh mereka bersolat ketika masih kecil sebelum baligh.

Janganlah hendaknya apabila anak-anak kita sudah tumbuh misai, janggut barulah disuruh mengerjakan perintah Allah itu, kerana kalau salah-salah langkah, anak-anak yang sudah besar itu boleh melenting kepada ibu bapa.

Dalam hal ini Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Perintahkanlah anak-anak kamu menunaikan solat ketika mereka berusia tujuh tahun dan pukullah (kalau mereka enggan) bila usia meningkat sepuluh tahun. Dan pisahkan tempat tidur mereka.”

Kita berasa begitu gembira dengan sambutan yang diberi oleh masyarakat Islam untuk sama-sama membentuk generasi akan datang sebagai generasi yang terdidik, jiwa yang cinta kepada Allah dan Rasul. Kita kagum melihat bagaimana telatah anak-anak kecil yang berumur dalam lingkungan tiga atau empat tahun sudah memakai tudung bagi yang perempuan. Kanak-kanak ini sudah turut serta bersama-sama ibu bapa mereka meramaikan rumah-rumah Allah.

Bagaimana pula dengan anak-anak kita? Nak dibiarkan sampai boleh bergelar ‘bapa’ atau ‘datuk’ barulah nak bergegas ke masjid atau ke kuliah-kuliah fardu ain?Ibu bapa haruslah menunjukkan contoh kepada anak-anak mereka. Biarkan anak-anak kecil kita melihat bagaimana kedua-dua ibu bapa mereka mengerjakan ketaatan kepada perintah Allah.

Biasanya kita lihat di rumah-rumah, apabila ibu bapa hendak solat maka anak-anak mereka akan diletakkan jauh-jauh dari mereka atau dibiarkan terkurung di dalam bilik, takut mengganggu. Ini merugikan dari segi pendidikan anak-anak itu.

Seboleh-bolehnya biarlah anak-anak kita melihat bagaimana cara kita mengerjakan sembahyang. Dalam umur dua, tiga tahun mereka sudah kenal apa itu sembahyang dan kesan yang paling baik ialah kanak-kanak itu telah biasa dengan sembahyang.Kalau kita khuatir anak-anak akan menggangu solat kita maka bagi kanak-kanak perempuan, kita perlulah membersihkan diri mereka dahulu, pakaikan pakaian yang bersih kemudian barulah kita solat.

Sekiranya ketika bersolat mereka datang memeluk atau berbaring di depan kita, kita boleh mengubah kedudukan atau mendukung mereka dengan syarat setiap pergerakan itu tidak melebihi tiga kali pergerakan berturut-turut. Bagi kanak-kanak lelaki pula, keadaan ini sukar dilakukan kerana mereka perlu bersunat terlebih dahulu barulah dikira diri mereka itu bersih.Kita hendaklah mengerti bahawa mendidik anak-anak kecil dan melatih mereka dengan budi pekerti yang terpuji adalah perkara penting dan amat perlu.

Tugas pendidikan ini bukanlah suatu tugas sampingan yang boleh diketepikan atau ditukar ganti peranannya oleh orang lain. Dalam konteks ini bolehlah kita menarik perhatian tentang orang gaji sebagai ibu kedua bagi kanak-kanak yang kedua-dua ibu bapa mereka bekerja. 

Belaian Manja Ibu Bapa

Kita harus sedar bahawa orang gaji tidak mampu untuk berfungsi sebagai ibu yang sejati. Anak-anak memerlukan kasih sayang. Kasih sayang tidak boleh dijual beli. Keperluan manusia bukan sekadar makan minum tetapi juga belaian manja dari ibu bapa. Tidak guna kalau kita melonggokkan segala kemewahan kepada anak-anak sedangkan jiwanya rasa bagai tiada tempat bertaut yang kukuh dan selesa.

Imam al-Ghazali mengatakan bahawa anak-anak adalah amanat di tangan kedua ibu bapa. Hatinya suci laksana mutiara yang berharga, indah, bersih dari segala gurisan dan bentuk. Ia akan menerima apa sahaja yang dibuat kepadanya dan condong kepada apa yang ditarik kepadanya. Jika dibiasakan anak-anak itu dengan perbuatan-perbuatan baik yang diajar kepadanya, ia akan besar dalam keadaan itu sehingga berbahagialah kehidupannya dunia akhirat.

Sebaliknya jika anak-anak itu dibiasakan dengan perbuatan-perbuatan yang jahat dan dicuaikan pendidikannya seperti kehidupan binatang yang terbiar, sudah tentu dia akan binasa.Kalau sekarang ini kita begitu bersungguh-sungguh menjaga keselamatan anak-anak kita dari mara bahaya seperti terkena api dunia, maka melindunginya dari api akhirat adalah lebih penting dan utama lagi.

Cara melindungi anak-anak itu ialah dengan memberinya pendidikan dan pengajaran yang baik, dan membiasakan mereka dengan segala akhlak dan budi pekerti yang terpuji, memeliharanya dari pergaulan dengan kawan-kawan yang jahat.

Tidak usah terlalu cerewet dengan kemewahan ataupun mengikut kemahuan anak-anak dalam serba-serbi kemewahan dan perhiasan diri, kerana dikhuatiri anak-anak itu akan menghabiskan umurnya memburu kemewahan sehingga boleh membawa kebinasaan yang berterusan kepada mereka. Kita amat mengharapkan akan tibanya generasi yang terdidik, yang berpegang teguh dengan tali Allah dan bukannya terumbang-ambing seperti yang didapati pada zaman sekarang.

 
 
 
 
 
Koleksi ANIS Oleh: Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

Perihal Kasut

Sunday, December 12, 2010

Demon Anti Yahudi

Artikel dari Ustaz Pahrol ini amat menarik dan mungkin akan terpalit betul-betul di dahi
majoriti orang Melayu kita yang sibuk dengan kempen boikot dan demonstrasi
yang kononnya menunjukkan gelagat tidak puas hati terhadap Israel . Kami
kongsikan artikel ini untuk bacaan pembaca Oh! Islam yang berminat (nyata
tiada paksaan).
**********
Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual
dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah
klinik.
"Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel . Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM
Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan
undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional."
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.
"Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia
Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan.
Awak jangan lepas peluang."
Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya
telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.
"Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit... janganlah begitu.
Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan.
Itu lagi teruk."
Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, "saya sokong tindakan Pak Cik
dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi."
"Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit
sejak akhir ni."
"Kenapa Pak Cik?"
"Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni."
"Pak Cik hisap rokok apa?" saya mula teruja untuk berbual.
"Masih Winston. Dah sebati sejak dulu."
"Winston from America ?" bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.
"Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik
tentang demonstrasi ini?" kilasnya mengalih arah perbualan.
" Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu," tegas saya.
"Apa dia?"
"Solat Subuh berjemaah."
"Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat." Muka pak Cik itu mula
memerah. Tangannya mula digenggam.
"Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan
membangunkan roh jihad yang sejati."
"Kita mesti sanggup memikul senjata."
"Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang
Subuh."
"Saya tak faham."
" Pak Cik , Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka."
"Apa yang menyakitkan mereka?"
"Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah
sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik
pandai mereka sendiri."
"Jadi?"
"Sebaik-baik 'demonstrasi' ialah didik umat ini bersolat Subuh secara
berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah.
Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar,
lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah.
Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya
mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain."
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik
nafas panjang. Kembali merenung Pak Cik tersebut dengan senyuman.
"Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?"
"Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar
rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan
sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta
ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan
ke Gaza !"
"Awak sindir saya?"
"Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya
bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak."
"Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi! "
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
"Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha
selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka."
"Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?"
"Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara
hidup Islam?"
"Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam."
"Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam."
"Contoh?"
"Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya
hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat
sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi
media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap
dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis."
Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, "mana Yahudinya. Awak kata
Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan
sosialis?"
"Ketiga-tiga isme itu sama."
"Sama?"
"Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama... ZionisYahudi! "
"Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?"
Saya menggeleng-gelengka n kepala perlahan.
" Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita
perlu agenda yang konsisten dan 'genuine'."
"Misalnya?"
"Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga
dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran. "
"Lagi?"
"Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam
didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata
sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!"
"lagi?"
"Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu
persatu kita boleh 'berdemonstrasi hari-hari' terhadap atas Yahudi. Bila
kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita
boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di
Holywood."
"Idola Amerika?"
"Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur
akan mudah dijajah."
Pak Cik itu batuk-batuk.
Saya urut belakangnya.
"Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak
Cik?" kata saya seakan-akan merayu.
"Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin."
"Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang
kita benci."
"Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita
untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja
perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak,
pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari."
"Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan
ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah
hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam
solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah
hu Akbar daripada umat yang tidak solat? "
"Eh, kami yang demonstrasi semua solat..."
"Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada
kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat
langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa
khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi
Zionis dalam erti kata sebenar?"
Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan.
Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik.
Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan
para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada
akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat
seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan
qunut nazilah?
Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan
pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri,
keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing.
Bukan hari itu sahaja... tetapi hari-hari. Setiap hari!
Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam
itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:
"Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut
millah (cara hidup) mereka."
Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan
penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus
'mengecilkan' pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan
ini?

OHISLAM: SAMPAIKANLAH ILMU WALAU HANYA DENGAN SATU AYAT.

Thursday, December 2, 2010

Rindunyerr

Hi, .. 
Dah lama i xupdated my blog. Rindu ler plak. Bukannya apa, mood hilang ntah ke mana. Puas di cari tak juga jumpa. Tetiba arini teruja plak nak update blog. hehhehe..
Pagi tadi rezeki i murah sangat. Bos i bagi 5 biji karipap. Katanya maidnya yang suh bagi kat i. hahhaha..(Tengah terfikir ingatkah maid bos pada aku..). Apapun terima kasih banyak2 untuk maid bos i dan juga bos i. Terima kasih untuk karipap  tersebut. Rezeki di pagi hari. 

Sebenarnya i teruja nak balik kampung arini. Rindu pada anak-anak. A'ah, lupa nak bagitau. Anak-anak i takde kat KL coz balik umah tok n wan diaorg. Kebetulan kitaorg xbalik raya qurban, so my parent datang amik cucu-cucu balik kampung. huhuu.. I dengan hubby jer yang raya kat kuala lumpur. memang xbest. Tahun depan, insya allah kena balik.  Kena simpan cuti banyak-banyak cikit. Musykil jugak sebenarnya kalau bab-bab simpan cuti ni coz i ni jenis yang suka menghabiskan cuti. hahhahha... Awal-awal tahun dah habis cuti. Pelik kan??? Orang lain boleh plak simpan cuti like my bos. Banyak giler cuti rehat yang belum dihabiskan untuk tahun ni. Bestnyer kalau i pun macam tu jugak... ARGHHhhhhhh..

Berita yang menggumbirakan, Insya Allah, malam karang bertolak balik ke kedah. Nak balik amik anak n ikan pekasam yang buat aritu. Bestnyerr.. Dah terkecur air liur i bila sebut tentang ikan pekasam ni. Semalam tengahari i kol my mum coz nak pesan sesuatu untuk i balik karang. I try ler order gulai batang pisang dengan daging(tulang daging + lemak daging). Mak i cakap apa tau," xpyah nak order-order, balik dulu.  Kenduri belambak-lambak. karang xlarat plak nak makan daging kot". Alahai mak ni, orang kata nak makan gulai batang pisang bukan daging. Banyak bezanya tu mak. Adehhh.. Pastu mak i kata lagi. " masa bila nak makannya, kenduri ari-ari". Pulak dahhh.. Tapi betul jugak bila masa nak buatnya kalau dah kenduri ari-ari. Tapi macamana pun nak makan jugak. Bukan boleh makan selalu pun. Balik kampung jer yang leh jumpa benda-benda macam tu pun. Betul tak semua???

Apapun i memang xsabar la nak balik kampung. So ari Isnin (6 Dis 10) i cuti. So boleh lama cikit kat kampung. Orang kata amik udara segar. hehehhe.. Dok KL asyik hirup asap exzos kete n motor orang jer. hihihiihi...Actually i planning balik kampung i nak pegi Padang Besar, Perlis nak cari kuali coz kuali i berlubang. Hahahaha.. U all nak tau tak sebab apa kuali i berlubang???? malu la plak nak cerita..
Ceritanya berbunyi begini. Suatu malam tu i tengah menggoreng kuewtiaw. Bila dah siap semua. kat hujung senduk tu terlekat ler banyak rempah ratus hasil gorengan kuewtiaw tu. I pun dengan senang hati, mengetuk-ngetuk senduk tu di kuali dengan kuat dan lantang. Macam mamak kat kedai yang selalu buat tu lerrr. Alang-alang nak buat macam tu nak bagi my hubby dengar. Tetiba tengah dok sedap mengetuk senduk tu, berlubang ler plak kuali tu. Adehhhh.. Terkedu i. Pasti i ketawa sorang-sorang. My hubby heran terus my tengok punca-punca i dok gelak sorang-sorang. Last sekali, my hubby pun turut geli hati sekali. Macam-macam la dia kata kat i. (Perli tu). Bingit telinga dibuatnya. Apapun kenangan itu adalah yang terindah buat i. dan baik untuk dijadikan pengajaran. Tu sebab la nak p sangat Padang Besar. nak cari Kuali/Belanga.
Untuk pembaca semua, janganlah meniru aksi seperti yang i buat tu di rumah. Nanti rosak kuali anda. hehehhe..


lalalal, nak balik kampung
lalalala, sukanya hati

lalaala, gumbira tak terkata
lalalla.. aku dah tak sabaq-sabaq nihh-
lalala.. lambat lagikah jam 5.30
lallaala..
-
-
-
-
-
-

-
-
Sekian.