About Me

My photo
" Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya sama ada di bumi dan di langit dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui"

Monday, June 14, 2010

Kenangan Bersama Palapes UiTM Batch 23(2001-2004)




Majlis Berbuka Puasa di UiTM Terengganu bersama
dengan Cik Hawalit. Beliau seorang Garang dan Bengis tapi baik hati.
(Dalam Hati ada taman tau)


Sempat lagi berposing sebelum memulakan latihan..
(dari kiri, gee, mel, me, ee, ziana, jlo, awin n sri)


Masa aktiviti "compas matching" di bukit besi, dungun.
Tdo dlm lopak "pig". huhuhu..



berhenti rehat sekejap.
walaupun penat tapi masih mampu untuk mengukir senyuman. \
Bersama M-16 masing2. Our Hubby tu.. hilang hbs ler kita org




Semasa majlis istiadat pemakaian pangkat Leftenan Muda yang berlangsung di UPM, 2004
terima kasih utk mak dan ayah kerana sudi datang masa pentauliahan tersebut 


bergambar kenangan bersama Kopral Rosli sebelum beliau bersara


Aktiviti membuat "model" menggunakan tumbuhan semulajadi sebelum aksi "ambush" dilakukan.
Lokasi : Jengka, Pahang


geng sorak terbaik!!! Go Go UiTM go
LOkasi : UiTM Shah Alam


Aktiviti "Compas Matching"
Lokasi : ladang kelapa sawit (xingat nama tempat)

 Parade time sebelum ke kelas.
jam 6.30 pg


Bergambar kenangan di dalam bas sebelum berlepas untuk Annual Camp 2001
Lokasi : UiTM Merbok, Kedah



Majlis Makan Beradab bersama DYMM Tuanku Syed Sirajuddin ibni
Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail 
Lokasi : Hotel Mandarin, KLCC



Pertandingan Sukan Palapes IPTA 2004
Lokasi : UPM ,Serdang

Time ni yang tak suka sangat!!!! Kena denda, sakit lutut2...
Lokasi : UPM, Serdang

Aktiviti bersantai... Rindu kat Butet!!
Lokasi : xingat

Malam Kenangan. Kenangan bersama pen. pengurus asrama Redang, Cik Sue

Walk, Walk, N Walk. Habis kembang kakiku..huhu
Lokasi : xingat

Kena denda lagi. Disuruhnya kitaorang gigit peluru M-16.. huhuhu
Depan Kapt. Zaid bin Ngah
Lokasi : Padang tembak, Selising, kelantan

Berehat seketika sementara menunggu pertandingan "tembak piring" dimulakan.
Lokasi : Padang tembak, selising, kelantan.


Time untuk tido ..




Wednesday, June 9, 2010

More Pics for Sedim

Landing Time.. hehhehehe
Baru habis 2 aktiviti, so rehatlah kejap...
Atas rumput, atas rumputlah... lagipun baju da basah!!

Apa yang korang tengok and bincangkan ek??
Cik Nana Comei tgh usha Ben ker?? Jelingan penuh manja tuh...
Habislah bro... terlepas


Time untuk bergumbira sebelum memulakan aktiviti lasak..
persiapan awal (sesi suai kenal)

Sebagai tanda kenangan yang aku penah sampai ke sini.
Simbolik....huhuhu

Lompat jangan tak lompat..
jatuh bangun sendiri!!

Pose yang ...........
cubalah teka jenis pose ini????

Kenangan bersama kalian tak akan ku lupakan..
Luv u all, guys!!

Pose beramai-ramai yang menarik dan tertarikkk..
cayalah guys!!

Sweet couples...
jangan marah bro, nanti kena jual

Sesi penerangan oleh Bro Sham sebelum memulakan aktiviti lasak, WWR

Inilah my Lovely Hubby yang ku puja selama ini dan untuk selamanya..
Amin
Jejaka idaman ramai.. hehehe
Thanks bro for pics
**jangan lupa belanja laksa bila jumpa di Penang nanti

Inilah gelagat mereka yang mencuit para pengunjung Sedim
( -.-)
((___))





Tuesday, June 8, 2010

Gathering PALAPES UiTM






Salam semua,

Just nak share dengan kengkawan semua. Masa i tengah boring tahap cipan and xtau nak watpe, tetiba i dapat sms dari  kawan lama i. Bestnyer bila dapat sms tu and teruja sangat-sangat bila terbaca sms tu. Tersangatlah gumbira hati hamba bila hamba dapat memahami pulak kandungan sms tu. Mesti semua nak tau kan apa kandungan sms tersebut................

Jeng Jenng Jenggg jengggg........

Kandungan SMS dari kawan i yang berbunyi:-

"Salam geng.  10 hb Julai  ada gathering PALAPES dari batch 1 hingga batch 29. Kalau berminat message aku balik. bayaran RM20 sorang. majlis mula jam 3.30 sampai 6.30 petang. Ada makan-makan dan majlis suai kenal. tq Fazran. Tolong inform yang lain"

So, kepada sahabat-sahabatku yang terbaca blog ni dan berminat untuk menyertai gathering ni, silalah bgtau En. Fazran/Cik Fauziah(Gee) secepat yang mungkin. Sebab apa yg pasti, i dah pun buat confirmation utk hadir gathering tersebut. My Huby pun da bagi green light utk i attend gathering tu. Hehehehe...Bestnyer dapat jumpa. Lama dah xberjumpa since 2005 until now.  Apa cerita semua sekarang??
Rindunyer..............

...............................................................................................................................................................


Perkara   : Gathering PALAPES UiTM (BATCH 1-BATCH 29)


Tarikh     : 10 Julai 2010 (Sabtu)


Masa      :  3.30 petang - 6.30 petang


Tempat   : Padang Kawad, UiTM Shah Alam


**Diharap semua batch 23 dapat hadir masa gathering tersebut terutama dari UiTM dungun, terengganu.
Rindu SOkMo!!!!

..................................................................................................................................................................

Kenangan Lama Menggamit Kembali Memoriku...

Siapakah gerangan jejaka ini?

Lepak ek...

Thursday, June 3, 2010

MUTIARA DOA

Doa mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat

"Ya Allah, anugerahilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami darpada seksaan api neraka." (Surah Al-Baqarah).

..................................................................................................


Doa keluar rumah agar mendapat perlindungan Allah atas harta benda dan keluarga

"Dengan Nama Allah (dalam keadaan) aku menyerah diri kepada Allah, tidak ada daya dan upaya (dalam segala urusan) melainkan dengan Allah jua."

...............................................................................................


Doa (selawat) mohon rezeki yang Luas dan akhlak baik

"Ya Allah , semoga Engkau melimpahkan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w yang dengannya dapat melapangkan rezeki bagi kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan sahabat-sahabatnya serta berikanlah keselamatan."

.................................................................................................


Doa ketika sukar menyelesaikan sesuatu urusan

"Wahai Tuhanku, tidak ada yang mudah melainkan apa yang telah Engkau jadikannya mudah dan Engkau menghapuskan dukacita dengan mudah jika Engkau kehendaki."

Wednesday, June 2, 2010

Pecahan Kumpulan berdasarkan "Nombor"

Firstly, i nak minta ampun dan maaf dengan Mr. Own coz terpaksa curi pic dari blog dia. hehehehe.. Sape suh xbagi pic tu kat i.  Ikutilah ceritera Sungai Sedim ini untuk pengetahuan kawan-kawan semua.. SyoKK Habisss...
Layannnnnnnnn......

Inilah tempat kitaorang bermalam. Suasana dusun buah-buahan. Tapi sayang, masa kitaorang datang cni, belum lagi musim buah.  Kalau tak, dah tentu habis buah-buahan dibaham oleh kitaorang semua.  hhehehe..
- Ini adalah model-model tak berbayar untuk Sedim Eco Theme Park & Resort tersebut...


Kumpulan pertama : 1 Rasa 1 Jiwa
(Kakak (Yuzie), Zamri, Abg Asri, Shera)



Kumpulan Kedua : Batu 2
( Helmi, Banun, Jijah, Mus)


Kumpulan Ke Tiga : 3 Rasa
(Muz, Azie, Amar, Wong)


Kumpulan Ke Empat : 4 Ever
( Fendi, Liza, Nana, Own)


Kumpulan Ke Lima : Pang5
(Syed, Ben, Adiela, Anne)


Kumpulan Ke Enam : 6 Jahanam
(Ali, Jann, Dida, Fazi)


** Sekiranya ada kesilapan pada nama-nama tersebut, diharap dapat diperbetulkan.  Maafkan hamba coz hamba xsempat nak ingat sume nama disebabkan hamba lewat tiba dan terlepas sesi suai kenal tersebut. Mohon maaf pada semua

Aktiviti-Aktiviti Kumpulan

Sesi perkenalan antara peserta &  pecahan kumpulan



Salah satu daripada aktiviti yang dijalankan semasa sesi suai kenal..
Aktiviti apa ekk??
(shhhhh.. time for pretty women)


...................................................................................................................................................................

Aktiviti seterusnya adalah - Water Confident
Aktiviti ini adalah bertujuan memberi keyakinan dan membuang rasa takut di kalangan peserta sebelum melakukan aktiviti rafting. Di samping itu juga, ia bertujuan untuk mengajar cara-cara pengapungan (Floating) semasa di dalam air dengan cara yang betul dan tepat.




** Janganlah kita merasa takut dan was-was dengan kebolehan diri sendiri. Adakalanya ianya adalah sifat yang tersembunyi yang kita tidak ketahui dan kita malas untuk mencungkil bakat semulajadi yang ada dalam diri kita walaupun kita semakin menghampiri bakat tersebut.


................................................................................................................................................................

Aktiviti selanjutnya - Tubing
Aktiviti ini adalah bertujuan untuk memberi keyakinan, ketahanan mental dan fizikal, semangat kerja berkumpulan, cara-cara mengawal pelampung apabila dibawa arus deras air dicelahan batu-batu yang besar dan sebagainya bagi persediaan sebelum memulakan aktiviti rafting kelak.








** Bersahabatlah dengan air. Bermesralah dengan air kerana air itu penting  di dalam kehidupan seharian manusia  di dunia ini. Oleh itu, yakinlah pada diri sendiri.  Apa yang penting, berdoa dan bertawakallah padaNya. Insya Allah, selamat dunia dan akhirat. Amin


..........................................................................................................................................................

Lanjutan aktiviti ke -3 : Camp Fire
Aktiviti ini bertujuan untuk membentuk semangat kerja berpasukan di kalangan peserta, cara berfikir dengan pantas,  berpengetahuan luas dan sebagainya. Semua peserta dikehendaki berada di dalam kumpulan masing-masing dan mengelilingi unggun api tersebut sebelum beberapa permainan dijalankan.


** Bak kata pepatah " semasa kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan".  Oleh itu, berhati-hatilah ketika bermain dengan api. Walaupun ianya kecil, janganlah ia dianggap remeh pada pandangan mata kita. Apa yang penting, sentiasalah berwaspada selalu.


.............................................................................................................................................................

Aktiviti ke - 4 : Rafting
(no pictures- sorry)

............................................................................................................................................................

Aktiviti akhir yang ke -5 : Tree Top Walk
Bertujuan untuk melihat keindahan alam semulajadi dan menghayati alam ciptaaan Allah s.w.t yang terdapat di kawasan Sungai Sedim ini. Betapa luasnya alam ciptaan Allah s.w.t ini. Masya Allah..

Aksi para peserta sebelum memulakan perjalanan tersebut...


Sesi bergambar semasa aktiviti "tree top walk" dijalankan. Gayat wooo..