About Me

My photo
" Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya sama ada di bumi dan di langit dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui"

Sunday, March 28, 2010

Cerpen - Jubah Untukmu Ibu..

Untukmu Ibu

“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi. Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya.

Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat dikerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.


Malam itu, Along berjaga sepanjang malam.. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini
marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah.. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti  hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf.  Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

       Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia
mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

 
“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu
yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu... Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih.

Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya.

“Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi.
“Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu.
“Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya.
“Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripadamenghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati.
 “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetuatu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM.
Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja.
“Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru.. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru ia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air.
“Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi.
“ Ada ” jawab Along pendek “Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….” Along menggeleng-gelengka n kepala.
“semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu.
“ Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi
anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe.

Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh. Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya.
“Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang.
“Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..”
“Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. “Abang Joe mana ni?”
“Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk .
“Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi.
“Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu.
 “Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya. Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami.. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan.
“Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu. Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

Tangani Marah Dengan Tenang

ANDA hanya menyemarakkan api yang menyala jika berterusan menyerang pasangan di saat hubungan tidak keruan.Dalam sesebuah perhubungan, ada pasang surutnya. Bahkan pasangan yang dilihat begitu mesra, romantis dan saling berkasih sayang boleh berantakan hanya kerana salah faham atau munculnya orang ketiga.

Apabila hubungan semakin intim atau kebahagiaan mula dikecapi, jagalah hati pasangan. Barangkali anda lebih disenangi pasangan kerana di saat bertengkar, anda lebih banyak mengalah demi menyelamatkan perhubungan. Jangan fikirkan untuk menikmati saat bahagia saja sedangkan terlupa menelah ribut yang tiba-tiba melanda perhubungan.

Sebaiknya ketika pasangan sedang menyinga, anda harus reda dan memberi ruang untuk berfikir sejenak jika mahukan hubungan berdua kembali seperti sebelumnya. Barangkali petua berikut ini mampu menangani sebahagian besar masalah yang dihadapi:


  • Hubungan tidak terjamin lagi
Wanita tertarik dengan lelaki yang penuh karisma dan keyakinan. Andai anda sendiri berasa kurang yakin malah sesekali berasa cemburu dengan status kerjaya dan gajinya yang tinggi, pasti mereka mulai menghindari anda.
Jika ada perasaan sebegitu, sebaiknya anda kawal hati dengan sebaiknya. Tidak salah andai gaji mereka lebih besar daripada anda.


  • Suka dengan nama wanita lain
Jangan beritahu mereka mengenai isi hati anda ini lebih-lebih lagi jika anda seorang lelaki yang mudah tertarik dengan mana-mana wanita cantik.


  • Simpan rahsia kelemahan anda
Jika anda lelaki yang takutkan labah-labah mahupun cicak, simpan rahsia itu sebaiknya supaya tidak diketahui si dia. Biarkan mereka tahu rahsia anda secara semula jadi iaitu sepanjang berhubungan dengan anda.


  • Bandingkan dirinya dengan teman wanita terdahulu
Wanita tidak suka dibandingkan dengan perempuan lain terutama hal yang buruk. Jika anda berbuat begitu, anda sebenarnya menempah satu hubungan yang singkat.


  • Jangan jadi anak emak
Beberapa kali dalam sehari anda menghubungi ibu anda? Jika jawapannya kerap, sebaiknya kurangkan sedikit. Wanita tidak suka berasa seperti sedang berebutkan diri anda daripada ibunya. Jadi simpan rahsia diri sekemas-kemasnya.


  • Anda punyai hobi yang pelik
Anda mungkin pengumpul barangan Transformer atau jam antik tegar dan menjadi teruja apabila melihat telur cicak. Tetapi anda perlu sedar, apakah mereka dapat menerima hobi pelik anda itu?
Jangan pula berlagak baik dengan memberitahu perkara sebenar kepada mereka. Peluang untuk anda ditinggalkan adalah lebih tinggi sebenarnya.

  • "Saya tidak berkenan awak berkawan dengan... (kawan perempuannya) "
Jangan sesekali merendah-rendah atau memperlekehkan temannya. Sebaiknya beritahu perkara yang baik saja mengenai mereka. Anda baru saja bersama dengannya sedangkan teman mereka sudah mengenali teman wanita anda sejak sekian lama.
Siapakah yang lebih mengenali teman kekasih anda itu? Pastinya anda tidak dalam senarai di atas.

Anda sudah melakukan sesuatu yang memalukan sebelum ini. Anda fikir inilah masa yang sesuai untuk membuktikan kejujuran dengan mendedahkan perkara sebenar. Sebenarnya pasangan anda tetap tidak dapat menerima anda pernah menduakannya.

Walaupun wanita menyatakan mereka tidak berasa apa-apa, sebenarnya sesetengah mereka tebal dengan sifat dendam dan akan terus mengingati perkara itu sampai bila-bila. Berhati-hati apabila mahu melepaskan beban yang anda tanggung.


  • Anda tertarik dengan teman baiknya yang sangat seksi.
Jika anda fikir teman baiknya itu kelihatan seksi, jangan beritahu perkara sebenar walau dengan nada bergurau sekalipun. Tidak mungkin pasangan anda berasakan itu satu gurauan, malah mereka akan berasa marah dan terluka.

Dalam jangka masa panjang, kepercayaan mereka terhadap anda sedikit terhakis. Jangan sesekali fikir mereka kuat menghadapi kenyataan anda. Hakikatnya mana-mana perempuan tidak sekuat itu. Jadi jangan ambil risiko.

Soal Jawab Agama (Hmetro)

Hukum memakai inai harus


Soalan

SAYA bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi dan pernah mendengar ceramah yang mengatakan memakai inai (mengukir di tangan dengan corak bunga) adalah salah.
Penceramah itu berkata sesiapa yang melukis inai di tangan akan dilaknat Allah. Adakah perkara itu benar?
NANI, Johor.


Jawapan

MEMAKAI inai termasuk dalam kategori berhias. Islam membenarkan berhias bagi wanita asalkan ia tidak melanggar syariah.
Contohnya, berhias untuk suami dan bukan untuk tontonan orang lain. Secara khusus, memang ada pendapat yang melarang memakai inai dalam bentuk lukisan.
Ia berdasarkan alasan memakai inai itu seperti memakai tatu yang secara jelas diharamkan. Bagaimanapun, memakai inai tidak seperti mengukir tatu di badan yang kekal dan tidak dapat dihilangkan. Inai hanya buat sementara saja berbanding dengan tatu.
Lagipun memakai inai dibenarkan Rasulullah. Contohnya dalam hadis diceritakan bahawa: "Abu Quhafah dibawa pada hari penaklukan Makkah ke hadapan Rasulullah dengan rambut dan janggutnya memutih seperti thaghamah (sejenis tumbuhan bunga dan buahnya berwarna putih seperti putih uban)."
Maka Rasulullah bersabda: "Ubahkan (warna rambut dan janggut) kamu dengan sesuatu dan jauhi (warna) hitam." (Muslim). Dengan itu memakai inai itu diharuskan.

Thursday, March 25, 2010

Novel Jatuh Cinta

Masuk kali ini sudah empat kali Auntie Pah telefon.  Entah apa yang dia mahukan. Fenn meluruskan kakinya.  Penat buat kerja dan penat layan Auntie Pah.  Nak berborak, Mek takde di rumah.  Balik Kelantan  sungguh membosankan.  Heavenly berlagu dari telefon bimbitnya.
"Siapalah pula ni. Aduh, Auntie Pah telefon lagi.  Apa lagi yang dia nak?'
"Assalamualaikum Auntie.." tak suka pun kena bersopan jgk.
"Waalaikummussalam.. Fazreen buat apa tu?"  Saoalan wajib
"Tak buat apa-apa pun, auntie"
"Kalau macam tu , boleh temankan auntie pergi shopping tak?" Fazreen mesti setuju.  Dia ada agenda lain sebenarnya. Buakan setakat shopping sajer.
"Hah, buang tabiat ker apa orang tua ni? Apahal tiba-tiba ajak aku pergi shopping? Pelik benar.  Tak fahamlah.
"Bolehkan Fazreen. Auntie bosan ni. Lagipun ada banyak barang yang nak dibeli.  Nak pergi sendiri, rasa tak best plak.  Takut pun ada." Sengaja nak pancing kesian Fazreen.
"Erm..." Kesianlah plak. Lagipun aku pun takde aktiviti yang nak dibuat sekarang nih.
"Bolehlah" Keputusan yang tidak ikhlas sepenuh hati. Paksa rela. Benci tul..
"Mama nak beli apa? Barang kat dapur tu banyak lagi," Dz pelik. TIba-tiba saja ajak pergi beli barang. Sudahlah dia banyak kerja.  Kalau tak ikut, kesian plak. Bukannya selalu mama datang Kuala Lumpur.
"Alah.. sajer jer. Lama tak datang sini. Lama tak jalan-jalan dengan anak mama ni."  Telefon bimbit di tangan dibelek.  Manalah budak Fazreen ni. Lantas nombor Fazreen didailnya.
"Faz dekat mana? Dah sampai ke belum?" ' Fuh, panjang umur auntie ni. Baru ingat nak telefon dia.'
"ermmm, dah dekat auntie. Auntie dekat mana?"
"McD"
"Mama cakap dengan sape tu?"  Dz hairan. "Mama janji dengan sape-sape ker?".
"Kawan." Lehernya sudah macam burung unta.  Panjang sajer mencai seseorang. Senyumnya lebar. FAzreen juga senyum. Dz pelik melihat mamanya tiba-tiba senyum. Senyum pada siapa?
"Assalamualaikum auntie". Tangannya pantas mencapai tangan auntie Pah.  "sudah lama ke sampai?" masih tak sedar ada orang di depannya.
"Taklah, baru jer. Duduklah." "Sekejap. Aik? Siapa pulak ni?
Tiba-tiba muncul. Atau aku yang tak perasan.  Ingatkn auntie Pah datang sorang jer. Mamat itu pun pandang pelik jer.  Berkerut dahi.
"inilah anak auntie, Iqram. Abang, ini Fazreen." Fenn senyum. Mamat itu pun senyum. . Abang, Fazreen this." Fenn smile. Mamat was even smile.
"Bila pulak mama ada kawan yang muda macam ni?"
"Kata datang sorang?" ini yang tak seronok ni. kalau perempuan tak apalah juga. Auntie ni pun, bagitaulah awal-awal.
"Kebetulan Iqram ada di rumah, ajaklah dia skali." "Aik, mama aku ni, dia yang beria ajak aku datang. Sampaikan aku batalkan nak keluar dengan Jong. Apa kes ni?"
"Kamu berdua berboraklah  dulu ya. Mama nak pergi ladies sekejap." "Hah! nak ikut. Tak naklah duduk berdua saja dengan mamat ni. Macam menakutkan saja. Kerek semacam saja aku tengok."
"Alah, mama ni. Masa-masa macam ni lah dia nak ke tandas. Tadi tak nak pergi siap-siap.  Ini yang aku lemah ni. Kalau nanti ada geng aku nampak, mampus aku. Perempuan ni pun satu. Pergilah ikut mama sekali. Dz merungut tak puas hati. Tapi berani dalam hati hati saja.  Senyap. Dua-dua tak bercakap. Senyum pun tak.  Fenn rasa nak menjerit. Nak larikan diri pun ada. Tapi disabarkan hati. Dia bukannya hantu. Senyumlah sikit. Auntie pergi tandas jer.  Takkanlah sampai satu jam.
"So, you tinggal sini ke?" Dz mula rasa bosan. Bertolak sajalah. Tak berdosa pun.
"Hah!" Fenn sudah kelam kabut. "Rileks la Fenn. Apahal kalut semacam saja ni? Macam tak pernah jumpa lelaki saja.
"Kerja?"
"A'ah." sepatah lagi.'
"Kerja apa?" makin banyak pula soalan Dz walaupun hanya sepatah.
"Lecturer." Sepatah lagi. Aduh, lamalah pula Auntie Pah ni. Sembelit ke?
Dz belek jam. Hampir setengah jam mamanya di dalam tandas. Lama betul. Sahlah ni. Mama saja nak suruh dia duduk berdua dengan perempuan entah dari palnet mana ni. Tapi takkan dia ni perempuan yang mama cakap hari tu? Biasa-biasa saja. Cantik lagi yang dulu. Kalau ikut gambarlah. Dia mana pernah layan blind date. Sekadar tengok gambar saja. Setengah jam berlalu yang berikutnya pun sudah berlalu. Kembali macam tadi. Senyap. Macam duduk dalam peti ais. Dua-dua beku. Fenn memang sudah tak berminat nak jadi minah kepoh macam dulu-dulu. Lepas abang meninggal, dia jadi pendiam. Hanya dengan kawan-kawan saja dia jadi kepoh. Itu pun tidak macam dulu.
Dz sibuk dengan telefonnya. Sekejap, gelak sendiri. Mental agaknya. Fenn hanya diam membisu.
"Abang, help me." Fenn masih ingat lagi masa kali pertama keluar dengan abang. Di sini juga. McD. Memang malu. Abang saja yang banyak bercakap pada mulanya tapi selepas setengah jam, dia sudah jadi dirinya yang sebenarnya. Pot pet pot pet memanjang. Abang tak berhenti ketawa.  Bahagia sangat masa itu. Rasa macam baru semalam perkara itu berlaku. Tapi sebenarnya sudah lima tahun berlalu tanpa sedar. Waktu itu, umurnya baharu dua puluh dua tahun. Dua tahun bercinta, selepas itu itu terus kahwin. Tapi nak buat macam mana. Jodoh mereka berdua tak panjang. Abang pergi dulu. Tuhan lebih sayangkan abang.
"B doakan abang bahagia di SANA"
"Macam mana? ok tak?" penuh semangat Puan Sharifah bertanya.
"Ok jer. Sihat. Kenapa? Mama sakit perut lagi ker?" seriud Dz bertanya. Memerli sebenarnya. Dz asked. Satire actually.
"Ish budak bertuah ni. Ke situ pulak dia. Orang tanya lain, lain yang dijawabnya. Itu,si Fazreen tu. Macamana, ok ke?" geram betul dengan budak sorang ni. Jawabnya tak penah nak betul.
"Manalah orang nak tahu. Dia kat rumah dia. Orang kat sini. Mama telefonlah tanya." Dz sengaja buat-buat tak faham. Sengaja nak uji mamanya.
"Eeee.. budak ni. Boleh darah tinggi mama macam ni tau. Dah lah. Mama nak tidur. Esok mama nak balik." sakit hati betulnya. Nasib baik anak yang lain tak macam ni. Kalau tak, sudah lama dia tutup mata.
"La.. nak balik dah? Baru jer datang. Duduklah lama sikit."
"Merajuk ke mama aku ni?
"Tak kuasa mama nak duduk lama-lama. Buat sakit hati jer. Duduk kampung dengan ayam itik lagi seronok. Lagi senang nak jaga. Ikut aje cakap." Puan Sharifah geram. Rasa macam nak lenyek saja kepala anaknya buat cucur.
"Ala... merajuklah pulak mama sayang aku ni. Macamana nak pujuk ni?"
"Ala mama, abang gurau jer lah. ok..ok..Fazreen baik, sopan, cantik..."
"Ah, sudah. Tak payah nak pujuk-pujuk. Mama nak tidur ni..". tangan Dz ditepis. Tak kuasa nak melayan. Dz gelak. "Hai.. tua-tua pun nak merajuk lagi. Tapi kalau dapat anak macam aku, memanglah. Asyik menyakitkan hati jer..'
" Sorry mama.." bukannya dia tak nak cari pasangan dan berkahwin. Kalau diikutkan, meman boleh sangat-sangat kalau dia nak kahwin sekarang. Duit ada, rumah ada, kerja ada. Yang tak ada, cuma pasangannya sajer. Bukannya memilig tapi belum jumpa yang sesuai. Alah, samalah tu. Memilig jugak. Ada sesuatu yang menyebabkan dia terlalu payah untuk mencari teman hidup. Kenangan dulu masih berbekas di hati. Memang susah nak padam. Sering menghantui fikirannya. Sarah. Argh.......!!! Bencinya pada mahkluk yangbernama wanita membuak-buak bila teringatkan nama itu. Gadis yang membuatnya hanyut dibuai cinta. Menyerahkan segala jiwa dan raganya dengan rela. Gadis itu yang membuatkannya persis orang giler. Gadis itu juga yang meranapkan hatinya. Lumat. Berkecai. Sarah curang. Hatinya hanya untuk permainan gadis licik itu. Disebabkan perkara itulah, sampai sekarang dia benci dan tak percaya pada mana-mana wanita pun.

"Sarah, you buat apa kat sini" Siapa ni?" Dz bengang. Siapa tak bengang bila tengaok awek sendiri berkepit dengan jantan lain. Di tempat awam pulak tu. Siap berpelukcium lagi.                                                                
"Oh. this is Mike. My boyfriend." dengan bangganya Sarah memperkenalkan lelaki disebelahnya.  Senyuman meleret di bibirnya. Lelaki itu pun tanpa segan silu mencuim bibir munggil Sarah. Dz terbakar. Merah padam mukanya macam biji saga. Memang kurang ajar.
"Don't you dare to play with me Sarah. Tell the truth!" marah dan geram. Bagai mahu pecah dadanya menahan rasa.
"I'm telling you the truth. Kenapa you nak marah pulak? Who are you?" Sarah buat muka selamba. Dz menyirap.
"Perempuan tak guna. Kau memang kejam." Mike disebelah diam. Tak paham apa-apa.
"Whatever. I tak pernah declare pun yang I ni girlfriend you. So, buat apa yang you nak marah pulak? I nak kawan dengan you pun dah cukup baik tau. Kalau tak sebab you yangtergila-gilakan I, tak ingin I nak layan you. Waste my time." berlagak. Langsung tiada rasa bersalah. Berderau darah Dz mendengar setiap patah perkataan dari mulut gadia pujaannya itu. Berdesing telinganya.
"Kurang ajar!' tangan Dz hampir mengena pipi Sarah tapi sempat ditahan Mike.
"Hey, are you crazy? Don't you dare to touch her!' Buk! Sebiji terkena pada perut Dz. Senak. Dz menekan perutnya. Dua mahkluk itu sudah meninggalkannya yang sedang menahan kesakitan.
"Damn you!!!!"

"Abang...abang. Kenapa tidur dekat sini. Mengingau pula tu. Sudah, pergi masuk tidur." Dz gosok perut yang terasa senak dek kerana mimpi tadi. Astaghfirullah. Dz meraup mukanya. Perlahan dia bangun menuju ke bilik. Ternyata masih tersimpan dendam di hatinya terhadap insan bernama wanita. Hanya pada Tuhan dia memohon moga suatu hari nanti dendam itu akan berakhir dan moga akan hadir wanita yang mampu mengubah pendiriannya.
"Macam kenal jer mamat kat depan tu. Siapa ya?" Dahi Fenn berkerut. Cuba mengingati mamat yang bolehlah dikatakan hensem di hadapannya. Awek di sebelahnya pun nampak cantik. Sesuai sangat.
"Fenn, kau apahal? Macam orang sembelit jer aku tengok." Mek hairan. Sakit perut ke kawan aku ni?
"Hah, tak adalah!. Aku tengok mamat kat depan tu. Macam pernah ku lihat. Tapi di mana ya?" tiru dialog Yassin. Bantai jer.

"Mamat mana?" Mek memalingkan badan, menghala ke arah yang ditunjukkan Fenn.

"Yang baju biru tu ker?" Mek meminta kepastian. Hanya dibalas anggukan Fenn.

"Oh.. kau ingat tak Auntie Pah. Alah, yang aku cerita dekat kau tu. Yang aku berborak dengan dia sampai pukul dua belas alam masa kenduri arwah aritu." Fenn dah ingat. Anak Auntie Pah.

"Ingat. Kenapa? Apa kena mengena dengan Mamat tu dengan Auntie Pah?" Mek masih tak dapat tangkap.

"Itulah anak dia. Aku jumpa minggu lepas masa keluar dengan Auntie. Dia bawa anak dia sekali." terang Fenn dengan penuh semangat.

"Ooooo.." muncing mult Mek. "Pergilah tegur dia."
"Tak naklah aku. Entah ingat ke tidak dia kat aku." Yelah, mana tidaknya. Asyik dengan telefon dia jer memanjang.

"Ishhhh, manalah kau tahu. Entah-entah dia ingat. Asyik termimpikan kau siang dan malam." sakat Mek.

"Huhh, kalau setakat mamat tu tak payah. Kau tak nampak ke perempuan dekat depan dia tu. Blond lagi. entah-entah yang tutup-tutup macam kita ni dia tak pandang langsung." Fenn mencebik.

"Ishhh, kau ni tak baik tau. Mana kau tahu. entah-entah itu kawan dia jer ker...."

"Sudahlah. Malas aku nak serabut kepala otak. Banyak lagi benda lain yang aku nak kena fikirkan" peduli apa dia. Kawan ke, makwe ke, bini ke... ada aku kisah? lantak kaulah. Bukannya laki aku pun. Bagi Fenn, suaminya tetap satu. Abang. Tak ada yang kedua. Tak ada yang boleh ganti Abang. Abang saja yang boleh buat dia bahagia walaupun dia tak sempat nak rasa kebahagiaan itu untuk masa yang lama. Tapi dia bersyukur sebab dapat juga rasa bahagia saat abang melafazkan akad. Menyarungkan cincin di jari menisnya. Mengucup mesra dahinya. Semua itu masih hangat teras. Tak mungkin padam sampai bila-bila. Al-Fatihah untuk abanggggg....

EdiSI CaCaMerBA

Alangkah indahnya hidup ini jika diselubungi dengan wangian keindahan alam tanpa ada sebarang prejudis dalam hitungan kehidupan ini...
elken club..

Tanjung Tuan, PD

Rumah Api, Tanjung Tuan

Hari Raya Cawangan Arkitek

Tengah siapkan banner utk Hari Keluarga URBF Kesihatan 1

Wednesday, March 24, 2010

HAri KeluARgA URBF KesiHAtaN 1, CAwaNGan ArKiTEk IPJKR 2009

My Bos tgh bagi Speech...
Masa untuk memjamu selera
Temankan anak main air



Antara permainan yg diadakan..

Sebenarnya banyak lagi gambar tp xsempat nak postkan gambar2 tersebut coz...
xpe, lain kali saya postkan gambar2 tersebut. Insya Allah
" Rumah Peranginan Port Dickson, Negeri Sembilan ~ 05-06 Disember 2009"


HAri RaYA URBF KesiHAtaN 1, CAwaNGan ArKiTEk IPJKR 2009

inilah yang dinamakan Lemang..
Lovely cupcakes.. xsampai ati nak makan, cantik sgt designyerrrrr
menu di pagi rayer..
My Big Bos....
STaff UrBF KeSiHataN 1 ~ Ade yg Xde nih!!
di mana saya??


Induksi 2008- Permai Inn, Kuala Terengganu

LDK ~ Hutan Lipur Sekayu


celebrate besday member..

tengok jer, ahaks...

LDK AktiViti


                       Induksi 13-26 November 2008 ~ Sekayu, Besut, Terengganu
Tengah bersantai di tepi sungai..rehat jap. amik udara. Penat..