Masuk kali ini sudah empat kali Auntie Pah telefon. Entah apa yang dia mahukan. Fenn meluruskan kakinya. Penat buat kerja dan penat layan Auntie Pah. Nak berborak, Mek takde di rumah. Balik Kelantan sungguh membosankan. Heavenly berlagu dari telefon bimbitnya.
"Siapalah pula ni. Aduh, Auntie Pah telefon lagi. Apa lagi yang dia nak?'
"Assalamualaikum Auntie.." tak suka pun kena bersopan jgk.
"Waalaikummussalam.. Fazreen buat apa tu?" Saoalan wajib
"Tak buat apa-apa pun, auntie"
"Kalau macam tu , boleh temankan auntie pergi shopping tak?" Fazreen mesti setuju. Dia ada agenda lain sebenarnya. Buakan setakat shopping sajer.
"Hah, buang tabiat ker apa orang tua ni? Apahal tiba-tiba ajak aku pergi shopping? Pelik benar. Tak fahamlah.
"Bolehkan Fazreen. Auntie bosan ni. Lagipun ada banyak barang yang nak dibeli. Nak pergi sendiri, rasa tak best plak. Takut pun ada." Sengaja nak pancing kesian Fazreen.
"Erm..." Kesianlah plak. Lagipun aku pun takde aktiviti yang nak dibuat sekarang nih.
"Bolehlah" Keputusan yang tidak ikhlas sepenuh hati. Paksa rela. Benci tul..
"Mama nak beli apa? Barang kat dapur tu banyak lagi," Dz pelik. TIba-tiba saja ajak pergi beli barang. Sudahlah dia banyak kerja. Kalau tak ikut, kesian plak. Bukannya selalu mama datang Kuala Lumpur.
"Alah.. sajer jer. Lama tak datang sini. Lama tak jalan-jalan dengan anak mama ni." Telefon bimbit di tangan dibelek. Manalah budak Fazreen ni. Lantas nombor Fazreen didailnya.
"Faz dekat mana? Dah sampai ke belum?" ' Fuh, panjang umur auntie ni. Baru ingat nak telefon dia.'
"ermmm, dah dekat auntie. Auntie dekat mana?"
"McD"
"Mama cakap dengan sape tu?" Dz hairan. "Mama janji dengan sape-sape ker?".
"Kawan." Lehernya sudah macam burung unta. Panjang sajer mencai seseorang. Senyumnya lebar. FAzreen juga senyum. Dz pelik melihat mamanya tiba-tiba senyum. Senyum pada siapa?
"Assalamualaikum auntie". Tangannya pantas mencapai tangan auntie Pah. "sudah lama ke sampai?" masih tak sedar ada orang di depannya.
"Taklah, baru jer. Duduklah." "Sekejap. Aik? Siapa pulak ni?
Tiba-tiba muncul. Atau aku yang tak perasan. Ingatkn auntie Pah datang sorang jer. Mamat itu pun pandang pelik jer. Berkerut dahi.
"inilah anak auntie, Iqram. Abang, ini Fazreen." Fenn senyum. Mamat itu pun senyum. . Abang, Fazreen this." Fenn smile. Mamat was even smile.
"Bila pulak mama ada kawan yang muda macam ni?"
"Kata datang sorang?" ini yang tak seronok ni. kalau perempuan tak apalah juga. Auntie ni pun, bagitaulah awal-awal.
"Kebetulan Iqram ada di rumah, ajaklah dia skali." "Aik, mama aku ni, dia yang beria ajak aku datang. Sampaikan aku batalkan nak keluar dengan Jong. Apa kes ni?"
"Kamu berdua berboraklah dulu ya. Mama nak pergi ladies sekejap." "Hah! nak ikut. Tak naklah duduk berdua saja dengan mamat ni. Macam menakutkan saja. Kerek semacam saja aku tengok."
"Alah, mama ni. Masa-masa macam ni lah dia nak ke tandas. Tadi tak nak pergi siap-siap. Ini yang aku lemah ni. Kalau nanti ada geng aku nampak, mampus aku. Perempuan ni pun satu. Pergilah ikut mama sekali. Dz merungut tak puas hati. Tapi berani dalam hati hati saja. Senyap. Dua-dua tak bercakap. Senyum pun tak. Fenn rasa nak menjerit. Nak larikan diri pun ada. Tapi disabarkan hati. Dia bukannya hantu. Senyumlah sikit. Auntie pergi tandas jer. Takkanlah sampai satu jam.
"So, you tinggal sini ke?" Dz mula rasa bosan. Bertolak sajalah. Tak berdosa pun.
"Hah!" Fenn sudah kelam kabut. "Rileks la Fenn. Apahal kalut semacam saja ni? Macam tak pernah jumpa lelaki saja.
"Kerja?"
"A'ah." sepatah lagi.'
"Kerja apa?" makin banyak pula soalan Dz walaupun hanya sepatah.
"Lecturer." Sepatah lagi. Aduh, lamalah pula Auntie Pah ni. Sembelit ke?
Dz belek jam. Hampir setengah jam mamanya di dalam tandas. Lama betul. Sahlah ni. Mama saja nak suruh dia duduk berdua dengan perempuan entah dari palnet mana ni. Tapi takkan dia ni perempuan yang mama cakap hari tu? Biasa-biasa saja. Cantik lagi yang dulu. Kalau ikut gambarlah. Dia mana pernah layan blind date. Sekadar tengok gambar saja. Setengah jam berlalu yang berikutnya pun sudah berlalu. Kembali macam tadi. Senyap. Macam duduk dalam peti ais. Dua-dua beku. Fenn memang sudah tak berminat nak jadi minah kepoh macam dulu-dulu. Lepas abang meninggal, dia jadi pendiam. Hanya dengan kawan-kawan saja dia jadi kepoh. Itu pun tidak macam dulu.
Dz sibuk dengan telefonnya. Sekejap, gelak sendiri. Mental agaknya. Fenn hanya diam membisu.
"Abang, help me." Fenn masih ingat lagi masa kali pertama keluar dengan abang. Di sini juga. McD. Memang malu. Abang saja yang banyak bercakap pada mulanya tapi selepas setengah jam, dia sudah jadi dirinya yang sebenarnya. Pot pet pot pet memanjang. Abang tak berhenti ketawa. Bahagia sangat masa itu. Rasa macam baru semalam perkara itu berlaku. Tapi sebenarnya sudah lima tahun berlalu tanpa sedar. Waktu itu, umurnya baharu dua puluh dua tahun. Dua tahun bercinta, selepas itu itu terus kahwin. Tapi nak buat macam mana. Jodoh mereka berdua tak panjang. Abang pergi dulu. Tuhan lebih sayangkan abang.
"Macam mana? ok tak?" penuh semangat Puan Sharifah bertanya.
"Ok jer. Sihat. Kenapa? Mama sakit perut lagi ker?" seriud Dz bertanya. Memerli sebenarnya. Dz asked. Satire actually.
"Ish budak bertuah ni. Ke situ pulak dia. Orang tanya lain, lain yang dijawabnya. Itu,si Fazreen tu. Macamana, ok ke?" geram betul dengan budak sorang ni. Jawabnya tak penah nak betul.
"Manalah orang nak tahu. Dia kat rumah dia. Orang kat sini. Mama telefonlah tanya." Dz sengaja buat-buat tak faham. Sengaja nak uji mamanya.
"Eeee.. budak ni. Boleh darah tinggi mama macam ni tau. Dah lah. Mama nak tidur. Esok mama nak balik." sakit hati betulnya. Nasib baik anak yang lain tak macam ni. Kalau tak, sudah lama dia tutup mata.
"La.. nak balik dah? Baru jer datang. Duduklah lama sikit."
"Merajuk ke mama aku ni?
"Tak kuasa mama nak duduk lama-lama. Buat sakit hati jer. Duduk kampung dengan ayam itik lagi seronok. Lagi senang nak jaga. Ikut aje cakap." Puan Sharifah geram. Rasa macam nak lenyek saja kepala anaknya buat cucur.
"Ala mama, abang gurau jer lah. ok..ok..Fazreen baik, sopan, cantik..."
"Ah, sudah. Tak payah nak pujuk-pujuk. Mama nak tidur ni..". tangan Dz ditepis. Tak kuasa nak melayan. Dz gelak. "Hai.. tua-tua pun nak merajuk lagi. Tapi kalau dapat anak macam aku, memanglah. Asyik menyakitkan hati jer..'
" Sorry mama.." bukannya dia tak nak cari pasangan dan berkahwin. Kalau diikutkan, meman boleh sangat-sangat kalau dia nak kahwin sekarang. Duit ada, rumah ada, kerja ada. Yang tak ada, cuma pasangannya sajer. Bukannya memilig tapi belum jumpa yang sesuai. Alah, samalah tu. Memilig jugak. Ada sesuatu yang menyebabkan dia terlalu payah untuk mencari teman hidup. Kenangan dulu masih berbekas di hati. Memang susah nak padam. Sering menghantui fikirannya. Sarah. Argh.......!!! Bencinya pada mahkluk yangbernama wanita membuak-buak bila teringatkan nama itu. Gadis yang membuatnya hanyut dibuai cinta. Menyerahkan segala jiwa dan raganya dengan rela. Gadis itu yang membuatkannya persis orang giler. Gadis itu juga yang meranapkan hatinya. Lumat. Berkecai. Sarah curang. Hatinya hanya untuk permainan gadis licik itu. Disebabkan perkara itulah, sampai sekarang dia benci dan tak percaya pada mana-mana wanita pun.
"Sarah, you buat apa kat sini" Siapa ni?" Dz bengang. Siapa tak bengang bila tengaok awek sendiri berkepit dengan jantan lain. Di tempat awam pulak tu. Siap berpelukcium lagi.
"Oh. this is Mike. My boyfriend." dengan bangganya Sarah memperkenalkan lelaki disebelahnya. Senyuman meleret di bibirnya. Lelaki itu pun tanpa segan silu mencuim bibir munggil Sarah. Dz terbakar. Merah padam mukanya macam biji saga. Memang kurang ajar.
"Don't you dare to play with me Sarah. Tell the truth!" marah dan geram. Bagai mahu pecah dadanya menahan rasa.
"I'm telling you the truth. Kenapa you nak marah pulak? Who are you?" Sarah buat muka selamba. Dz menyirap.
"Perempuan tak guna. Kau memang kejam." Mike disebelah diam. Tak paham apa-apa.
"Whatever. I tak pernah declare pun yang I ni girlfriend you. So, buat apa yang you nak marah pulak? I nak kawan dengan you pun dah cukup baik tau. Kalau tak sebab you yangtergila-gilakan I, tak ingin I nak layan you. Waste my time." berlagak. Langsung tiada rasa bersalah. Berderau darah Dz mendengar setiap patah perkataan dari mulut gadia pujaannya itu. Berdesing telinganya.
"Kurang ajar!' tangan Dz hampir mengena pipi Sarah tapi sempat ditahan Mike.
"Hey, are you crazy? Don't you dare to touch her!' Buk! Sebiji terkena pada perut Dz. Senak. Dz menekan perutnya. Dua mahkluk itu sudah meninggalkannya yang sedang menahan kesakitan.
"Damn you!!!!"
"Abang...abang. Kenapa tidur dekat sini. Mengingau pula tu. Sudah, pergi masuk tidur." Dz gosok perut yang terasa senak dek kerana mimpi tadi. Astaghfirullah. Dz meraup mukanya. Perlahan dia bangun menuju ke bilik. Ternyata masih tersimpan dendam di hatinya terhadap insan bernama wanita. Hanya pada Tuhan dia memohon moga suatu hari nanti dendam itu akan berakhir dan moga akan hadir wanita yang mampu mengubah pendiriannya.
"Macam kenal jer mamat kat depan tu. Siapa ya?" Dahi Fenn berkerut. Cuba mengingati mamat yang bolehlah dikatakan hensem di hadapannya. Awek di sebelahnya pun nampak cantik. Sesuai sangat.
"Fenn, kau apahal? Macam orang sembelit jer aku tengok." Mek hairan. Sakit perut ke kawan aku ni?
"Hah, tak adalah!. Aku tengok mamat kat depan tu. Macam pernah ku lihat. Tapi di mana ya?" tiru dialog Yassin. Bantai jer.
"Mamat mana?" Mek memalingkan badan, menghala ke arah yang ditunjukkan Fenn.
"Yang baju biru tu ker?" Mek meminta kepastian. Hanya dibalas anggukan Fenn.
"Oh.. kau ingat tak Auntie Pah. Alah, yang aku cerita dekat kau tu. Yang aku berborak dengan dia sampai pukul dua belas alam masa kenduri arwah aritu." Fenn dah ingat. Anak Auntie Pah.
"Ingat. Kenapa? Apa kena mengena dengan Mamat tu dengan Auntie Pah?" Mek masih tak dapat tangkap.
"Itulah anak dia. Aku jumpa minggu lepas masa keluar dengan Auntie. Dia bawa anak dia sekali." terang Fenn dengan penuh semangat.
"Ooooo.." muncing mult Mek. "Pergilah tegur dia."
"Tak naklah aku. Entah ingat ke tidak dia kat aku." Yelah, mana tidaknya. Asyik dengan telefon dia jer memanjang.
"Ishhhh, manalah kau tahu. Entah-entah dia ingat. Asyik termimpikan kau siang dan malam." sakat Mek.
"Huhh, kalau setakat mamat tu tak payah. Kau tak nampak ke perempuan dekat depan dia tu. Blond lagi. entah-entah yang tutup-tutup macam kita ni dia tak pandang langsung." Fenn mencebik.
"Ishhh, kau ni tak baik tau. Mana kau tahu. entah-entah itu kawan dia jer ker...."
"Sudahlah. Malas aku nak serabut kepala otak. Banyak lagi benda lain yang aku nak kena fikirkan" peduli apa dia. Kawan ke, makwe ke, bini ke... ada aku kisah? lantak kaulah. Bukannya laki aku pun. Bagi Fenn, suaminya tetap satu. Abang. Tak ada yang kedua. Tak ada yang boleh ganti Abang. Abang saja yang boleh buat dia bahagia walaupun dia tak sempat nak rasa kebahagiaan itu untuk masa yang lama. Tapi dia bersyukur sebab dapat juga rasa bahagia saat abang melafazkan akad. Menyarungkan cincin di jari menisnya. Mengucup mesra dahinya. Semua itu masih hangat teras. Tak mungkin padam sampai bila-bila. Al-Fatihah untuk abanggggg....
No comments:
Post a Comment