About Me

My photo
" Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya sama ada di bumi dan di langit dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui"

Tuesday, October 23, 2012

Kemaskini Fail

As Salam dan selamat pagi semua..

 Marilah kita sama-sama mengamalkan doa ini. Semoga kita semua terhindar daripada sifat malas dan yang seangkatan dengannya.


Pagi ni nak bercerita pasal fail jer. Sebenarnya kalau bercerita dan nak buat filing ni memang tak best kan?? sebabnya banyak kerja dan leceh. Inilah kerja yang paling aku tak suka tapi sebab bos dah minta tolong wat filing untuk dia, nak xnak, kenalah buat sebab 'saya yang menurut perintah'. Kebetulan bos ada meeting kat KB, Kelantan so masa tulah aku memunggah semua fail dalam bilik bos untuk dibuat sistem fail yang mudah dan senang untuk bos cari. Sebelum ni fail-fail  bos semuanya dalam folder yang mudah terburai dan sukar dicari. Ini cara yang aku buat nak bagi bos senang cari sebenarnya. Ke ada lagi sistem yang boleh digunapakai untuk lebih memudahkan dalam sistem fail ni?? kalau ada di antara pembaca yang mempunyai idea atau pandangan terhadap N3 ni, mohon kita berkongsi yer.. TQ semua.

Sistem fail ni kalau dibuat betul2, xdelah makan masa berhari-hari tetapi semua terserah kepada individu itu sendiri sama ada bijak membahagikan masa atau sebaliknya. Arini dan semalam adalah hari yang paling bahagia sebab sepanjang minggu ni memang bos xde kat opis pastu start arini ramai yang dah mula cuti. Maklumlah raya kan dah dekat (20 Okt 2012/Jumaat). Selamat Hari Raya AidilAdha semua!!! Semoga perjalanan anda selamat dan diredhaiNYa. Berhati-hati di jalan raya k.

Berpatah balik ke topik asal kita. Bos aku yang baru ni suka menyimpan segala jenis dokumen or surat. Itu sebab sebelum  ni sistem failnya berceramuk dan memeningkan. Bila dah diamanahkan untuk aku buat sistem fail, aku pun naik pening juga. Dok pikir macamana nak buat dan bagaimana nak mula??? Akhirnya semalam baru mula buat. Tu pun buat slow-slow sebab surat-surat dan dokumen terlalu banyak sangattttttttttt... huhuhuhuhuhu, syahdu rasa wat benda ni. Terkesima sekejap sebelum mula wat filling ni. Ayuh, kuatkan semangat kamu Zura!! Teruskan niat murni itu. hahahahahha... (semangat untuk diri sendiri)

 Inilah bos baru aku. Start keje dengan bos baru  pada 8 Okt 2012


-----(@)@@@@@@@@@@ 1st step @@@@@@@@(@)-----

 Dalam proses membaikpulih sistem fail bos..

 Dalam proses untuk menandakan setiap fail mengikut unit. Aku menggunakan fail kulit keras supaya senang untuk surat  keluar & masuk

Yang disebelahnya (kiri & kanan) adalah sistem fail yangdibuat oleh rakanku sebelum ini. Aku rasa cara macam tu boleh 'mencacamarbakan' segala surat or dokumen sebab ianya secara 'loose'. Cara ini adalah bahaya if surat itu boleh tercicir dan hilang.

Inilah sistem fail yang sebelum ini....

Dalam proses kemaskini fail. Guna sampul kecil jer sebab ianya 
bukan aktiviti mingguan or bulanan yang memerlukan fail besar

 Rupa sampul kecil selepas dikemaskini. 
Nampak lebih teratur dan isi kandungan tidak 'loose' &  gerenti ianya tidak hilang

 Peralatan yang digunakan untuk aktiviti filing

 Contoh sistem fail yang aku buat. Kan teratur dan kemas??

Filing yang aku telah buat dan dilabelkan mengikut kategori yang menggunakan kertas color yang berlainan.

Hari ini sambung buat filing balik. Sebenarnya malas pun ada ni sebab mode raya dah dekat. Asyik ingat kampung halaman jer. Kebetulan raya qurban ni, aku balik kampungku. Yeay, balik balik!! Syukran. Tq to Hubby sebab setuju balik kampungku...

Inilah rumah ibubapaku di kampung...

Ini pandangan di hadapan rumah... Baru lepas hujan

Itu sebab aku beria-ria nak tukar keje balik ke state. Salah satunya sebab kat kampung, udaranya nyaman dan suasananya tenang. Xdelah macam kat KL ni, terlalu sesak dari semua aspek. Tapi rezeki untuk berpindah belum ada. Aku hanya mampu untuk terus menunggu...dan terus berdoa kepadaNYA. Insya Allah, suatu ari nanti, adalah peluang untuk aku berpindah balik ke Kedah. Amin.


1 comment:

  1. thanks for your sharing..lepas ni senang la nak kemas fail. maklumla dah masuk form 6 memang wajib buat kerja hal ni.. hehe

    ReplyDelete