Sesi perkenalan antara peserta & pecahan kumpulan
Salah satu daripada aktiviti yang dijalankan semasa sesi suai kenal..
Aktiviti apa ekk??
(shhhhh.. time for pretty women)
Aktiviti seterusnya adalah - Water Confident
Aktiviti ini adalah bertujuan memberi keyakinan dan membuang rasa takut di kalangan peserta sebelum melakukan aktiviti rafting. Di samping itu juga, ia bertujuan untuk mengajar cara-cara pengapungan (Floating) semasa di dalam air dengan cara yang betul dan tepat.
** Janganlah kita merasa takut dan was-was dengan kebolehan diri sendiri. Adakalanya ianya adalah sifat yang tersembunyi yang kita tidak ketahui dan kita malas untuk mencungkil bakat semulajadi yang ada dalam diri kita walaupun kita semakin menghampiri bakat tersebut.
................................................................................................................................................................
Aktiviti selanjutnya - Tubing
Aktiviti ini adalah bertujuan untuk memberi keyakinan, ketahanan mental dan fizikal, semangat kerja berkumpulan, cara-cara mengawal pelampung apabila dibawa arus deras air dicelahan batu-batu yang besar dan sebagainya bagi persediaan sebelum memulakan aktiviti rafting kelak.
** Bersahabatlah dengan air. Bermesralah dengan air kerana air itu penting di dalam kehidupan seharian manusia di dunia ini. Oleh itu, yakinlah pada diri sendiri. Apa yang penting, berdoa dan bertawakallah padaNya. Insya Allah, selamat dunia dan akhirat. Amin
..........................................................................................................................................................
Lanjutan aktiviti ke -3 : Camp Fire
Aktiviti ini bertujuan untuk membentuk semangat kerja berpasukan di kalangan peserta, cara berfikir dengan pantas, berpengetahuan luas dan sebagainya. Semua peserta dikehendaki berada di dalam kumpulan masing-masing dan mengelilingi unggun api tersebut sebelum beberapa permainan dijalankan.
** Bak kata pepatah " semasa kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan". Oleh itu, berhati-hatilah ketika bermain dengan api. Walaupun ianya kecil, janganlah ia dianggap remeh pada pandangan mata kita. Apa yang penting, sentiasalah berwaspada selalu.
.............................................................................................................................................................
Aktiviti ke - 4 : Rafting
(no pictures- sorry)
............................................................................................................................................................
Aktiviti akhir yang ke -5 : Tree Top Walk
Bertujuan untuk melihat keindahan alam semulajadi dan menghayati alam ciptaaan Allah s.w.t yang terdapat di kawasan Sungai Sedim ini. Betapa luasnya alam ciptaan Allah s.w.t ini. Masya Allah..
(no pictures- sorry)
............................................................................................................................................................
Aktiviti akhir yang ke -5 : Tree Top Walk
Bertujuan untuk melihat keindahan alam semulajadi dan menghayati alam ciptaaan Allah s.w.t yang terdapat di kawasan Sungai Sedim ini. Betapa luasnya alam ciptaan Allah s.w.t ini. Masya Allah..
Aksi para peserta sebelum memulakan perjalanan tersebut...
Sesi bergambar semasa aktiviti "tree top walk" dijalankan. Gayat wooo..
No comments:
Post a Comment